Daripada Abu Sa'id r.a berkata Rasulullah SAW keluar pada hari Aidil-adha dan Aidil-fitri ke tempat solat lalu beliau melalui para wanita seraya berkata: "Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah dan perbanyakkanlah beristigfar (memohon ampun) kamu sekalian, kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka". Mereka bertanya: "Kerana apa wahai Rasulullah SAW?". Beliau menjawab: "Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (suami). Aku tidak melihat wanita-wanita yang kurang akal dan agamanya dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang laki-laki yang teguh hatinya". Mereka bertanya: "Apakah kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah SAW?". Beliau menjawab: "Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki?". Mereka menjawab: "Benar". Beliau berkata: "Maka begitulah di antara kekurangan akalnya. Bukankah apabila haid, dia tidak boleh solat dan puasa?". Mereka menjawab: "Benar". Beliau berkata lagi: "Maka begitulah di antara kekurangan agamanya
Penjelasan:
Islam yang suci memandang setiap laki-laki dan wanita sebagai pasangan serasi dan dengan kedua-duanya kehidupan manusia berjalan beriringan tanpa melebihkan yang satu di atas yang lain dari sisi nilai kemanusiaannya. Perkara ini secara nyata tercatat dalam firman Allah SWT: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamuberbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling taqwa di antara kamu". Yang menjadi ukuran di sisi Alah SWT adalah amal soleh. Allah juga telah menjelaskan bahawa laki-laki dan wanita dituntut untuk melaksanakan tugas masing-masing.
No comments:
Post a Comment