Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati kami bila mngenangkan
Kau sahabat kami.. kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kami pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabat, akan kami teruskan perjuangan ini
Walau kami tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati kami mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kami kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabat kami.. kau teman sejati..
Dalam Kenangan:
En. Razali Dalhani yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29.12.2008
semoga keluarga & para sahabat almarhum bersabar
dan redha dengan pemergian beliau.
Doa kami seluruh warga KML sentiasa
bersama almarhum..
Bersama-samalah kita sedekahkan
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment