3 July 2015

SUKARNYA TU DI SITU

Masalah pembelajaran Disleksia.. kesukaran untuk memahami masalah & pengadaptasian ku terhadap beberapa murid yang dikenalpasti disleksia memberi aku tamparan maha hebat.. keterbatasan & kekangan masa dek kerana tugas yang semakin mencabar membuatkan aku seakan lupa untuk menulis.. menganalisis masalah mereka.. ada saja yang membuatkan aku bekejaran.. dengan segala tuntutan tugas PdP, perkeranian & segala macam "e-".. sedangkan dengan menulis akan membuka mata ku dan banyak mata tentang masalah mereka.. rasa sesal itu ada..
Salah seorang murid ku.. 9 tahun.. masih tidak boleh menulis seperti kanak-kanak seusianya.. bayangkan dalam 2 waktu sesi PdP (1 jam) dia hanya boleh menulis 1 perkataan contohnya "perkhemahan".. penulisan lambat.. saiz huruf berbeza.. tulisan buruk.. berusaha dia mcantikkannya dengan memadam berulangkali.. namun setiap kali hasilnya tetap sama.. padam lagi.. akhirnya kertas lunyai.. koyak.. matanya memandang ku berulangkali.. gerun dimarahi lagi.. aku cuma memandang seolah tiada rasa.. tapi jauh di sudut hati, aku penuh simpati.. usah laa dimarahi.. itulah learning disorder.. keupayaannya terbatas... tapi smpai bila... dia seakan manja & memanipulasi ketidakupayaannya..
Timeout... biasa dengan kaedah ini?? sepanjang bergelar pendidik aku belum pernah menggunakan kaedah ini.. mungkin kerana mereka-mereka yang sebelum ini belum cukup layak untuk penggunaan kaedah ini.. sudah beberapa kali aku memberikannya kerja rumah.. walaupun hanya beberapa petikan kecil untuk disalin semula.. lembaran kerja ofcause laa tak siap.. bawa balik.. esok tanya "kerja rumah mana?".. "tak siap cikgu".. "kenapa tak siap?".. "tak buat cikgu".. "kenapa tak buat?".. "saya malas cikgu"... apa??? Sakitnya tuh di sini... boleh alasan serupa itu dia kasi aku.. hilangkah rasa gerunnya pada ku.. apalagi simpati pada aku yang mengajarnya.. jauh sekali hormati aku.. sedangkan maksud "hormat" itu belum tentu dia tahu.. rasa mendidih marah itu ada.. namun dalam tidak banyak bicara aku mengunakan kaedah timeout... natijahnya dia menangis minta simpati.. padahal baru seminit dua.. aku mau kau sedar anakku tiada yang mudah di dunia ini... belajar menghargai apa yang di anugerahi pada mu... tiba-tiba basah... hhmmm dia kencing pula.. maka ada lagi tugas lain.. mencucilah pula aku pakaiannya yang basah lencun dengan bau hancing... semua gara-gara tak buat kerja rumah dengan alasan "malas"... terima kasih kepada ppm yang membantu ku mengemop lantai..
Jadi apakah kesudahannya... jika ini berterusan..
selesai semuanya.. waktu pdp masih berbaki lagi.. dia ku minta lompat bintang di atas tilam sambil menyebut-yebut perkataan mudah.. ini juga merupakan satu terapi untuk merangsang psikomotor... "hmm penat cikgu"... "ok kita menulis lagi".. "baik cikgu"... "sila salin nombor 1 hingga 3".. "1 hingga 3 cikgu?".. "ya"... "baik cikgu".. petahnya dia berkata-kata.. hasilnya dia berjaya siap.. "siap?".. "siap cikgu".. "bagus".. "yeay saya excellent cikgu".. rasa mau senyum tapi aku sabar.. selepas memberi hukuman tak akan ada istilah senyum ku.. biar aku senyum di dalam hati..
Apa pula peranan ibu bapa di rumah?? Hanya membiarkan tugas mendidik kepada guru?? Sedangkan ia perlu kesinambungan di rumah terutamanya untuk anak istimewa ini.. periksa la beg & buku sekolah anak-anak.. ada kerjakah tidak.. bimbinglah mereka untuk menyelesaikan tugasan.. kerana anak-anak ini memang suka beralasan.. mungkin ibu bapa terlalu sibuk mencari Ringgit kerana tuntutan hidup yang kian sempit ini.. namun, anak-anak ini adalah harta buat anda, jika bukan anda mencorakkannya, dia akan tercorak sendiri mengikut acuan mereka sendiri yang mana nanti pasti anda kesali.. muhasabah!!
Aku akui di negara ini tidak ada synchronize perubatan, pendidikan & terapi cara kerja.. seolah-olah ianya tidak berkaitan antara satu sama lain.. penulisan daripada mereka yang pakar juga kurang.. mungkinkah mereka juga sesibuk aku yang tidak pakar ini... masih berharap!!
Harapan ku... moga ada landasan yang benar-benar kukuh untuk aku sebagai "pendidik anak istimewa" ini meniti.. moga ini akan lebih membuka mata ku yang kian alpa..
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra