15 June 2008

Persatuan Pembantu Tadbir

Saya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 berasa amat perlu untuk ditubuhkan Persatuan bagi Pembantu Tadbir untuk membincangkan masalah / isu mengenai jawatan serta bidang tugas jawatan ini. Melihatkan jawatan-jawatan lain yang mempunyai persatuan / kesatuan contohnya seperti Pesima, PPA (Persatuan Pegawai Akademik), Persatuan Pegawai Eksekutif dan banyak lagi yang mereka tubuhkan dapat membela nasib dan membincangkan isu-isu pekerjaaan serta menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan tepat kepada ahli persatuan tersebut. Ini kerana hanya mereka yang menjawat jawatan tersebut sahaja yang tahu apa yang diperlukan bagi menambah baik prestasi ke arah lebih cemerlang. Oleh itu, saya berharap Pembantu Tadbir seluruh malaysia juga bersetuju dengan cadangan saya bagi mewujudkan persatuan Pembantu Tadbir yang dapat membela nasib kita. Tapi saya percaya penubuhan persatuan ini bukanlah mudah. Perbincangan, permuafakatan serta pemilihan objektif utama penubuhannya haruslah kita fikirkan bersama. Terima Kasih.

32 comments:

  1. sy pon PT N17 gaks..
    tapi persatuan utk PT mmg slow lah.. kt jhr dh ader dh..

    kalau diaktifkan persatuan ini, sekurang2nya boleh memberjuangkan nasib PT2

    ReplyDelete
  2. saya pun pt n17 gak.. yaaa.. memang banyak masalah dan perkara yang perlu diperjuangkan oleh PT. dan setahu saya persatuan ini mmg telah lama ujud, cuma masih tidak popular.

    ReplyDelete
  3. tol 2...sy sgt2 stuju...kdg2 loadwork keje x setimpal ng gaji..

    ReplyDelete
  4. Saya pembantu tadbir jugak. Baru berkhidmat dalam kerajaan lebih kurang 1 tahun 6 bulan. Kerjaya sebagai pembantu tadbir amat2 mencabar bagi diri saya.

    ReplyDelete
  5. salaam.... semua PT di jemput bertukar fikiran http://ktbmforum.ucoz.net terima kasih.

    ReplyDelete
  6. salam,letih juga keja pembantu tadbir

    ReplyDelete
  7. ada cth fail meja x?
    email kt mabong_dynamite@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. aah lah aku dah 3 taun PT tapi sampai skrg fail meja pun xde lah

    ReplyDelete
  9. wat je kerja kita

    ReplyDelete
  10. Syukur lah apa yang kita dapat orang lain ramai lagi nak kerja PT x dpt2.-CC-

    ReplyDelete
  11. salam 1 msia..
    Semua pembantu tadbir dijemput menyertai Gabungan Pembantu Tadbir Msia :-

    http://urlcut.com/1uhfr

    ReplyDelete
  12. Mmasalahnya Pembantu Tadbir (pt)terlalu banyak Persatuan Pembantu Tabir Kesiatan Negri Perak,Kedah,P.Pinang. Begitu juga dengan Pembantu Tadbir di Kementerian Pelajaran mungkin juga Jabatan lain ada Persatuan sendiri.
    Sekiranya semua Persatuan Pembantu Tadbir berada dibawah satu bumbung sudah pasti kekuatan berpehak kepada KITA FIKIR2KANLAH
    PT17HSR

    ReplyDelete
  13. Untuk pengetahuan semua Operator talifon N11 Tukang Masak N1lah dinaikan ke gred N17, Pemandu R1 akan dinaikan gred R17, begitu juga dengan Pembantu Perawatan Kesihatan (dulunya Atendan Kesihatan,
    PT17HSR

    ReplyDelete
  14. KERANI LAPOK PANTAI TIMOR29 March 2010 at 14:01

    APA NAK BUAT NASIB BADAN

    ReplyDelete
  15. Salam,semua pemabntu tadbir dijemput meramaikan group :-
    http://urlcut.com/1vkli

    ReplyDelete
  16. kenapa lah dioarg dinaikkan??sedangkan diaorg guna SRP/PMR je...PT dulu ade SPM..sepatutnya dinaikkan ke Gtred N22 semua

    ReplyDelete
  17. macam dengan n22 yg sedia ada tak naik ke

    ReplyDelete
  18. kawan juga PT, kawan nak tanya pertubuhan ini dah didaftarkan ka tak.Ada tak no phone untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.kawan sangat berminat dengan pertubuhan ni dipejabat kawan baru aje dibuat perjumpaan dengan semua PT ada cadangan menubuhkan pertubuhan sebab tu kawan nak maklumat lengkap tentang pertubuhan ni.

    ReplyDelete
  19. Salam semua..
    tq atas respon anda semua.. walaupun sy bukan lagi PT sekarang namun sy tetap menyokong penuh persatuan / kesatuan yg bakal wujud ataupun yg telah lama wujud.. selama 3 tahun menjadi AKS byk pgalaman yg sy perolehi walaupun kini sy telah menjadi guru namun, tugas PT tetap menjadi kenangan & panduan sy.. sy berasa bersyukur krn bbanding guru baru yg lain sy punya sdikit pgalaman dlm selok belok perkhidmatan jd sy tau apa yg perlu & apa yg tdk perlu..

    pd kwn2 AKS yg lain.. terus bermotivasi, jgn malu pd kerjaya anda.. golongan P&P hanya perancang, anda adalah pelaksana.. terus berkhidmat dgn ikhlas, telus & dedikasi..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum

    Baru jumpa blog ini... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  21. salam semua,
    walaupun aku PT tapi aku bersyukur dapat kerjaya ini,secara tidak langsung aku dapat menguruskan kewangan aku coz melalui pengurusan kewangan sekolah aku melaksanakan pengurusan kewangan aku sendiri, rasa2nya aku lebih baik dr guru yg mengajar dan pling penting aku lebih berduit dari guru2 n guru besar aku.Kepada PT marilah kita urus kewangan kita sendiri/keluarga seperti kita mengurus kewangan sekolah/kerajaan compom kita lebih beduit dari guru n Guru Besar/pengetua>Apalah ada pada pangkat tapi tarak ada duit asik ANGKASA saja dalam slip gaji..renung2kanlah....selamat menjadi orang berada...

    ReplyDelete
  22. salam..............
    aku bukanlah sasterawan negara aku hanyalah manusia biasa...menulis sekadar meluah rasa jiwa.....

    firstly aku nak ucap tahniah kpd cikgu kerana buka blog ni....

    sebenarnya kalu nak ikutkan kementerian kesihatan memang dah lama wujud kesatau namun yang menyertai berapa kerat lah sangat kata mereka persatuan tidak menjamin masa depan dan tidak mampu memperjuangkan nasib PTN17..... aku sendiri berasa sedih mengapa pihak terbabit boleh suarakan begitu....
    dan yang sedih lagi hingga ke hari ini nasib PTN17 masih ditakuk lame sedang semua Gred bawah lain telah pun di upgrade, namun kami tiada yang pandang.....kalau nak berkira pasal kerja...orang tak nak nampak yang kamilah sebenarnya terpaksa bertungkus lumus.....tapi yang untung siapa???? para Doktor, Jururawat, Pegawai-pegawai atasan....yang sentiasa nampak dimata kerja mereka...sedang kami dianggap tiada kerja....tapi pernahkah pihak2 terbabit menilai kerja kami yang terpaksa uruskan semua pasal mereka....dari gaji, elaun, hal-hal perkhidmatan, pencen. kontrak, nak masuk kuaters, kluar kuaters.......sehinggalah kasut mereka pun kamilah yang uruskan.......tapi apalah yang ada kami dengan gaji yang ciput ini...salahkah kalau kami juga diupgrade.............

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Firstly, tak sangka pula ada kengkawan PT yang berasa terkilan seperti diri saya, ingatkan saya sorang ja, cuma saya ni bernasi baik sikit sebab dah diupgrade ke Gred N22 (KUP).

    K, berbalik kepada cite Upgrade memang semenjak saya kerja dah 17 tahun ni tidak pernah lagi kerajaan upgrade jaw PT, yang terkilannya semua jaw yang rendah dh diupgrade cohtoh tukang masak kelayakan masuk hanya Darjah 6, diupgrade ke SPM N17, kiralah berapa step yg dilangkaui. Tentu tuan/puan sedia maklum bagi jaw2 lain yg telah diupgrade.

    Saya bertugas di jabatan persekutuan tapi di negeri lagi la teruk, pejabat tiada cleaner, mahupun PAP (pembantu Am Pejabat),Cuba fikirkan siapa yg nk wat kerja2 cleaner klu semua jaw yang ada disini adalah gred 22 ke atas. Tentulah PT kan??? Dari kerja mencuci toilet, basuh pinggan, sapu sampah hinggalah membuat kertas kerja/laporan/minit mesyuarat semua PT yg buat. Tapi bila tgk ada jawatan2 merungut kena bt kerja PT saya dah rasa terpanggil nk kongsi pglmn saya.

    ReplyDelete
  24. kawe sokong 100% mudah mudahan Kerajaan yang memerintah dapat pertimbangkan kedudukan kami N17

    ReplyDelete
  25. N1 NAIK N11, N11 NAIK N17, N17 NAIK HAIRAN

    N1 jadi N11, N11 jadi N17, N17 jadi BANYAK

    ReplyDelete
  26. salam...saya amat bersetuju PT P/O N17
    di naik taraf jd N19 ke N20 ke
    sedang gred lain sume dah naik taraf
    kerja dah la mcm rojak terutama yg duk kat
    state. mcm sya di unit perkhidmatan...
    time based utk naik pgkat pun patut kurangkan kpd 10 tahun je bukannya 15 tahun..

    mari kta sma2 perjuangkan nasib PT/Po N17

    ReplyDelete
  27. Nak perjuangkan mcm mana?
    N17 ni sebab N11 jadi N17 maka N17 dah tak ada kualiti, Dulu Pegawai Kerani (N17), Pegawai Kerani Rendah (N11) berbeza dan Pegawai Kerani Rendah kesihatan (N11) tu juga beza kena dok hospital or kesihatan saja. Yang Redah dah naik yang Pegawai Kerani Tak naik so kalau mereka nak naik yg asal 17 tak adil sebab ramai yg dari N11.

    ReplyDelete
  28. hi.. i pun PT(P/O) N17 gak.. d johor adakah persatuan utk pt? kalo gitu dgn sape saya boleh berhubung? byk isu2 yg pt masih tdk di selesaikan... perlu bergabung utk selesaikannya... kalau ada pape maklumat sila share vnvnath@yahoo.com.sg, sekian

    ReplyDelete
  29. salam,

    Menyuarakan pendapat..PT sekarang bukan sahaja mempunyai spm malah ada yg diploma dan ijazah.. sperti sy.. kerana memikirkan agar tidak memilih pekerjaan,mengambil apa sahaja perkerjaan yg ditawarkan..Ini menunjukkan PT sekarang tidak lg bergantung pada kelulusan SPM, PT di Kerajaan persekutuan boleh melakukan kerja2 P&P jua..

    ReplyDelete
  30. rasanya punca sebenar sebab kekangan kerja pt tidak dpt focus persatuan m
    cm ditelan pun tidak diluah pun tidak

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum...saya jgak ptn17 bg tahun 2015 ingin menyuarakan pendapat...group ini perlu digiat aktifkan semula untuk membela nasib dan memperkuatkan lg keutuhan jawatan yg kita pegang sekarang ini...

    ReplyDelete
  32. As salam..sapa2 leh tak share fail meja PTPO N17?Saya nak update senarai tugas untuk tahun 2015..bleh emel ke amieysha@hotmail.com..tq

    ReplyDelete

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra