6 December 2010

NEGARA MAJU, BERPENDAPATAN TINGGI

~beza ORANG KAMPUNG & ORANG BANDAR.. beza org berpendapatan TINGGI & orang berpendapatan RENDAH~

Kenapa ORANG BANDAR tak perna bising mengenai kenaikan harga 4 barang..? kenapa hanya keluhan berat diluahkan oleh ORANG KAMPUNG..? adakah orang kampung tidak bersyukur & tidak Redha pada kepimpinan kerajaan yang melaungkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...?? sebagai anak jati Kampung yang berasal dari golongan berpendapatan rendah yang kini mengubah nasib sehingga berpendapatan tinggi saya terpanggil untuk meluahkan apa yang tak dapat dizahirkan oleh golongan tua di kampung-kampung.. ~KENAIKKAN harga minyak mulai 1 DISEMBER 2010 & 3 barang lain~.. terkejut mendengar kalimah seorang timbalan menteri menyatakan "kenaikan harga barang ini tidak membebankan rakyat..harga ini masih rendah berbanding harga barangan yang sama di negara jiran seperti Indonesia & Singapura".. kenapa..?? adakah kita mahu jadi seperti rakyat Indonesia, berhijarah ke negara lain untuk mencari rezeki.. menjadi PTI... biar saya ceritakan 1 senario yang benar-benar berlaku di kawasan pedalaman...

kampung ini terletak 9.5 km dari pekan terdekat (selepas ini saya namakan sebagai PEKAN B)... pengangkutan utama penduduk kampung ke Pekan B adalah dengan menaiki kenderaan orang kampung.. van.. kenderaan ini tidak mempunyai permit untuk membawa penumpang.. kenapa perkara ini tidak dilaporkan kepada LPKP..? kerana ini sahaja yang menghubungkan orang kampung dengan pekan... jika tidak menaiki kenderaan ini, adakah orang kampung perlu berjalan kaki sejauh 9.5 km ke Pekan B.. atau perlukah orang kampung membeli kenderaan sediri.. TIDAK.. kerana tidak semua orang kampung mampu membeli kenderaan.. suka atau tidak.. mahu atau tidak.. ini sahaja jalan untuk orang kampung ke Pekan B.. Sebelum harga minyak naik pada Jun 2008 harga tambang van ke Pekan B adalah RM1, kenaikan harga minyak pada Jun 2008 tambang van dinaikkan sekali ganda menjadi RM2.. penurunan harga minyak 4 bulan kemudian menjadi khabar gembira kepada orang kampung dengan mengharap harga tambang van akan turun namun sebaliknya.. harga tambang tidak diturunkan.. apa yg orang kampung boleh buat..?

1. Pulaukan kenderaan tersebut?
2. Buat laporan kepada pihak berkuasa?

Tapi dengan apakah mereka hendak ke Pekan B lagi..? okey.. saya katakan di sini bukan salah kerajaan kerana kerajaan telah turunkan harga minyak.. kerajaan prihatin terhadap rakyatnya.. yang salahnya pemandu kenderaan van yang membawa orang kampung ke Pekan B.. mereka mencekik darah orang kampung walhal mereka juga sebahagian orang kampung tersebut... kemanakah perikemanusiaan mereka terhadap komuniti sendiri..??.. TAPI kalau orang kampung tidak mahu menaiki kenderaan mereka, mereka tak paksa pun.. mereka masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, boleh mendapatkan keperluan asas di Pekan B.. jadi bukan salah pemandu kenderaan.. yang salah adalah orang kampung, kenapa terhegeh-hegeh hendak menaiki kenderaan yang tidak mempunyai permit untuk mengangkut penumpang..? kenapa mahu ikut juga sedangkan tahu tambangnya mahal..? jika berlaku kemalangan, apa yang orang kampung dapat untuk diambil tindakan..? TAK DAPAT APA PUN.. namun inilah kehidupan orang kampung... pada mereka inilah satu-satunya jalan untuk ke Pekan B.. tempat mereka mencari rezeki.. tempat anak-anak mendapat pendidikan.. tempat mendapatkan keperluan asas...jadi bukan salah orang kampung.. sudah lumrah manusia, menuding 1 jari ke arah lain.. sedangkan 4 jari lagi menunjukkan diri sendiri.. Kenaikan harga minyak di antara 5 sen seLiter mungkin akan menyebabkan kenaikan tambang van menjadi RM 2.50 atau RM3.. ini pasti akan berlaku.. tapi siapakah yang PEDULI..???

Kenaikkan harga sekilo gula 20 sen juga akan memberikan impak kepada penduduk kampung.. mungkin RM2.10 harga gula di Pekan B.. namun di kedai-kedai runcit di kampung-kampung akan naik lagi kepada RM2.20 hingga RM2.50.. apa pilihan yang orang kampung ada..?? "pulaukan peniaga" seperti yang Media war-warkan... tapi dengan menaiki van ke Pekan B telah memakan belanja tambang ulang alik RM 5 atau RM 6 adalah lebih baik membeli gula RM2.20 atau RM2.50 di kampung.. kedua-dua pilihan tetap akan merugikan orang kampung... Adakah siapa yang peduli..?? orang kampung akan berjimat cermat, jika dulu sekilo gula bole dibancuh 2 minggu kini sekilo gula akan dibancuh selama sebulan.. kesian orang kampung... yang miskin akan terus daif.. inikah rakyat Malaysia "Negara Maju Berpendapatan Tinggi"...

Penstrukturan semula subsidi ini nyata begitu membebankan rakyat... mungkin pada yang menikmati Gaji Bulan 4 & 5 angka sebulan yang pasti diterima pada 24hb atau 25hb setiap bulan pasti tidak begitu terasa... tapi bagaimana dengan orang kampung yang mengharap pendapatan c pokok getah.. yang jika cuaca baik boleh turun menoreh, jika hujan terpaksa duduk drumah, megharap agar esok cuaca baik.. bagaimana dengan orang kampung yang mengharap kepada "subsidi" dari anak-anak.. jika diberi "Alhamdulillah" jika tidak terpaksa mengikat perut menahan lapar.. mungkinkah ubi kayu rebus menjadi ruji harian.. saya pernah melihat sebuah keluarga terpaksa mengikat perut kerana anak yang ramai, anak bersekolah, suami hanya bekerja buruh kasar, isteri suri rumah.. hanya mengutip buah kelapa sawit, direbus & dimakan.. kehidupan yang pada saya sungguh daif..

saya hanyalah pemerhati yang tidak dapat membantu meringankan beban orang kampung.. saya tidak mampu hendak menolak perancangan negara.. saya tidak mengetahui impak positif negatif dengan lebih mendalam tentang kenaikan & penurunan harga barang.. saya tidak arif mengenai pasaran dunia.. saya hanya la rakyat biasa.. saya hanya lah pegawai kerajaan yang berasal dari kehidupan yang miskin.. saya tidak mahu melihat yang miskin akan bertambah miskin.. mungkinkah dengan sedikit penulisan dapat membuka mata & minda MEREKA yang berkuasa...

(betulkan saya jika saya tersilap...) Wallahu'alam...

4 comments:

  1. what a good post my dear friend...pena-pena membuka mata spt ini kekadang perlu utk membuka mata dan telinga mereka2 yg bwajib.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu
    terima aksih atas entry cikgu ini yg kini rata2 dibualkan di sekeliling saya.
    saya dibesarkan di bandar raya.kemudian saya sekarang bertugas di kawasan kampung dikategorikan pedalaman.
    bila harga minyak naik,harga barang pun naik.
    dan yang terasa sangat adalah golongan berpendapatan sederhana dengan anak yang ramai dan tin ggal di bandar besar,apatah lagi berpendapatan kecil di bdnar besar.
    begitu juga golongan yang petani dan mereka yang berpendapatan rendah di kawasan kampung dan pedalaman,sangat terasa.ada sesetengah kawas pedalaman,barang keperluan itu tinggi dengan alasan kos penghataran.

    ReplyDelete
  3. Bak kata kerajaan "ubah gaya hidup".huhu

    ReplyDelete
  4. Panjang entry ni..
    Boleh buat karangan spm ni..
    Haha..
    Ape2 pun kenalah pandai atur kwgn..

    ReplyDelete

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra