10 June 2009

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat..Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas.. Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.. Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta.. Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu.. Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah.. Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash.. Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.. Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titianMu.. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu.. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu.. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.. Sekiranya suamiku ini jodoh yg dirahmati olehMu.. Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah.. Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.. Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu.. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya.. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah.. Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku.. Kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai.. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri.. Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.. Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.. YaAllah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah.. Kuatkan hati dan semangatku.. Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.. Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami.. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu.. Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.. Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan.. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.. Kerana aku sedar hinanya aku.. Kerana aku insan lemah yg kerap keliru.. Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.. Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu.. Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah..
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra