30 July 2011

SAH BERKHIDMAT SUDA :)

hahaha..
jangan mare.. agak-agak ada tak orang kebaru-biruan cam aku ni... sah khidmat pun jadi entry blog..??
aku kan Tuan Punya Blog.. suka hati aku laa... hahaha
makanya dengan segala hormatnya bahawasanya aku telah diSAHkn dalam perKHIDMATan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 a.k.a "CIKGU" lerr..
makasih banyak2 kat bespren aku c dalina-chempaka yang delivery baik punye.. tolong bawa surat keramat ni untuk aku... jasa mu dikenang pren :)
bila orang tanya "u keja apa?" kalau kita jawab "Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah" confirm giler orang akan terkebil-kebil nak bayangkan akan jawatan tu apa.. mesti orang akan pikir oo pegawai pelajaran kut yang duduk kat opis yang full aircondnya.. yang duduk kat kerusi empuk.. yg ada PT tolong settlekan kejanya...
tapi... bila kita jawab "saya ni CIKGU"... wooowooo confirm leer terbayangkan "cikgu Zubaidah" dalam filem labu labi tu.. tapi apsal tak pakai spek tebal??.. orang yang dunianya dengan buku selalu sinonim dengan spek tebal, maklum laa tahap keRajinan melampau menelaah buku.. 
hahaha.. tapi mesti orang tu akan cakap "tapi walaupun U tak pakai spek, U memang ada persamaan dengan cikgu Zubaidah tu"..
sebab aku kan gebu + terlebih lemak
Hahaha
_________________________________________________________
ketika keinginan tak sesuai dengan kenyataan..
belajarlah berlapang dada kerana Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya
_________________________________________________________

29 July 2011

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2011

Hari ni adalah hari Kejohanan Sukan Sekolah 2011.. adoii memang letih & memenatkan maklum laa suda la menjadi Guru Rumah Sukan, pastu jadi AJK Dokumentasi pulak... acara yang besar sebegini memang agak meletihkan laa kalau jd kamerawomen sorang2.. (alasan jew tue)... hehe..
adoii laa cuaca pla cam tak sporting jer... abis laa muka aku da macam udang dibakar2 da... topi pink kesayangan aku tu tertinggal laa pula.. ingatkan kebal laa suda ni aku punya sunblock.. tapi memang tak bole block juga tu cahaya matahari.. terik oii...
ni adalah aku yg jalankan tugas untuk ambik gambar.. betri kamera da abis makanya aku ambik laa guna myBlackbery.. (hehe cam wat pengumuman plak pakai BB).. kwang kwang.. kwang..:)
macamanapun aku & mereka2 yang nakal2 ni tetap ambik gambar kenangan di hari Sukan Sekolah..
 barisan orang kuat PPKI-BP SMKM.. 
kuat aper tu?? kuat kerja laa.. orang2 harapan ni.. (~ 4 dari kanan tu masuk bakul angkat sendiri) huhu..
gaya sopan ni..:)
 
nakal kan kitaorang..?? sempat lagi tu ambik gambar atas trek.. halamakk..
aku & team PPKI yg menjadi Johan dalam larian 4x100..
ambik aura juara.. hehe tahun depan kasi masuk aku jadi pelari simpanan yek... hahahha
sesi terakhir ni bergambar sakan.. aii myJiji pun ader laa join 2gether...
apapun tahniah untuk rumah sukan aku ~Rumah Camelia~ yang telah menjadi johan dalam Kejohanan Sukan Tahunan 2011.. aii tu piala pusingan macam aku yang patut pegang tu.. hahahha
~tahniah! tahniah! tahniah!~

_________________________________________________________
kita memang tidak dapat mengendalikan MULUT orang lain..
tetapi kita harus dapat mengendalikan TELINGA kita sendiri
_________________________________________________________

22 July 2011

BENGKEL MEMBUAT BOTOL CANTIK

 cantikkan..?? ini adalah produk yang team aku hasilkan dalam Bengkel Membuat Botol Cantik. Bengkel ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid PPKI untuk menghasilkan barang kreativiti menggunakan bahan-bahan terbuang.. Bunga ni nampak cantikkan, tentu tiada siapa menduga ia dihasilkan menggunakan botol mineral & batangnya diperbuat daripada pencucuk satay.. semua bahan-bahan terbuangkan..
aku yang sedang kusyuk menghias bunga.. warna beb jangan tak warna..

ini adalah team aku.. Kumpulan I..

dan.. dalam Bengkel ini selain daripada menjadi Guru Pembimbing Kumpulan I, aku juga ditugaskan untuk menjadi AJK Dokumentasi.. antara tugas2 AJK Dokumentasi ini adalah mengambil gambar sepanjang aktiviti berlangsung & membuat laporan dokumentasi.. maka di bawah ini adalah cover laporan dokumentasi aku yang sudah siap.. nampak berbunga2 gtu.. maklumlaa cover untuk bengkel membuat bunga...hehe

Tahniah untuk kengkawan yang menjadi Setiausaha I & II untuk bengkel ini... besttt...



21 July 2011

KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari Solat ini merupakan program untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran murid PPKI dalam ibadah solat. Ibadah solat yang dapat meneguhkan jati diri dengan penerapan nilai-nilai murni.
Dalam program ini, aku diberi kepercayaan sebagai AJK Pendaftaran Peserta bersama Cikgu CT dan Fasilitator bagi Kumpulan 1 bersama dengan Cikgu Faisal & Yanie..
Program ini di adakan di Surau Al-Marjan SMKM, bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
 Kusyuk mendengar ceramah daripada penceramah jemputan.. memang menginsafkan
 Aku & Cikgu CT menjalankan tugas sebagai AJK Pendaftaran Peserta
 Aku & Cikgu Mas sempat posing.. Alaa Cikgu Noy & Yanie nampak separuh jak..
Aku & Cikgu Nor bersama dengan peserta perempuan Kem Bestari Solat

Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan secara berterusan untuk menyemai nilai-nilai murni di kalangan anak-anak didik PPKI kita.. syabas & tahniah untuk semua rakan sekerja & anak didik..

_________________________________________________________
KESALAHAN mungkin dapat dilupakan... SIKAP masih dapat dipertimbangkan..
tapi... KATA-KATA tidak akan pernah dilupakan
_________________________________________________________


19 July 2011

BENGKEL MASAKAN~BISKUT SABLE

hari ini aku akan menjadi chef... hehehe..
apalah "biskut sable" ni..? nampak tak pernah, apalagi rasa..
tapi hari ini aku dan pasukan aku yang dikenali sebagai
"Kumpulan Lemah-Lembut"
akan beri saingan dalam menghasilkan biskut yang tak dikenali ini.. hahaha..
persiapan sepanjang bengkel ini dikendalikan oleh Guru KH-Masakan. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sahaja, memandangkan kumpulan sasaran bagi bengkel ini adalah pelajar perempuan seramai 14 orang.
bengkel ini bermula jam 7.30 hingga 11.30 pagi..
^^jeng...jeng..jeng^^
^(_________________)^
ini adalah team aku.. "gud work" yeah...
_________________________________________________________
KESALAHAN mungkin dapat dilupakan... SIKAP masih dapat dipertimbangkan..
tapi... KATA-KATA tidak akan pernah diluapakan
_________________________________________________________

17 July 2011

PENDIDIKAN SENI: CATAN

apakah itu "CATAN"??.. catan merupakan salah satu media atau teknik mengecat dalam menghasikan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu di atas permukaan yang rata.
esok aku ada kelas Pendidikan Seni bagi kelas Adil makanya aku telah menyediakan satu RPH untuk membuat satu proses menghasilkan hasil seni melalui catan. Aku telah menyediakan satu lukisan yang mudah. Langkah pertama yang perlu murid-murid aku lakukan adalah menyambung titik-titik putus menjadi satu lukisan lengkap.
Ini adalah lukisan yang dilukis tidak lengkap, iaitu dilukis menggunakan garisan putus-putus.
ini merupakan lukisan yang telah lengkap.. garis putus-putus telah disambung dan telah sedia untuk diwarnakan.
nampak macam senang jak kan..?? makanya aku telah merancang untuk bahan catan kali ini adalah menggunakan "putik kapas".. tahukah apa itu putik kapas..??

haa ni laa putik kapas.. aku akan menggunakan putik kapas bagi menggantikan berus warna.. murid-murid akan diberikan putik kapas bagi mewarnakan lukisan ini.. pas kaler2 tu mesti jadi camni
ok.. besuk aku akan upload lukisan anak murid aku di sini...
_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

16 July 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011 : SUKANEKA

Sambutan Hari Guru Pendidikan Khas SMKM 2011 telah diadakan pada 28 Jun 2011. Antara acara yang diadakan pada sambutan kali ini adalah Sukaneka. Dalam aktiviti ini saya telah diamanahkan sebagai Guru Pembimbing bagi Kumpulan 3 bersama 1 rakan guru dan 1 ppm.. acara sukaneka ini memang best.. antara acara sukaneka yang dijalankan ialah Jalan kingkong, baling belon dan pasing getah.. sebenarnya ada 2 lagi permainan iaitu tiup tepung dan makan epal, namun masa tak mencukupi.. tapi alhamdulillah memang fun habis...
sambil2 tu posing jap dengan kak Jai... hehe.. cuaca memamg bole tahan juga tahap kepanasannya... sebab tu cover dengan benda pink tu..
_________________________________________________________
setiap kali tersadung.. beringatlah agar tidak jatuh..
sekali terjatuh.. jangan jatuh untuk berkali-kali..
_________________________________________________________

6 July 2011

PERUBAHAN YG MENCABAR

kadang-kadang terfikir juga... kenapa agaknya my second boss pilih aku jadi guru Pendidikan Seni.. aku ni tak ada basic langsung dalam seni.. aku tak ambik subjek Pendidikan Seni pun dalam SPM & STPM dulu.. masa ambik degree pun aku tak sentuh langsung pasal seni, masuk IPGM pun aku tak ambik seni.. tapi dia beriya-iya nak aku ajar seni... suru aku lukis orang lidi bole laa.. aku merasakan sebagai seorang "ketua" adakah dia tidak perlu meneliti kebitaraan guru-guru bawahannya.. adakah pelantikan untuk mengajar sesuatu subjek itu dibuat secara somborono.. entah laaa.... sepatutnya dia kena meneliti opsyen, kemahiran, pengalaman dan minat... tapi sebagai profesional takkan nak tolak kan.. tak kan kata tak pandai pula.. tak kan kata "heii i tak perna belajar seni"... itu bukan cikgu la plaa... aku ambik ni sebagai cabaran.. aku belek HSP dan RPT ... aku banyak cari maklumat dari rakan blogger.. aku banyak cari info kat internet.. aku banyak tanya ngan myHubby... semuanya banyak membantu..

aku tak bole banyak mengeluh.. aku tak bole mengalah.. aku pasti boleh..
_________________________________________________________
kerana nikmat amat lama berKUASA,
KUASA pun seolah menjadi hartanya
_________________________________________________________

5 July 2011

MENYAMBUT "PUTERI EMAS LABUAN"

Betharia Layun Sia.. merupakan pemegang 2 pingat emas Kejohanan Tenpin Boling dalam Special Olympics World Summer Games di Athens, Greece.
ambik aura dulu.. heheh.. bangganya dapat student begini.. terima kasih kerana mengharumkan nama sendiri.. nama ibu bapa.. nama sekolah.. nama Labuan.. nama Malaysia dan paling penting nama Special Olympics..
Walaupun ini bukanlah kali pertama dia mewakili Malaysia untuk kejohanan Tenpin Boling namun hanya kali ini dia diberi penghormatan oleh pihak sekolah untuk disambut sebagai "wirawati" yang mengharumkan nama sekolah... terima kasih atas kepimpinan Tuan Pengetua baru... Ini adalah aksi-aksi nakal kami untuk mengisi masa terluang sebelum mendaratnya "Puteri Emas Labuan"...
aksi mencucuk bunga manggar d airport... semua tunjuk aksi d depan kamera.. hehe

Bunga Manggar siap bosss...

warga PPKI-BP SMKM ambik gambar kenangan bersama Puteri Emas Labuan.
Malam ini memang tidak diwajibkan hadir untuk menyambut kepulangan Puteri Emas Labuan, namun aku gembira berada di sini bersama-sama warga PPKI-BP SMKM dan warga SMKM menyambut dia yang telah mengharumkan nama sekolah
SYABAS dan TAHNIAH untuk Adik Betharia
_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

2 July 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 02 Julai 2011 pada jam 7.45 pagi.. PPKI-BP SMKM tidak terkecuali untuk turut serta dalam acara gilang gemilang ini.. sambutan di kalangan murid PPKI-BP adalah sangat kurang memberangsangkan.. walaupun ini merupakan hari persekolahan ganti setelah semua warga sekolah telah bercuti pada 23 Jun 2011.. namun murid yang ada ini begitu sporting dan mendengar arahan guru..

sebelum acara bermula gurunya dulu ambik gambar kenangan
aku n de geng bersama 2 murid nakal.. hehe
acara larian bagi murid PPKI-BP diadakan di padang sekolah.. sebelum lari kena wat stretching dulu
permainan 1 : kerusi irama
Permainan 2 : Bantu Si Pekak
Permainan 3 : Kosa Kata
Di sini aku sertakan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang bole download
nama & tempat (lokasi) larian sila tulis sendiri yek...
_________________________________________________________
jangan kau pandang BIBIR YANG MANIS itu, kerna ia bisa mengHANCURkan
jangan kau pandang WAJAH YANG INDAH itu, kerna ia bisa meRACUNmu
_________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra