23 December 2008

GUA BAKAL GURU...

Tuah ayam Nampak di kaki.. tuah manusia siapa yang tahu… Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui… Cita-cita bakal terealisasi… tidak disangka tidak diduga.. Akhirnya rezeki tiba…



Rasa gembira usah cakap lagi… gua seakan-akan tidak percaya, mengikut web KPM keputusan temuduga akan diketahui pada 24 Disember secara online tapi gua dapat surat tawaran bertarikh 20 Disember. Waa.. bukan main suka hati gua...gua merupakan antara 56,396 calon yang layak menduduki Mtest pada 24 Mei yang lalu dan juga antara calon yang tersenarai untuk ditemuduga pada 24 September dan Allamdulillah gua akhirnya tersenarai dalam 12, 228 tempat yang ditawarkan KPM bagi mengikuti Kursus Penguruan Lepas Ijazah (KPLI) sesi kemasukan Januari 2009 yang akan mula mendaftar pada 12 Januari 2009 di Maktab Perguruan Kent...

Terima kasih pada Mel yang susah payah urus borang permohonan tiket gua p nterview hari tu… betul kata Mel “jangan nangis, ini semua dugaan, ko mesti dapat jadi cikgu.. nanti ko akan ingat semua ni”… Tq.. Ko sentiasa ada bila gua susah Mel…

Genap 3 tahun bergelar Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 pada 03.01.2009 ini… jawatan yang banyak mengajar gua erti hidup…
beri pengalaman bukan picisan…
menjawat jawatan ini gua dianggap cam kuli tada prasaan jer pada sebilangan mereka yang bergelar ‘pegawai’…
hina sangatkah jawatan ni…??
Di mata diaorang ler…
tapi sedikit sebanyak gua dapat blajar agar tidak mencontohi
sikap sebegitu bila da bergelar ‘pegawai’…
banyak kata-kata orang yang gua simpan jadi pengajaran,
buat pedoman masa depan…
Bukan gua berdendam pada keadaan tapi timbul persoalan…
adakah itu semua lumrah alam…??
alam yang luas & makin tua…
kenapa minda gua tersentuh dalam perjalanan meniti hari-hari terakhir di KML??
Ataupun tersentuhnya hati gua meninggalkan kawan & rakan…??
wujud ka gua di hati mereka..??
atau sekadar penyemak pandangan mata..??
... bagai melukut di tepi gantang…
Bolak balik gua pikirkan..
antara perasaan, pandangan & perhitungan…
antara hitung, kira & hisab…
haa gua pikirkan… di situ la nasib gua…

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra