14 November 2011

MAJLIS ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2011 PERINGKAT WP LABUAN


_________________________________________________________
:: ..kalau takut diLambung ombak .. jangan beRumah di tepi pantai.. 
kalau KAIL panjang seJENGKAL.. usah diDUGA lautan dalam.. ::
_________________________________________________________

10 November 2011

KEM 1 MURID 1 SUKAN PENDIDIKAN KHAS

Kem 1Murid 1Sukan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 08, 09 dan 10 November 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Kg. Ganggarak Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini disertai 20 orang murid Sekolah Menengah dan 38 orang murid Sekolah Rendah.

Objektif Kem 1M1S ini adalah:
1.1 : Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
1.2 : Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan guru dan murid.
1.3 : Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
1.4 : Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
1.5 : Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Dalam Kem ini aku & seorang rakan telah dilantik sebagai AJK Jemputan, Sambutan dan Buku Program. ini adalah cover Buku Program yang telah aku hasilkan
sesiapa yang mahu tengok hasil yang tidak seberapa ini ataupun mahu jadikan contoh atau panduan untuk membuat buku program sila klik cover Buku Program di atas.. sebagai panduan saja, korang mesti boleh buat lagi best dari ini kan... :)

walaupun masi dalam "berpantang" aku tetap turun padang juga melawat Kem 1M1S ini.. maklum laa ini adalah program julung2 kalinya di adakan di wilayah ini..tengok laa aksi kitaorang : :-
 
ni pula adalah gambar kitaorang bersama AJK Induk, AJK Pengelola, AJK Pelaksana & Semua Peserta

Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang.
SYABAS kepada semua yang menjayakan Kem ini.
_________________________________________________________
:: ..jangan takut menemui KEGAGALAN.. kerana KEGAGALAN itu merupakan 
KEJAYAAN yang tertunda.. ::

_________________________________________________________



8 November 2011

Mylil Princess ~ Nureil Adha Mysara

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi.. Nureil Adha Mysara muncul dalam hidup kami.. Finally.. kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai..
MySara lahir pada 05 November 2011 dengan berat 2.4kg.. sungguh kecil dia kan..??
namun sikecil ini bawa 1001 kebahagiaan & keceriaan dalam hidup kami..
tangisannya.. senyumannya..
~: : we LOVE u Sara : :~

_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra