aku bukannya SASTERWAN NEGARA, aku hanya MANUSIA BIASA.. menulis sekadar untuk meluah Rasa Jiwa..

U follow me,i follow U

TAKWIM PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2012

Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011 semakin berlabuh ke penghujungnya.. beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru.. TAHUN 2012.. 
oleh itu, entry kali ini adalah Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2012 bagi Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, LABUAN & Putrajaya.

  • Jumlah Hari Persekolahan termasuk Cuti Am = 203 hari
  • Jumlah Hari Cuti Penggal                               =   87 hari
semoga takwim ini dapat memberi manfaat buat korang yang view blog ini.. TQ

_________________________________________________________
::untuk mendapatkan kenikmatan DUNIA yg FANAbanyak yg berjuang sepenuh tenaga & menghalalkan segala cara.. 
tapi untuk mendapatakn kenikmatan AKHIRAT yg BAQA, banyak yg tidak peduli bahkan mentertawakan orang yang berjuang untuk meraihnya::
_________________________________________________________


JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2012

entri kali ini adalah tentang GAJI.. tapi bukanlah pasal kenaikan gaji atau gaji baru di bawah SBPA.. ini adalah Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2012 iaitu tahun depan...
bukanlah aku dan korang semua tak sabar nak gaji tapi ini sebagai panduan untuk kita buat bajet.
okeyy ini adalah jadualnya..
dan sila klik Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 6/2011 untuk membaca dan melihat tarikh serta peraturan pembayaran gaji 2012.
_________________________________________________________

ILMU itu sebaik-baik PUSAKA... ADAP itu sebaik-baik SIFAT... TAQWA itu sebaik-baik BEKALAN...
IBADAH itu sebaik-baik BARANG PERNIAGAAN...
_________________________________________________________

MAJLIS ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2011 PERINGKAT WP LABUAN


_________________________________________________________
:: ..kalau takut diLambung ombak .. jangan beRumah di tepi pantai.. 
kalau KAIL panjang seJENGKAL.. usah diDUGA lautan dalam.. ::
_________________________________________________________

KEM 1 MURID 1 SUKAN PENDIDIKAN KHAS

Kem 1Murid 1Sukan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 08, 09 dan 10 November 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Kg. Ganggarak Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini disertai 20 orang murid Sekolah Menengah dan 38 orang murid Sekolah Rendah.

Objektif Kem 1M1S ini adalah:
1.1 : Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
1.2 : Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan guru dan murid.
1.3 : Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
1.4 : Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
1.5 : Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Dalam Kem ini aku & seorang rakan telah dilantik sebagai AJK Jemputan, Sambutan dan Buku Program. ini adalah cover Buku Program yang telah aku hasilkan
sesiapa yang mahu tengok hasil yang tidak seberapa ini ataupun mahu jadikan contoh atau panduan untuk membuat buku program sila klik cover Buku Program di atas.. sebagai panduan saja, korang mesti boleh buat lagi best dari ini kan... :)

walaupun masi dalam "berpantang" aku tetap turun padang juga melawat Kem 1M1S ini.. maklum laa ini adalah program julung2 kalinya di adakan di wilayah ini..tengok laa aksi kitaorang : :-
 
ni pula adalah gambar kitaorang bersama AJK Induk, AJK Pengelola, AJK Pelaksana & Semua Peserta

Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang.
SYABAS kepada semua yang menjayakan Kem ini.
_________________________________________________________
:: ..jangan takut menemui KEGAGALAN.. kerana KEGAGALAN itu merupakan 
KEJAYAAN yang tertunda.. ::

_________________________________________________________



Mylil Princess ~ Nureil Adha Mysara

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi.. Nureil Adha Mysara muncul dalam hidup kami.. Finally.. kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai..
MySara lahir pada 05 November 2011 dengan berat 2.4kg.. sungguh kecil dia kan..??
namun sikecil ini bawa 1001 kebahagiaan & keceriaan dalam hidup kami..
tangisannya.. senyumannya..
~: : we LOVE u Sara : :~

_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

CERITERA CINTA

 kisah ini.. bermula pada 24 ogos 2006... dan hari ini 24 ogos... 1 tarikh yang istimewa..
tahun ini merupakan tahun ke-5..
doa + harapan + usaha
agar usia ceritera cinta ini terus kekal bersemi disirami rasa cinta
di dalam sanubari masing-masing..
seperti tahun-tahun suda, aku dan myLove MRM akan meraihkan hari yang penuh berbahagia ini
dengan makan-makan di Grand Dorsett...
^_ Terima kasih kerana menerima aku seadanya aku _^
^_ Terima kasih beri aku kebahagiaan ini _^
^_ Terima kasih menjadi suami ku _^
^_ Terima kasih di atas segalanya yang aku inginkan _^
^_ Terima Kasih _^

1 PETANG BER-SUNGKAI DI KAMPUNG


apa-apa ntah tajuk entri kali ini... hehe
sememangnya berbuka puasa bersama keluarga tercinta adalah impian semua insan
menikmati masakan mami ... emmmm.... memang menjilat jari
aku & MyLoveHubby memang menantikan hari ini untuk sama-sama menikmati juadah berbuka puasa di kampung.. tengoklaa lauk-pauk yang terhidang
macam kenduri kecil lagaknya.. tu belum masuk lagi yang ada dalam periuk di atas tungku
tq mami sediakan kami juadah yang lazat ini..
abis makan baru teringat badan yang mau dijaga ini... adoii laa, confirm laa naik 1 atau 2 kg ni..
hahaha
_________________________________________________________
KESALAHAN mungkin dapat dilupakan... SIKAP masih dapat dipertimbangkan..
tapi... KATA-KATA tidak akan pernah dilupakan
_________________________________________________________