22 March 2011

RUPANYA SETAHUN SUDAH...

Alhamdulillah.. rupa-rupanya suda sampai setahun.. 22 Mac bermakna aku telah setahun menjadi Guru DG41.. baru setahun jagung... mungkin itulah anggapan korang yek.. :) apapun syukur ya Allah.. akhirnya aku berjaya harungi setahun ini dengan pelbagai rintangan manusia "bodoh sombong" yang entah bila akan sedar & insaf..
Sejarah perjalanan aku sebelum guru.. adakah aku ini "penganggur terhormat"?? tidak.. sebelum ini aku merupakan Pembantu Tadbir N17.. juga lantikan SPP.. aku perna bertugas di Pejabat Audit Sekolah Beaufort yang tugas utama aku adalah menjalankan pengauditan terhadap akaun sekolah (Wang kerajaan, Asrama & SUWA).. aku membuat laporan audit bagi membolehkan sekolah2 di bawah skop pengauditan mendapat sijil.. Sijil Audit Berteguran & Sijil Audit Tanpa Teguran..
Setelah itu, aku berhijrah ke KML dengan menjalankan tugas perkhidmatan dan kewangan.. sedar tak sedar banyak yang aku pelajari sepanjang menjadi PT N17..
Pengalaman ini memberi aku ruang untuk mengkritik dalam diam mengenai tugas-tugas PT N17 di sekolah aku.. sangat jauh beza berbanding apa yang aku dan kawan2 PT aku terdahulu..
antaranya..
*buat surat, kerani tak buat.. individu itu sendiri yang kena buat pastu minta sdiri sain boss.. pastu kasi PT.. PT akan pos.. tapi kita kena bayar pos itu sendiri walaupun itu adalah berkaitan dengan perkhidmatan...
*salinan-salinan sijil perlu dikemukakan & disimpan di dalam fail.. tiba masa memerlukan salinan sijil, PT akan panggil cikgu2 yang berkenaan & minta 3/4 salinan lagi..
~~~ Ringkasnya, tugas PT cuma terima & pos.. uiii senangnya..
bila dikatakan guru diganggu dengan tugas-tugas perkeranian, kerana kurang kakitangan staf sokongan.. tak releven, kerani banyak dah, tapi tak nak buat keja..
sori yek PT2 ini bukan persepsi tanpa pengalaman.. kerana aku menulis berdasarkan pengalaman aku di sini sepanjang 1 tahun... mungkin tahun2 akan datang aku akan dapat pengalaman baru lagi..
okey... biar aku listkan di sini apakah beza life aku.. antara Guru & PT..
Tempat keja ~ Pastinya suasana keja PT lebih ummp sbb meja teratur, tersusun mesti ada sebijik PC, printer, telefon & ada aircond.. Guru ~ Meja serabut, fail & buku latihan murid bertimbun2 atas meja, takda pc guna laptop sendiri, printer pon takda, telefon lagi laa takda.. aircond takda, guna kipas jak..
Pendapatan ~ Pastinya gaji Guru lebih tinggi dari PT laa...
Bidang Tugas ~ Pastinya tugas Guru lebih mencabar, banyak, masa kerja yang tak menentu, tugas sentiasa berubah dan dibuat penambahan.. PT punya tugas lebih efisyen, tak bercambur aduk, fokus pada satu skop sahaja...
Boss ~ hahahah... no komen...
Rakan sekerja ~ sama saja.. kadang2 ada juga la "doubletape"... depan licin, blkg melekat.. bila buka yg licin dua2 bole lekat.. hehe faham2 ja laa...
Cuti ~ Guru : cutinya da terancang.. ikut takwim persekolahan.. PT cuti tak terancang, kalau yg layak cuti setahun 20 hari ke 25 hari ka, bole la cuti bila2 masa dlm setahun...

tapi apa yg sama antara PT & Guru ini...:
sama-sama PENJAWAT AWAM... sama-sama MAKIN GAJI... sama-sama KULI kerajaan..
so tak ada beza.. jadi jalankan laa tanggunjawab dengan jujur.. ikhlas.. yang penting HAPPY
(^_________________^)

_________________________________________________________
jangan kau pandang BIBIR YANG MANIS itu, kerna ia bisa mengHANCURkan
jangan kau pandang WAJAH YANG INDAH itu, kerna ia bisa meRACUNmu
_________________________________________________________

21 March 2011

BLOG ITU.. BLOG AKU.. APA PERKAITANNYA...

Sejak akhir2 ini, aku amat terkejut bila mana jemari ini menaip MRMNJ di google.. kenapa kah..??? ini kerana blog aku ini mesti terkait dengan satu blog yang berbaur politik... apa kaitannya blog aku ini dengan dunia politik.. aku memang mengikuti perkembangan politik tapi tidak berminat untuk mencampurinya apatah lagi menceburinya... kebanyakkan post terkini aku mesti dilinkkan ke blog itu... aku sendiri kurang mengerti.. sehingga aku ubah setting agar tidak boleh lagi post aku dilinkkan pada mana2 blog... aku tidak mau & tidak berniat pun untuk attach di sini link blog tersebut.. tak semana-mana dia bole dapat promosi blog free daripada aku.. itu tidak mungkin...

pernah aku membuka blog itu.. aku teliti.. aku halusi apa sebenarnya yang dia inginkan.. apa perkaitan segala postnya dengan blog aku ini... memang dari segi followers tidak aku nafikan bahawa blog itu memang banyak pengikutnya... tapi kenapa memilih blog aku untuk dijadikan perkaitannya.. pasti ada sesuatu.... akhirnya aku menemui jawapannya... ANWAR IBRAHIM... satu nama gah suatu ketika dulu.. sehingga kini nama itu masih gah lagi di persada politik.. satu nama yang aku jadikan idola.. dari dulu, kini & mungkin selamanya... ada banyak sebab kenapa aku memilihnya sebagai idola.. daripada bePuluh menteri aku hanya mengkaguminya seorang.. ini bukan perasaan kagum yang setahun jagung.. aku mengKaguminya semenjak aku kacil lagi.. aku mengKaguminya bila dia lantang bersuara.. aku mengKaguminya bila dia petah berkata-kata.. aku mengKaguminya bila dia tenang di kala segala rencam dunia menghimpitnya.. aku mengKaguminya kerana memiliki isteri yang sedemikian rupa.. aku mengKaguminya bila melihat didikan ke atas anak2nya... bahkan aku bukan saja mengKaguminya seorang malah aku mengkagumi Wan Azizah & Nurul Izzah..

aku percaya walaupun kebebasan bersuara itu dilaungkan namun itu hanya satu laungan... realitinya kita tidak bebas bersuara.. kita tersekat & disekat.. tapi tidak ada salahnya jika sebagai manusia kita mengKagumi orang lain yang jauh lebih baik daripada kita agar kita mencontohi segala positifnya untuk kita perbaiki diri kita & mengekori langkahnya untuk kita lebih maju demi diri kita sendiri, masyarakat, bangsa, agama & negara... mungkin agak keterlaluan untuk aku nyatakan di sini.. namun setelah pemecatan beliau daripada Kerajaan pada tahun 1998 tidak ada lagi seorang menteri muncul yang sehebat dia... suda 12 tahun berlalu, pengganti beliau belum wujud.. makanya sori to blog itu, jangan cuba menghilangkan perasaan kagum ini.. kerana sampai bila pun ANWAR IBRAHIM tetap idola aku..

p/s : post ini ditulis pada 18 Mac 2011.. namun aku memilih untuk publish pada 21 Mac 2011..
_______________________________________________________________
baca laa teman.. baca kan bersama.. aku menulis bukan kerna NAMA _______________________________________________________________

20 March 2011

SURAT TERBUKA UNTUK DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

aku menemui surat ini dalam blog ini.. aku terkedu... aku terkesima.. remaja 19 tahun ini merasai penderitaan Rakyat 1Malaysia.. bukan saja rakyat yang seusia dengannya malah yang jauh lebih tua atau pun muda daripadanya.. Syabas atas keberanian remaja ini.. terima kasih juga buat remaja ini yang menzahirkan apa yang tersirat mungkin di dalam hati 1 2 ataupun 27,565,821 orang rakyat di negara ini.. apapun sama-sama kita membaca luahan hati remaja ini...
........................................................................................................................
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
_______________________________________________________________
baca laa teman.. baca kan bersama.. aku menulis bukan kerna NAMA _______________________________________________________________

14 March 2011

RAMA2 & BUNGA

sangat suka dengan slide ini.. jumpa slide ini di sini.. tq calipso


______________________________________________________________
lihat laa teman.. lihat kan bersama.. aku menulis bukan kerna NAMA _______________________________________________________________



13 March 2011

CUTI SEMESTER 1

buat semua warga pendidik... buat semua rakan pendidik.. buat semua anak didik... kad ini untuk korangPastinya warga pendidik & rakan2 pendidik menunggu-nunggu tarikh ini.. bukan kerana tak mau p kerja tapi ini laa masanya untuk menghabiskan waktu bersama keluarga.. suami/isteri & anak-anak.. pada yang punya kampung, ini laa masanya balik kampung.. jenguk mak bapak di kampung.. tengokkan sekali berapa ekor dah ayam di reban.. berapa ekor da kambing di kandang.. berapa ekor da kerbau sekawan.. masa ni laa jumpa kawan-kawan lama di kampung.. yang dulunya sama-sama menapak kaki berjalan beriringan ke sekolah.. walaupun seminggu tak lama tapi pasti bermanfaat pada aku, korang & mereka yang bergelar PENDIDIK..

Di sini pla gua tempelkan takwim cuti bagi tahun 2011.. bukan niat di hati untuk menghitung hari "bila lagi cuti ye..??" tapi sekadar untuk saling ingat mengingati & pada mereka yang beli tiket untuk balik kampung bole laa membuat perancangan awal...

~ Selamat Bercuti ~
_________________________________________________________
jangan kau pandang BIBIR YANG MANIS itu, kerna ia bisa mengHANCURkan
jangan kau pandang WAJAH YANG INDAH itu, kerna ia bisa meRACUNmu
_________________________________________________________

12 March 2011

JADUAL WAKTU BIL. 4/2011

pada 11.03.2011 bersamaan hari Jumaat yang mulia... bersamaan last day at skull sebelum bermulanya cuti skolah penggal pertama aku diberikan jadual waktu mengajar yang baru..
ini merupakan pertukaran jadual kali ke-4 di Tahun 2011.. aku rasa macam pening-pening lalat dengan pertukaran jadual ini.. apabila pertukaran jadual maka sekaligus pertukaran subjek atau kelas akan berlaku.. kadang-kadang dah semangat nak mengajar di kelas tu tiba-tiba tak mengajar lagi subjek tu untuk jadual akan datang.. ini laa cabarannya...
ada sedikit perbezaan pada jadual kali ini.. antaranya.. sebelum ini masa mengajar aku adalah 930 kini telah dikurangkan menjadi 860.. selain itu, terdapat task baru di dalam jadual kali.. semua guru akan menjadi Guru Pendamping a.k.a Guru Resos kepada pelajar yang diinklusifkan sepenuh masa di kelas perdana.. saya pula telah diamanahkan untuk menjadi Guru Pendamping bagi matapelajaran Dandanan Rambut & Sastera.. apa sebenarnya tugas guru pendamping ini..?? tidak ada pula sebarang briefing daripada PK ataupun Penolongnya.. pada aku laa, sebelum bagi tugas baru kena laa bagitau apa yg mo dibikin baru kita bole ambik tindakan selanjutnya.. so pada rakan-rakan blogger yang perna menjadi guru pendamping / guru resos sila laa gtau aku apa sebenar-benarnya perlu dilakukan oleh seorang Guru Pendamping.. TQ
(^______^)
_______________________________________________________________
baca laa teman.. baca kan bersama.. aku menulis bukan kerna NAMA _______________________________________________________________


11 March 2011

REKOD MENGAJAR GURU

aku percaya semua yang bergelar guru pasti ada buku ini... ada apa dengan buku ini..??? naa ini la buku yang pertama kali yang pelawat akan tengok bila sampai di sekolah.. buku ini lah yang perlu aku dan korang yang bergelar "CIKGU" untuk diusung ke kelas setiap kali masa P&P.. jadi buku ini sangat pentingkan... Hari ini hari jumaat.. hari ini juga hari last di skolah sebelum cuti penggal pertama bermula.. maka hari ini wajib untuk hantar buku.. hari ini buku dihantar kepada Penyelaras Pendidikan Khas sahaja.. aku memang agak 10sen pada hari jumaat kerana aku merupakan antara orang yang lewat menghantar buku ini.. bukan kerana aku tak siapkan Rancangan Mengajar lagi, tapi aku perlu menyiapkan refleksi terakhir kerana kelas aku akan habis pada jam 11.30 pagi.. bermakna ini adalah kelas terakhir pada hari jumaat.. aku perlu memeriksa lembaran kerja atau tugasan yang telah dihantar oleh pelajar kepada ku pada hari ini, kemudian berfikir lagi nak menulis ayat yang sesuai pada refleksi..
..dan yang paling aku tak suka adalah menulis secara manual.. adoiii... semenjak aku dah pandai menggunakan komputer @ menaip sejak berbelas2 tahun yang lalu.. makanya kemahiran menulis dengan tulisan yang cantik telah lama hilang... aku boleh menulis dengan tulisan yang cantik tapi perlu masa yang lama.. sebab tu aku tak suka exam yang perlu menulis.. hehe.. malasnya cikgu ni kan... :) apapun aku memang sukar untuk dimengertikan.. kadang-kadang aku pelik, dalam dunia yang moden ini, perlu lagi menulis dengan tangan setiap hari.. buat la 1 sistem yang boleh upload RPH setiap hari.. naa lagi canggih.. Pengetua bole tengok & Penyelaras pun bole tengok... kerja lebih mudah.. kurang sikit beban guru.. ehh aku ni asyik merungut jer... apa laa, camna nak jadi cikgu yang baik ni.. apapun sekadar rungutan saja, merungut-merungut pun, aku tetap buat RPH tiap hari k... Tengok laa.. aku yang keberapa da ni... (^~~~^)

_________________________________________________________
KENANGAN itu tidak selalunya INDAH.. tapi..
yang INDAH itu akan terus hidup dalam KENANGAN _________________________________________________________

10 March 2011

sePETANG berSAMA ~ Iman, JJ & Dede

petang ini menziarah c cilik 3 orang ni ~ Iman, JJ & Dede..
haha.. pic ni adalah lambang "kasih sayang sedunia".. iklan tajaan by Iman Hafiy selaku big bro trio ni.. pic diorg ni mencuit hati... seperti biasa c Princess elbow misti mau kelihatan pink... naa cumel2 semua..

~Bonda & Pucuu sayang korang~ (^______^)
_______________________________________________________________
KENANGAN itu tidak selalunya INDAH.. tapi..
yang INDAH itu akan terus hidup dalam KENANGAN
_______________________________________________________________

7 March 2011

Mesyuarat RPI Bil. 1/2011

bila sebut saja meeting.. jawatan yang paling digeruni adalah "setiausaha".. kenapa..?? sebab catat minit laa oii.. namun, oleh kerna aku adalah guru 1 Malaysia, produk by IPGM Kent maka dengan rasa kebertanggungjawaban itu terus menaiki ke takhta paling atas... hehe.. semangat sentiasa ada.. walau dalam hati tengah bertarung 1000 perasaan... hehehe
wahai kengkawan ku sekalian, adakah korang telah mendapat surat jemputan mesyuarat yg telah direka cipta, dikarang serta didraf oleh ku sendiri.. makanya bolekah aku menDeclarenya sebagai ~Hak Cipta Terpelihara~ haha... walaupun telah direka cipta, dikarang serta didraf oleh ku sendiri tetapi bukan aku yang sign ni surat, pasti orang yang telah diperturunkan kuasa oleh Pengetua untuk menandatanganinya.. siapa la aku.. naa kalau korang tak dapat lagi surat itu, di sini gua berbesar hati mengUploadkannya untuk peringatan kita bersama


sebagai Setiausaha, aku da buat beberapa preparation kecil-kecilan.. pertama untuk menSavekan diri aku dan yang kedua untuk menSavekan mantan Setiausaha.. mana la tau perlukan peluru jika ditembak dalam meeting ini nanti.. maklum laa, suda namanya meeting pasti ada saja peluru yang tersasar.. senjatanya pula pasti pelbagai rupa, pistol, senapang patah, bakakok naa macam-macam lagi..
Seperti biasa dalam meeting pasti kita akan berjumpa pelbagai kerenah.. antaranya telah aku listkan di sini.. harap-harap pengendali mesyuarat nanti akan dapat mengendalikan ahli mesyuarat sebaik mungkin.. harap-harap aku tidak tergolong dalam golongan ini.. ok, nilai diri anda berdasarkan ini;

PERANGAI
TINDAKAN
AGRESIF

-Kawal emosi dan jangan bertindak kasar.
-Ambil fakta yang berguna sahaja.
-Setuju pada fakta yang berguna.
BANYAK CAKAP
-Mencelah bila dia ‘pause’ bercakap dan ajukan soalan kepada ahli yang lain.
-Bagi soalan yang susah untuk dia menjawab.
-Minta komen ahli mesyuarat terhadap penjelasan dia.
SUKA KOMPLAIN
-Terangkan tujuan mesyuarat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah secara muzakarah.
-Minta ahli mesyuarat lain menjawab soalan selain dari anda.
SENYAP
-Tanya pandangan mereka.
-Tanya pengalaman mereka mengenai perkara yang dibincangkan.
-Menggalakkan mereka memberi komitmen ketika mesyuarat.
PERTEMBUNGAN PERSONALITI
-Minta mereka memberi tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian.
-Tumpukan kepada pandangan yang membina.
-Alihkan fokus kepada ahli lain dengan menanyakan soalan.
CAKAP BELAKANG
-Ajukan soalan jika mereka ada pandangan yang boleh dikongsikan.
-Sebut nama mereka dan mengulangi pandangan / fakta yang dibincangkan dan meminta pendapat mereka mengenainya.
KEBINGUNGAN
-Ulangi pandangan anda atau ahli mesyuarat anda dengan lebih jelas.
-Kalau ahli atau anda tersilap memberi maklumat, berikan pujian kepada mereka.
"Selamat berMeeting"
____________________________________________________________________
KENANGAN itu tidak selalunya INDAH.. tapi..
yang INDAH itu akan terus hidup dalam KENANGAN ____________________________________________________________________
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra