1 January 2011

^SELAMAT TAHUN BARU 2011^

Berada di ambang 31 tahun pada tahun 2011.. sesungguhnya aku amat berSyukur di usia ini aku telah dianugerahkan rezeki daripada-Nya... dalam usia ini aku berbangga kerana telah berkeluarga, berkerjaya & memiliki sedikit harta dunia... semoga pada tahun ini aku akan terus dianugerahkan rezki yang luas dan aku akan sentiasa mensyukurinya.. Syukur ya Allah...
~maksudnya~
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

***

Doa Awal Tahun ini dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata

^^telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 Malaikat memelihara daripada fitnah syaitan^^


No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra