16 June 2008

Soalan-Soalan PTK

Segala hasil kerajaan daripada apa-apa punca kecuali zakat, fitrah, baitulmal dan hasil agama hendaklah dimasukkan ke dalam;

A Kumpulan Wang Amanah
B Kumpulan Wang Disatukan
C Kumpulan Wang Luar Jangka
D Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Dokumen terperingkat ‘Rahsia’ hanya boleh diterima peringkat keselamatannya dengan persetujuan;

A Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan
B Pegawai Ketua Pengawal Keselamatan Kerajaan
C Pemula dokumen berkenaan
D Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri

Tujuan untuk membuat Akuan Berkanun di hadapan Pesuruhjaya Sumpah;

A Sanggup berkhidmat dengan kerja sepenuh masa
B Tidak punya sebarang rekod jenayah
C Sanggup bekerja lebih masa apabila keadaan memerlukan
D Tidak membocorkan rahsia kerajaan kepada musuh Negara

Kaedah yang teratur bagi menyimpan fail terpering ‘Rahsia’;

A Menyimpan fail dalam almari di bilik pegawai
B Meletakkan fail tersebut di atas rak yang mempunyai pengaliran udara yang baik
C Menyimpan dalam beg berkunci yang dipastikan nombornya tidak berkompromi
D Menyimpan dalam cabinet besi yang dipasang palang besi berkunci

Puan Sofia seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang boleh mendapat rawatan secara percuma untuk diri dan keluarganya. Apakah tafsiran “keluarga” bagi Puan Sofia

I Ibu bapanya
II Suaminya
III Adiknya
IV Anaknya

A I, II dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

Definisi "Elaun Harian"

A Bertugas rasmi di luar ibu pejabat bagi tempoh melebihi 8 jam dan kurang 24 jam
B Bertugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempoh melebihi 24 jam tetapi kurang daripada 48 jam
C Bertugas rasmi selepas waktu pejabat apabila dipanggil oleh Ketua Jabatan
D Bertugas di luar Ibu Pejabat 3 bulan berturut-turut termasuk hari minggu dan kelepasan am

2 comments:

  1. saya mahukan soalan kompetensi khusus & kompetensi umum bagi ptk1 jawatan pembantu tadbir n17,terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sori Suryati.. hanya ini soalan yg gua ingat masa exm ari tue.. walau mcmanapun gua syorkan baca buku PKPA & Perintah Am.. slamat berexam...

    ReplyDelete

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra