24 August 2008

SAAT BAHAGIA.


24 Ogos menjelma lagi.. Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan ku.. Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat ku.. Pejam celik sudah dua tahun rupanya.. Teringat aku detik ini aku dan suami memakai pakaian serba putih berlabucikan biru diijabkabulkan dengan suami... 24 Ogos 2006. Tidak dapat digambarkan segala perasaan yang ada dalam diri ketika itu...Terima kasih buat suami yang selama ini sentiasa bersabar dengan kerenah ku.. hari ini aku demam pula, tapi sempat juga ronda-ronda... Sayang, sayang abang.

19 August 2008

1 OGOS 2008...

1 tarikh yang harus diingati kerana aku dapat menempuh lagi 1 cabaran yang tidak pernah ku duga sebelum ini. Pertukaran aku ke unit lain berkuatkuasa pada tarikh itu. Pertukaran yang aku rasa selama ini tidak akan pernah menimbulkan sebarang konflik tiba-tiba menjadi sebaliknya. Walaupun pada mulanya ia adalah atas persetujuan kedua belah pihak dan akhirnya menjadi arahan Ketua Jabatan. 

Walaupun ia merupakan konflik dingin atau main belakang namun cukup memberi kesan terhadap keselesaan suasana bekerja. Pada mulanya aku tidak pernah mengendahkan apapun yang member lain sampaikan pada aku, bagi aku perkara itu cuma terlepas cakap. Desas-desus lain yang didengari cukup pedas namun aku rela bersabar dan menganggap ia cuma satu attitude seorang yang bergelar “senior”. Namun persoalannya, kenapa perubahan mendadak tiba-tiba melanda???. Aku mula mengkaji, merenungi, mengimbas sejenak segala yang aku lakukan yang mungkin boleh saja menyinggung perasaan si Senior. Soalan demi soalan aku ajukan kepada rakan sekerja bagi memastikan setiap tingkah laku yang berlalu tidak sumbang. 

Bagi merungkaikan segala kekusutan aku mengambil pendekatan sebagai orang yang lebih muda aku harus memohon maaf, mungkin saja ada keterlanjuran kata atau tingkah laku yang tidak kuduga menyinggung perasaan si senior. Permohonan maaf berlangsung, dan aku berharap segala yang hitam telah menjadi putih, segala yang keruh akan menjadi jernih. Sebab aku tak suka cari pasal. Namun, hari demi hari melihatkan betapa si senior cuba mencari silap tindak tanduk ku. Perasaan ini bukan saja beraja di hati tapi rakan-rakan lain juga mulai sedar. Menitis juga airmata walaupun aku cuba berlagak tabah. Hanya pada “teman baik” aku curahkan segala rasa. Alhamdullillah pada suami juga aku cerita segalanya.. aku mula berputus asa, suami memberi nasihat berguna untuk aku berani tempuh segala. 

Aku renung kembali segala sejarah penghijrahan ku ke destinasi ini, aku renung kembali persoalan kenapa aku di sini.. segalanya kerana kewajipan ku sebagai seorang isteri yang perlu berada di sisi suami.. Oleh itu aku ketepikan segala pemasalahan. Kata suami “Kita di sini mencari rezeki halal buat santapan bagi perjalanan yang entah panjang atau pendek menuju destinasi abadi sebelum dibungkus selimut putih.. Minda jangan terjajah dengan jiwa anak merdeka yang kerencatan akalnya, yang membiarkan dirinya dijajah"... Terima kasih pada suami yang menjadi pendengar setia, membimbing ke arah duniawi dan syurgawi.. Terima kasih pada “Teman Baik” yang sudi berkongsi rasa dan menganggap aku “teman baik”.. Terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan yang sudi menjadi kawan… Keikhlasan itu tidak akan sirna.. Pada kawan-kawan yang bergelar senior “jangan buli junior..lengkapkan diri dengan ilmu, jangan jadi tin kosong yang menjerit dicanang, jangan jadi bodoh sombong, menegakkan benang yang basah”..
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra