5 February 2011

PKH dalam KENANGAN

Himpunkan kenangan indah, simpanlah senda gurauan…
andainya kau keRinduan, itulah jadi PENAWAR…

Buat PKH Januari 2009,
Kawan itu datang & pergi.. aku juga antara kawan yang datang & pergi… namun kepergian aku bukanlah titik nokhtah untuk kita saling melupakan.. sekalipun aku nun jauh di pulau sana, korang tetap dalam ingatan… detik awal perkenalan kita sepatutnya bermula pada 12 Januari 2009, namun aku masih tak kenal korang sapa.. hinggalah perkenalan pertama kita di Bilik Sungoi… haa di situlah bermula kisah kita ‘Kawan’…
Januari – Mei kita sama-sama jalani interaksi, berbaju putih, biru dan jingga.. melonjak di padang, menari doraemon di kelas… Jun-Ogos kita terpisah antara Ranau, Kudat, KB & Tamparuli.. namun September-November hubungan kembali terjalin…
sakit pinggang duduk kerusi bulat di Makmal Bio, jalani exam di Dewan Tun, pergi Seminar di Dewan Hone, Melangkah ke bengkel di Ballroom 1Borneo, lalui interview SPP d GrandBorneo, induksi di Bilik Aziz, happening di Elusion Lounge Courtyard & menjamu selera terakhir d Dewan Hone IPGM Kent.. mampukah kita melupakan ini kawan?... adakah kita mampu untuk meletakkan nilai pada kenangan ini..? sekalipun kekayaan itu wujud, tidak ada matawang yang dapat membeli setiap inci daripada kenangan yang pernah kita lalui..
aku, antara mereka yang pedas bila berkata-kata.. antara yang nakal bila beraksi di padang… antara yang bising di dalam kelas… namun itulah aku.. pada sesiapa yang tidak mengenali aku pasti wujud pelbagai andaian & persepsi.. satu yang aku belajar di sini, sekalipun telah melakukan yang terbaik masih belum dapat memuaskan hati semua orang… tapi itulah kawan.. Cuma 1 yang aku minta, andai aku yang ‘pergi’ dulu, jangan lupa pamitkan ‘Al-Fatihah”..

"Kita Berjumpa Di Puncak Kejayaan"

_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
_______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra