19 February 2011

BUKU YANG SANGAT BERMANFAAT

aku amat berbesar hati bila memiliki buku ini..sebagai guru baru dengan opsyen Pendidikan Khas aku sering tertanya-tanya kemana hala tuju dan panduan yang patut aku ikuti..
"senarai tugas" yang kononnya diedarkan oleh PPKI sekolah ku bukanlan senarai tugas melainkan "senarai jawatan" apa yang wajib, patut, harus aku buat tidak ada terkandung di sana.. jadi pandai-pandai la cari sendiri.. namun, bila aku memiliki buku ini aku sungguh-sungguh dan amat bersyukur..
Buku ini adalah hasil karya seorang guru pendidikan khas.. buku ini juga telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru KPM untuk dilancarkan pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan 2010.. mungkin belum terlewat untuk aku mengucapkan TAHNIAH kepada pengarang buku ini yang telah menerima Anugerah Khas Penulisan Kreatif pada sambutan Hari Guru peringkat daerah Segamat 2010.. terima kasih buat Pelangi Syurga yang banyak memberi aku tunjuk ajar dan pandangan mengenai Dunia Pendidikan Khas... terima kasih juga buat pensyarah IPG En. Arun Daud yang banyak memberi idea dan pandangan serta tidak jemu-jemu memberi motivasi sepanjang aku bergelar "Pejuang Pendidikan Khas"
memetik dari ayat di buku ini
"kita sendiri tidak dapat memastikan apakah kita akan sempurna hingga ke akhir hayat. Banyak juga golongan yang dilahirkan sempurna kemudian menjadi golongan OKU apabila terlibat dengan sesuatu musibah"
ayat ini juga merupakan titipan seorang pensyarah kepada pengarang buku ini.. syabas kepada pengarang buku ini semoga terus dan terus mencurahkan idea dan pengalaman dan dibukukan agar "Pejuang-Pejuang Pendidikan Khas" yang baru seperti aku mandapat manfaatnya.
dan secara tidak langsung aku juga mendapat autograf & nasihat daripada pengarang buku ini.. ~Terima Kasih~
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~Rasa Jiwa~ _______________________________________________________________

5 comments:

  1. Lepas baca2 tu kongsi2 la buku tu..kasi pinjam sama ako... kongsi ilmu sikit..bleh kan? Geng, ko pakai buku itu utk pembentangan tu? hehehehe

    ReplyDelete
  2. bole bah... sharing is caring... :)

    ReplyDelete
  3. Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa? http://rosemujahid.blogspot.com/2011/02/sumpahan-allah-adalah-untuk-siapa.html

    ReplyDelete
  4. great entry and great book!

    ReplyDelete
  5. Ya, this book is really great.. u want 2 buy? to visit de author of this blog .. This URL http://www.zharulshah.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra