24 June 2011

TEKS UCAPAN MESYUARAT AGONG BIRO PIBG

ini merupakan percubaan pertama untuk aku menghasilkan teks ucapan.. moga menjadi panduan pada mereka-mereka yang bakal membuat teks ucapan..
......................................................................................................................
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara.
Pemanis kalam "Selamat Datang",
Lafaz mulia pembuka bicara.

Yang berusaha .................. Pengetua SMK ......,
Yang berusaha .................. Yang Dipertua PIBG SMK......,
Yang berusaha .................. Ketua Biro PIBG PPKI SMK ..............,
Yang dihormati ................. Penolong Kanan Pentadbiran SMK .........,
Yang dihormati ................. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK .................,
Yang dihormati ................. Penolong Kanan Kokurikulum SMK ...................,
Yang berusaha .................. Penolong Kanan Pendidikan Khas PPKI-BP SMK .................,
Seterusnya ibu bapa, hadirin hadirat, guru-guru dan para pealjar yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke Mesyuarat Jawatankuasa Biro Pendidikan Khas PIBG SMK ........... kali pertama bagi sesi 2010-2012.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat.
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon mencari berkat.

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz ............ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz ........... di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan alu-aluan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Puan .............. selaku Pengetua SMK .......... untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
** Demikian tadi ucapan aluan oleh Puan ............. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha Encik ..................... selaku Yang Dipertua PIBG SMK............. untuk memberikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Taman Lagundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pokoknya mati.
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik ................... atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi kita akan sama-sama mendengar taklimat mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi SMK .................. yang akan disampaikan oleh Encik ..........., Penolong Kanan Pendidikan Khas. Majlis mempersilakan.
** Majlis mengucapkan terima kasih di atas taklimat yang disampaikan tadi. Semoga dengan adanya taklimat tersebut akan dapat memberi kefahaman kepada kita semua mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi.

Beralih kita ke agenda seterusnya iaitu persembahan multimedia. Hadirin dan hadirat sekalian, kita akan sama-sama menyaksikan tayangan multimedia yang memaparkan rakaman aktiviti-aktiviti PPKI-BP SMK ................. yang telah berlangsung sepanjang tahun 2010. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
** Begitulah menariknya tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Encik ................. dan Cik ................. Semoga dengan tayangan video tersebut dapat memberikan gambaran kepad akita semua tentang aktiviti serta program yang telah dijalankan di PPKI-BP SMK ......................

Agenda seterusnya adalah laporan Setiausaha Biro Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2008/2010. Majlis mempersilakan Puan ..................... untuk menyampaikan laporan. Dipersilakan.
** Majlis mengucapkan terima kasih di atas laporan itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan Cik .................. untuk melaporkan Laporan Bendahari Jawatankuasa Biro PIBG Pendidikan Khas SMK ................. bagi sesi 2008/2010. Dipersilakan.
** Terima kasih di atas pembentangan laporan sebentar tadi.

Agenda majlis kita seterusnya adalah pelantikan AJK Biro PIBG Pendidikan Khas SMK ......................... bagi sesi 2010-2012. Oleh itu dengan segala hormatnya saya menyerahkan majlis ini kepada Encik .......................... untuk mempengerusikan majlis seterusnya.
** Terima kasih Yang Dipertua.

Majlis mengucapkan tahniah kepada AJK Biro PIBG Pendidikan Khas SMK ................. yang baru. Semoga dengan pelantikan ini AJK kita akan bersatu teguh sebagai satu pasukan. serangkap pantun kepada semua AJK Biro PIBG Pendidikan Khas SMK ............ bagi sesi 2008/2010.

Inang-inang padi Pak Daik,
Bunga padi tak sama bentuknya.
Sungguh dikenang jasa yang baik,
Takkan dilupa selama-lamanya.

Untuk itu, diminta AJK Biro PIBG Pendidikan Khas bagi sesi 2010/2012 yang baru dilantik untuk duduk bersama di meja sidang. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian, jika mempunyai sebarang usul dan persoalan yang ingin dikongsi bersama bolehlah dikemukakan untuk makluman dan diambil tindakan seterusnya.
** Terima kasih di atas perkongsian usul dan persoalan itu tadi. Pihak kami akan berusaha memperhalusi usul serta persoalan tersebut. keprihatian dan kerjasama hadirin dan hadirat sekalian amat kami hargai. Izinkan saya berpantun lagi,

Bunga dedap di atas para, Di atas dahan burung tempua,
Anak dusun pasang pelita. Melihat rusa tepi perigi.
Kalau tersilap tutur bicara, Salam perpisahan untuk semua
Jemari disusun maaf dipinta. Di lain masa bersua lagi.

Dengan dua rangkap pantun itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya selaku pengacara majlis mewakili seluruh AJK Kerja Mesyuarat Jawatankuasa Biro PIBG Pendidikan Khas menjemput hadirin dan hadirat sekalian untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.
Terima Kasih.
_________________________________________________________
Dunia bukan semata milik orang bercinta
Hidup jua bukan semata untuk berlagu kecewa
_________________________________________________________

23 June 2011

Program Bersama KPM

Hari ini adalah 1 hari bersama KPM... program ini adalah kolaborasi antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini diadakan di Convention Hall, Ujana Kewangan dan dihadiri oleh wakil-wakil ketua jabatan, pegawai dan staf sokongan JP WPL, Pengetua dan Guru Besar, guru-guru dan pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar Labuan. Program ini dirasmikan oleh Wakil Ketua Setiausaha KPM Y. Bhg. En. Abdul Kahar bin Harun iaitu Ketua Seksyen Hal Ehwal Korporat.

Program ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. tapi sebab takut jammed makanya aku & 2 lagi kawan pi laa awal.. hari ni kami dihantar oleh myLove.. sampai di UK 2 minit lagi jam 8 pagi.. alhamdulillah, masih ramai yang baru tiba.. makanya pegi laa kami ke meja pendaftaran.. dan kami dapat 'buah tangan'.. memilih plak tu, mau juga warna pink.. hehe..
Pengisian Program ini terbahagi kepada 4 sesi, iaitu:
Sesi 1: Taklimat Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Sesi 2: Taklimat Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMI)
Sesi 3: Taklimat Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (VOCTECH)
Sesi 4: Taklimat 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
tapi... yg paling bestt sesi soal jawab laa.. suka laa program begini.. harap-harap program ini dapat diteruskan untuk masa-masa yg akan datang...

_________________________________________________________
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
_________________________________________________________

11 June 2011

SANTAI2 DI HARI CUTI

ni bukan iklan minum coklat yer... hehe.. bukan juga duta oldtown white coffee.. ni adalah aku yang sedang breakfast di oldtown white coffee..
biasanya hari2 cuti begini aku dan Hubby akan minum bersama di luar rumah.. mean kedai laa tu.. ini merupakan lokasi yang selalu menjadi persinggahan.. mungkin juga sebab service yang bagus, persekitaran yang selesa, tempat parking yang senang maka lokasi ini amat digemari.. biasanya pekena nasi rendang & nasi lemak special.. tp apa ntah dalam bahasa omputihnya.. slalunya myHubby laa yang order merangkap "tukang bayar" hehehe.. aku pula adalah "tukang makan"..
_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

10 June 2011

PEKELILING DAN INFO PENDIDIKAN KHAS

2011

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Pendidikan Khas Tahap Satu Mulai 2011

2010

Pengisian / Penempatan / Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) Gred DG44 Bagi Jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Menengah Dilaksanakan Oleh Jabatan Pelajaran Negeri

Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

2009

Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah

Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid Yang Terlibat Dalam Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

Elaun Murid Berkeperluan Khas (Kategori Orang Kurang Upaya) - Dibaca bersama Tatacara Pembayaran Elaun Murid Bekeperluan Khas (Kategori Orang Kurang Upaya)

2007

Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah

Garis Panduan Lawatan Murid

Garis Panduan Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan

Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

2005

Garis Panduan Memproses Permohonan Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah


2004

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

2003

KUASA GURU MEROTAN MURID

2002

Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Program Integrasi Di Seluruh Malaysia


2000

Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu/Bapa/Penjaga Dibenarkan Menandatangani Borang Rasmi

1998

Penyeragaman Kutipan Yuran Sekolah Pendidikan Khas
_________________________________________________________
tanpa keberanian mimpi itu tidak bermakna
_________________________________________________________



8 June 2011

RM 50 HUKUMAN MAKI "POLIS BODO"

Sungguh aku terkejut dengan apa yang aku tonton di Berita semalam.. seorang gadis diberi hukuman RM50 kerana memaki seorang polis dengan mengatakan “Polis Bodoh”kerana polis (Konstabel Mohd Hafifi Ali) tersebut menegur gadis tersebut yang tidak memakai topi keselamatan ketika menunggang motosikal di kawasan LTSM, Kuala Terengganu menuju ke tempat kerjanya di sebuah Butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sedangkan pada aku makian dan ucapan kurang

sopan sudah menjadi sarapan, kudapan, lunch aku. Ini yang sering disaji oleh beberapa pelajar di sekolah aku. Namun, setakat hari ini aku belum lagi menerima makian. Mungkin juga kerana perwatakan aku yang kadang-kadang macam singa betina membuatkan kata-kata makian itu tidak ditujukan kepada aku. Tapi aku pernah mendengar beberapa rakan guru dimaki oleh pelajar. Pernah satu ketika aku menyaksikan peristiwa ‘pelajar N’ memaki rakan guru yang memberinya kertas ujian. Pelajar ini berpura-pura tidur, lalu guru yang baik hati serta lembut perwatakannya mengejutkannya daripada tidur. Pelajar ini bangun lalu mengungkapkan kata “puki ma kau, jangan kacau aku mau tidur”.. astagfirullahalazim.. kami tidak pernah mendidik untuk mereka berani berkelakuan biadap sebegitu.. kami tidak pernah mengajar mereka agar mengungkapkan kata-kata lucah & tidak bermoral itu.. sungguh kami tidak pernah.. pada aku tidak kisah sama ada mereka pelajar aliran perdana atau pelajar pendidikan khas. mereka tidak boleh berlaku biadap pada insan yang mengenalkan mereka ABC dan 123.. Pelajar Pendidikan Khas juga tidak terkecuali dengan perkara ini, apakah kerana mereka memegang kad OKU mereka boleh berlaku biadap kepada guru? kad OKU itu bukan sebagai tiket untuk mereka berkelakuan biadap dan kurang sopan terhadap guru. Guru yang selama ini mendidik mereka.

Sebagai guru baru mungkin anggapan aku ini salah.. sebagai guru yang cetek ilmu pengetahuan mungkin saja ungkapan aku ini dangkal.. sebagai guru baru yang kurang pengalaman mungkin saja pandangan aku ini khilaf.. namun pada aku “Guru yang cemerlang itu adalah guru yang bukan sahaja dapat menyampaikan ajaran dengan baik tetapi mampu mendidik pelajar agar menjadi manusia yang memberi kebaikan pada diri sendiri dan orang lain”.. pada aku seorang guru itu gagal bila dia tidak boleh mendidik.. bila dia dimaki.. bila dia merelakan perbuatan biadap pelajar-pelajarnya..

Saya terbaca Harian Metro, 28 April 2011 bertajuk "Cikgu Denda Ala Along".. dimana seorang guru Matematik didakwa telah mengambil tindakan ala along terhadap pelajarnya yang gagal menyiapkan tugasan apabila bukan saja mengutip wang denda RM1, malah mengenakan bunga harian dua kali ganda jika mereka lewat membuat bayaran. Beriya-iya parents pelajar ini membuat aduan berikutan anaknya mengadu. Namun, setelah siasatan dibuat rupanya denda ini hanyalah diberi pada pelajar yang seringkali tidak mendengar teguran dan tidak membawa buku ketika P&P.. namun kalau ikut aduan pelajar tersebut didenda kerana salah memberi jawapan. Saya tidak salahkan ibu bapa kerana sayangkan anak-anak, tapi jika perkara seperti ini berlaku parent kena berjumpa guru tersebut di hadapan Pengetua agar perkara yang tidak jelas dapat diperjelaskan. Jangan hanya menuding jari mencari kesalahan kepada manusia yang selama ini bertanggungjawab menjadikan anak-anak kalian sebagai modal insan yang bakal menerajui Negara Maju Berpendapatan Tinggi ini…

sebagai guru kami tidak mungkin mengkhianati segala apa yang telah kami janji.. janji.. tunai tetap kami tunaikan

_________________________________________________________
jangan kau pandang BIBIR YANG MANIS itu, kerna ia bisa mengHANCURkan
jangan kau pandang WAJAH YANG INDAH itu, kerna ia bisa meRACUNmu
_________________________________________________________

4 June 2011

SETIAUSAHA RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


Alhamdulillah… tugas sebagai Setiausaha Rancangan Pendidikan Individu (RPI) peringkat sekolah di tempat aku bertugas merupakan tugas yang sangat mencabar pada aku. Dengan ilmu pengetahuan yang serba serbi kurang ditambah lagi dengan berlaku perbedaan format dan skill RPI daripada apa yang aku pelajari ketika di Intitut Perguruan dulu amat menggusarkan aku. Karenah birokrasi dan sikap **tutttt yang tidak mahu membuat anjakan paradigma bagi menghalalkan apa jua bentuk perubahan yang memberi manfaat buat anak didik tambah memberatkan lagi tugas aku ini.. Selain itu, RPI ini masih terlalu baru buat sekolah ini walaupun PPKI ini telah wujud sejak tahun 2002 lagi.. tidak ada sesiapapun pakar di sini.. tidak ada sesiapapun yang pernah menghadiri bengkel atau kursus mengenai RPI.. termasuklah juga aku.. Alhamdulillah.. sebegini berat dugaan buat guru baru seperti aku. Namun, untuk aku menyerah kalah pantang sekali. Pada aku, aku telah melalui saat getir sewaktu ketika dulu dan aku tidak pernah menyerah kalah.. Syukur aku diberi semangat kental hasil didikan IPGM Kent.. sungguh aku bangga menjadi produk IPGM Kent.
Untuk tugasan ini aku telah menyiapkan sekurang-kurangnya 40%.. sekarang aku hanya menunggu laporan penilaian daripada guru-guru lain untuk dibentangkan dan diminitkan di dalam Mesyuarat RPI Bil.4/2011.
Rasa sedikit kecewa kerana sekolah aku tidak tersenarai sebagai projek rintis PPI-RPI. Oleh itu, kami masih lagi menggunakan Buku Panduan RPI murid-murid berkeperluan khas keluaran Jabatan Pendidikan Khas, KPM tahun 2000. Walaupun ketika di IP dulu telah dibuat pemurnian format borang RPI tersebut namun kerana tidak dibuat sebarang anjakan paradigma dan menganggap bahawa perubahan format borang RPI selain daripada yang terkandung di dalam buku panduan tersebut adalah melanggar pekeliling dan tidak dibenarkan oleh pihak Nazir. Aku disuruh membaca buku tersebut. Aku pun membuat pembacaan, kononnya mempertajamkan ilmu di dada… helaian demi helaian aku baca maka aku terjumpa sesuatu yang aku pertahankan selama ini. Pada muka surat 12, 6.4 Penyediaan / Penulisan RPI ~ ..Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI tidak ada format Khusus yang harus diiikuti.. dalam hati aku merasa pelik. Kenapa ketua aku tu cakap ikut format dalam buku??? sedangkan buku telah membuat peringatan bahawa tidak ada format khusus.. hahaha.. Nampak plak kekantoian di situ.
Alhamdulillah… tanpa senarai tugas yang khusus, tanpa tunjuk ajar dan didikan daripada sesiapa aku dapat melakukan tugas ini dengan apa adanya. Namun, ini tidak bermakna aku melakukan tugas ini umpama melepaskan batuk di tangga. Aku berusaha mencari maklumat di laman sesawang.. aku ringan mulut bertanya ‘itu’ ‘ini’ dengan ex-Lecturer aku dulu.. sungguh banyak sangat budi yang Cikgu Arun beri pada aku. Sejak bergelar guru pelatih hinggalah sekarang aku masih lagi mendapatkan khidmat nasihatnya dalam setiap apa yang aku lakukan. ‘Terima kasih cikgu’..
Beberapa dokumen yang aku gunakan dalam pelaksanaan RPI, untuk rujukan kawan-kawan..
  1. Lampiran A ~ Pihak Yang Terlibat
  2. Lampiran B (i) ~ Carta Aliran Rancangan Pendidikan Individu
  3. Lampiran B (ii) ~ Carta Aliran Penilaian Rancangan Pendidikan Individu
  4. Lampiran C ~ Surat Persetujuan Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
  5. Lampiran D ~ Surat Panggilan Mesyuarat Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
  6. Lampiran E ~ Rekod Persediaan Rancangan Pendidikan Individu
  7. Lampiran F ~ Borang Maklumat Murid
  8. Lampiran G~ Borang Penentuan Ketidakupayaan Yang Disyaki
  9. Lampiran H ~ Rekod Kehadiran/Penglibatan Ibu/Bapa/Penjaga
  10. Lampiran I ~ Laporan Penilaian Murid
  11. Nota tentang RPI

_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra