Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini jelas dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)
- Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Laikahaillah' nescaya masuk syurga' ".
- Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi".
- Mati di malam jumaat atau harinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur".
- Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
- Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
- Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
- Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
- Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
- Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
- Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.
bley tanye,4-10 tu ade nas x?
ReplyDeleteAllahua'lam.. try 2 refer 2 any book, bcoz I get from reading some articles on the internet.. I post here 4 my own guide & 4 those who read my blog .. TQ 4 u response
ReplyDelete