20 August 2015

KISAH BUTANG DAN BAJU


Nampak enteng.. bisa diatur.. beres...
Untuknya semudah itu ka??
Just wait n see.. beri dia masa...

Sabar biar di tahap maksima..
"Pakai baju?.. pandai"
Kau capai butang satu persatu..
Mendongak.. membongkok.. apa la saja..
yang penting sama rata..
Yang penting baju berbutang
"Saya langsung tak pandai cikgu"
Cuba dulu.. 
jangan pernah kau mengalah sebelum berjuang
Mengaduh sebelum sakit
Menyungkur diri sebelum jatuh
Akhirnya.. selesaii
"Saya pandai cikgu"

19 August 2015

AKU, KASUT DAN TALI

Ada apa dengan kasut atau sepatu..
Nampak mudah tapi sukar buatnya..
Buatlah dengan apa cara sekalipun anak ku
Agar kau tau tiada apa yang senang & mudah
Membujur lalu melintang patah
Baris selajur bersilang pangkah
Semua kau cuba
Begitulah hidup ini anak ku
Tak smuanya lurus
Tak semuanya tulus
Di hadapan sana lagi berliku jalan yang harus kau rempuh..
Merangkak bertatih berjalan atau berlari
pilihan di tangan mu
Terserah mu mau pilih apa...
_________________________________________________________________________________

aku bukannya sasterawan negara.. aku hanya guru biasa.. menulis sekadar meluah rasa jiwa 

18 August 2015

DAYA, DALIH DAN DINAMIKA

 
Hendak 1000 daya
Tak hendak 1000 dalih
Apalagi daya yang ku ada.. 
apalagi dalih yang kau reka..
Hari-hari kau belajar kira..
Hari-hari ku beri latih tubi..
Hari-hari kau jumpa soalan serupa ini..
Tapi hari-hari kau tak boleh selesai sdiri..
Hari-hari kau minta bimbingan kendiri..
Seolah-olah kau tak belajar selama ini..
Pensel pemadam kau tak bawa lagi..
Rumus formula usah ditanya lagi..
Semua kau tinggalkan di rumah mu sendiri..
Seolah-olah UPSR nanti rumah mu yang datang beri jawapan..
Di kala upsr 20 hari lagi..
Soalan + × ÷ pun kau tak boleh lagi..
Adakah salah ku.. atau salah mu?
Anak ku.. aku terkesima..
Bukan kerana kau tak pandai-pandai lagi..
Juga bukan kerana alat tulis ku kau habisi
Tapi aku kecewa anak ku..
Sampai ke saat ini..
Kau masi tak pandai-pandai lagi Kerana 
tiada usaha mu untuk berjaya.. 
jika ada usaha mu itu lambang kau berterima kasih
kepada guru yang seperti aku.. 
mendidik, membimbing hingga ke akhir waktu..
sabar dengan karenah mu yang tak boleh buat sendiri..
Malah kau ponteng kelas lagi..
Berlakon, minta simpati & guru kau salahi..
Hhmmm... mungkin kini erti KEJAYAAN itu tak ada makna buat mu...
Hanya pada tuhan.. ku mohon tunjukkanlah jalan
Beri kejayaan buat anak didik ku ini...

5 August 2015

SUATU OBLIGASI

Sesekali beradu dari kesibukan yang kian panjang.. teringat peristiwa 'dia' anak didik ku siang tadi... kedengaran tangisan meraung nun di hujung sana.. ada apa??.. jemariku berhenti mengatik papan kekunci.. tengah banyak idea ni.. namun lolongan itu membuat aku berada di persimpangan : akur dengan semangat kerja yang waja ini atau komakan saja... nanti sambung lagi.. kaki akur mlangkah..
Dia aku temui bersama 'mereka'.. apa pula yang dibuatnya kali ini.. bertanya lagi pada diri.. wadah menghadapmukakan itu seolah tiada makna.. yang menganiaya geleng tak mengaku.. yang teraniaya, ditanya membatu bisu.. bukan tak mau membela diri.. tapi itulah dayanya.. suasana berlangsung bingit.. yang menghakimi terus lantang dan nyaring.. namun tiada sentuhan untuk menyakiti.. tiada pukulan juga cubitan.. hanya soalan demi soalan.. yang kadang-kadang bernada keras.. segalanya dengan niat mendidik dan mengajari.. namun, aduhhh jangan taajal.. aku mengeluh.. anak sekecil itu perlu trik untuk memancingnya bersuara.. mengakui kesalahannya.. menyatakan kebenaran.. merasai keinsafan.. memohon kemaafan dan menyedari itulah yang terakhir kali.. tahukah 'mereka'...
Aku juga antara yang nyaring dan lantang bila bersuara.. acapkali aku penyebab airmatanya mengalir laju.. aku juga yang selalu membuatkan dia mengalun esak tangis.. tapi tidak bermakna aku tidak cakna.. tidak kali ini.. dia ku bawa erat dalam pelukan.. nyata degupan jantung itu laju skali.. dig dag dig dag.. takutkah??.. antara dua barangkali.. takut kerana dimarahi dan bakal terima hukuman atau takut kerana mencederai "kawan mengaji".. akhirnya dia bercerita kepada ku.. "aku dan dia buat kerja tadi.. lepas tu.. lepas tu.. tiba-tiba aku cucuk mata kanannya dengan pensel..ya aku sengaja".. lancar dia mengakuinya.. yang sedari tadi ku perhati dia geleng kepala kanan kiri... laju dan bersungguh.. seolah-olah memberi isyarat "sumpah! bukan aku pelakunya".. tak mau mengakui.. tapi kau dan aku punya chemistry.. akhirnya kau akun salah..
Ada kalanya.. yang muda itu tak semesti tak tau.. yang lama itu belum tentu mampu mengatasi.. ketidaksempurnaan itulah melengkapi.. bernoktah pada ilmu semata mungkin membuatkan kita buta, sesekali berpaksi la pada naluri.. mungkin kali ini naluri bisa mengatasi ilmu mu yang tinggi...
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra