Assalamualaikum w.b.t kepada blogger2 & reader2 yang dikasihi semua. Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t atas nikmat yang telah diberi dan dengan limpah kurnia-Nya akhirnya gua sampai jua di Semester II untuk menyambung sisa pengajian di IPGM Kent sekembalinya dari 12 minggu jalani praktikum di sebuah Daerah yang Indah Permai di Sabah & setelah seminggu berhari raya di kampung halaman… bermacam dugaan & cabaran untuk kembali semula ke sini, bukan mudah untuk sampai ke sini… terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir menghilangkan keupayaan gua untuk bergerak, meniti jalan yang berliku-liku & meredah kabus di malam atau di pagi hari, bersengkang mata, menahan tidur & menahan kesejukkan ketika terjirus air ke tubuh ketika mandi, suka duka bersama warga PKH SKP2R.. segalanya jelas dalam kenangan..
Sekembalinya gua kali ini membawa sedikit perubahan penerimaan warga Kent pada gua, jika dulu gua bukanlah seorang yang dikenali.. malah kewujudan gua seperti tidak pernah disedari.. siapa gua? Ada juga yang tidak tahu.. namun kali ini penerimaan agak berbeza, kenakalan gua mungkin salah satu penyebabnya.. namun yang pasti, segalanya kerana komitmen, kesungguhan dan keikhlasan gua dalam melakukan apa juga yang diarahkan semasa menjalani praktikum membuat keadaan ini berubah. Walau dalam kenakalan yang tidak dapat disangkal lagi gua masih punya komitmen untuk mempertahankan jati diri dan mengHakkan persepsi mereka yang ada di sekeliling gua untuk menyebabkan tiada apa yang boleh menidakkan kreadibiliti mereka yang mengadili.. mungkin juga favorite quotations “Jika adalah 10 orang yang BIJAK PANDAI, AKU salah seorang di antara MEREKA” yang gua pegang selama ini memungkinkan semua ini.. Syukur ke hadrat Ilahi..
No comments:
Post a Comment