2 January 2014

AKU YANG TERPILIH

 Ini merupakan tahun kedua aku di sini sebagai guru pendidikan khas integrasi.. tahun ini aku diberi kepercayaan mengajar murid Spesifik Disleksia Tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik... sedikit gusar di hati, "Bahasa Malaysia"?? bahasa aku pun tunggang langgang ini kan pula memperbetulkan dan mengajar bahasa… Matematik aku tak kisah sebab aku memang suka dengan subjek itu... tawakal sahaja laa.. memandangkan hanya aku dipertanggungjawabkan untuk berada di Program Integrasi Spesifik Disleksia.

bayangan awal aku tentang kelas disleksia ini tidaklah sesukar mana.. kerana hanya ada 3 orang murid saja.. semuanya tahun 5 dan semuanya lelaki... mereka akan berada di kelas aku bila sesi PdP Bahasa Malaysia dan Matematik.. macam senang kan.??

APA ITU DISLEKSIA?
Perkataan "disleksia" adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu "dys" bermaksud "kesukaran" dan "lexia" bermaksud "perkataan". Disleksia jika diterjemahkan secara terus bermaskud "kesukaran dengan perkataan bertulis". Oleh itu definisi disleksia ialah kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan awal yang mencukupi.

Dalam konteks pelaksanaan Program Spesifik Disleksia, Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai
"Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis"

tetapi mereka bukan sahaja bermasalah pembelajaran spesifik disleksia tetapi juga diskalkulia.. apakah pula Diskalkulia itu?
"murid-murid yang berada dalam sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran aritmetik. Mereka akan menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri".

Silibus?? aku kena ikut silibus aliran perdana.. sukarnya di situ... membuat perancangan sendiri berdasarkan garis panduan tetapi boleh menjadi kurikulum alternatif ternyata lebih mudah dengan keupayaan murid yang terbatas berbanding merancang sesuatu yang rigid, tidak boleh diubahsuai mengikut tahap dan aras.. hhhmmm susahnya di situ.. inshaAllah, jangan mengeluh!!

Menjadi guru spesifik disleksia sekaligus menjadikan aku sebagai Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia.. pada mulanya agak menolak untuk jawatan yang besar dan berat ini kerana kurang yakin dengan kemampuan diri serta tidak berpengalaman dan merasakan ada yang lebih senior untuk menggalas tugas ini.. aku cuma pendatang baru di sini.. takut dikata lebih kuah dari nasi.. tapi percubaan awal untuk menolak tugas ini terus dinokhtahkan oleh dia yang bergelar "Boss"..
siapalah aku kan.. maka slogan "saya yang menurut perintah" terus dipahat dan terpahat

hari ini bermula era aku sebagai Guru Pendidikan Khas Spesifik Disleksia.. kesian pada Penolong Kanan ku yang terkesan dengan perpindahan ku ke Program ini walaupun sebenarnya masih di bawah satu unit yang sama.. walau apapun aku tetap bersama mu kak.. tugas di LD sebagai setiausaha tetap aku laksanakan..

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra