8 January 2009

BUAT KENGKAWAN


Buat kengkawan...
antara sedar, nyata & pasti rupanya suda 2 tahun gua di sini
menjadi pekerja, rakan & kawan sejati
hari ini hari terakhir gua di sini
tiada kekesalan yang akan gua bawa pergi
tiada kehampaan yang akan gua bawa pergi
hanya secebis kenangan untuk dikenang
untuk jadi pedoman & panduan hari mendatang
Buat kengkawan..
gua mohon seikhlas hati
andai ada kesudian di hati
memaafi diri gua ini
andai ada terguris hati
kata-kata, tingkah-laku yang pernah gua bagi
gua cuma insan biasa, kawan
tidak tandus dengan sifat manusiawi
itu gua akui 
Buat kengkawan..
'kawan' itu datang & pergi
'kawan' itu senyap & mencari
'kawan' itu suatu igauan mimpi
'kawan' itu 1 memori abadi
'kawan' itu racun & duri
'kawan' itu cubit paha kanan terasa paha kiri
hari esok gua pergi kawan
pergi menyahut 1 cita-cita yang bakal terealisasi
1 cita-cita yang selalu menghantui
1 cita-cita yang menjadi obsesi
Buat kengkawan
tidak mengapa gua pergi
hari esok korang pasti ada pengganti
lebih baik dari gua ini
andai suda tercatat di azali
kita pasti bertemu lagi
Terima Kasih

3 comments:

  1. Dah boleh komen..
    Tq to Calipso sbb gtau ruangan komen gua tak berfungsi.. itu adalah kerana gua yg menghangkangkannya dengan ubah setting... nasib baik dia gtau kalau tak gua takkan tau.. ingatkan tada sapa yg sudi komen apa yg gua tulis..

    ReplyDelete
  2. patutlah semalam tak leh komen

    '..andai suda tercatat di azali
    kita pasti bertemu lagi..'....di Puncak Kejayaan. Amin.

    ReplyDelete
  3. 'di sana nanti'... tika mulut tidak dapat berkata2.. hanya bahagian tubuh badan dapat berkata menjadi saksi.. di situ la pembayaran bermula, menaiki jambatan, samada jatuh kawah atau jumpa bidadara/bidadari.

    ReplyDelete

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra