24 October 2014

AKU GURU SPESIFIK DISLEKSIA

 
Alhamdulillah.. pemantauan intervensi Domain Linus ke Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia memberi aku pengalaman dan pengetahuan yang baru.. usah tanya aku begitu banyak tentang Disleksia kerana aku sendiri kurang tahu.. yang sebenarnya tidak tahu pun..
menjadi guru pakar dalam Spesifik Disleksia ini membuat aku jadi malu sendiri.. kerana kepakaran aku adalah dalam Learning Disability.. ikhtisas aku juga Learning Disability... apa sebenarnya yang membuatkan pentadbir memilih aku untuk menerajui program ini.. mungkin takdir aku suda di sini.. sebagaimana aku ditakdirkan untuk bersama mereka yang istimewa di kelas LD.. untuk apa terus mengeluh.. menyesali ketidakpandaian diri.. lebih baik terus maju ke hadapan.. memantapkan diri tentang ilmu Spesifik Disleksia..

mungkinkah aku kurang berminat..?? ya, minat ku untuk menjadi guru masalah pendengaran.. bermain dengan bahasa isyarat.. tapi belum kesampaian.. inshaAllah satu hari nanti.. walau bagaimanapun, minat itu harus dipupuk.. aku akan kongsikan jenis-jenis disleksia dan prosedur pengajaran.

Terdapat dua jenis pembahagian besar dalam penjenisan disleksia iaitu disleksia visual dan disleksia auditori. 
Apakah yang dimaksudakan dengan "Disleksia Visual".. ia merujuk kepada murid-murid yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan atau mengingati perkataan yang dilihat. Ciri-ciri disleksia visual pula ialah, murid akan menghadapi masalah :
1. Mendiskriminasikan abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.
2. Kadar persepsi yang lambat.
3. Membaca dan menulis perkataan yang terbalik.
4. Mengingati urutan huruf-huruf dalam perkataan. 
5. Mereka lebih mahir dalam aktiviti auditori.


**moga-moga info kali ini bermanfaat

24 September 2014

JAGA MEREKA UNTUK KU



.. senyum ku tak seghairah.. gerak-geri ku tidak selincah.. mata ku tak seAyu... kicau burung pun tak semerdu.. namun ku punya hati.. juga gaya ku perasaan... hidup ku yang begini.. kadar waktu diizin Tuhan.. Tidak ku minta lahir ke dunia.... Tidak ku duga zahir ku begini.. bukan ku minta kasih dan manja.. bukan ku rayu bantu simpati.. maafkan wahai teman.. ku menumpang di sudut dunia.. mencari ketenangan.. sampai masa ku pergi jua...
hari ini aku diberi kesempatan untuk melawat si Dia yang istimewa yang mengikuti pembelajaran kelangsungan hidup berdikari di salah sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di sini.. sungguh tersentuh di jiwa ku.. keletah dan kenakalannya.. memandang aku penuh cinta.. melarik.. menarik.. membelai penuh mesra... dialah si cinta dan si intan.. mendengar dia bercerita.. yang entah apa.. kurang aku fahami.. pertuturan yang hanya dia ketahui.. pintar dan pidato lagaknya penuh gaya.. sesekali memberontak bila keinginan tidak aku fahami.. walaupun begitu sentiasa memberi kerjasama untuk menari.. menggoyangkan badan ke kanan kiri.. lenggok persis gadis melayu.. mengikuti rentak alun lagu Jemilah.. terpana dengan keComelan nakalnya.. kadang-kadang mengerling dan menjeling aku mohon perhatian dan diperhati.. lurus bendul anak ini..
**Tuhan_tolong_jaga_"mereka"_untuk_ku

23 September 2014

aku YANG TERGILA KUASA


Memiih, terpilih dan dipilih bagi menggalas sesuatu kadangkala merupakan suatu yang amat baik bagi satu permulaan. Tetapi jika terlalu banyak yang perlu dijawat.. terlalu banyak diberi peluang akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit jiwa.. hhmmm...


Seperti biasa aku adalah antara mereka yang sangat popular untuk jawatan yang sangat mencabar … nampak… kadang-kadang bukan perasan.. yang benarkan.. hahaha.. berapa banyak jawatan daa dalam tugas-tugas khas ini..?? mampukah?? hanya berdoa+berharap semoga semua pihak memberikan kerja+sama.. sama-sama kerja..

"U can do it" kata -kata semangat rakan sekerja.. aku sambut dengan senyuman.. hhmmm senyum sajalah..senyum itu satu sedekah.. aku jarang sangat bersedekah senyuman ni..  hihi.. moga peluang yang sebegini akan memberi aku banyak pengalaman & pengajaran..

- orang kata -
 "kita tak akan pernah merasa bahawa kita hebat kerana kita tak akan pernah puas.. hanya orang lain yang boleh mengukur dan membuat penilaian"
oleh itu, semoga segala pengukuran dan penilaian terhadap diriku "baik-baik saja"

moral daripada entri kali ini : 
lakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas..
** tapi tu kertas pun bole selfie++ 

LATIHAN SUKAN SEKOLAH

beraksi di padang lagi.. apa tugas hari ini ? hari ini adalah latihan sukan bagi acara padang.. lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.. so aku dan seorang rakan ditugaskan untuk monitor sekaligus menjadi Jurulatih bagi acara lontar peluru..
hehehe.. aku pun tak pernah ikut acara ni di zaman-zaman persekolahan.. maklumlah time tu berat badan berapa.. peluru tu pun tak terangkat.. walau bagaimanapun, dengan keberatan aku sekarang berat peluru tu kira berat juga laa.. tak mampu uolls untuk mengangkat dengan kerap.. tapi bila tengok budak-budak ni kesyiukkan melontar macam mau cuba try testing pula.. simpan rasa.. malu weiii bila lontar tak jauh..
hahaha..

8 September 2014

Pengawas UPSR 2014


sesuatu yang baru pada aku walaupun suda masuk tahun ke-5 bergelar Pendidik.. alhamdulillah mengutip satu lagi pengalaman yang berharga pastinya untuk hari mendatang.. hari ini berkenalan dengan 7 lagi rakan yang sama-sama menggalas tanggungjawab ini.. semuanya ceria n friendly... bertuahnya diri

okay.. *Selamat Menjalankan Tugas* untuk 3 hari ini
semoga segalanya berjalan lancar

buat anak-anak didik 1Malaysia
Selamat Menduduki UPSR
ini merupakan langkah awal untuk kalian meniti kejayaan cemerlang dalam hidup.. terus bersaing sebagai modal insan yang dilahirkan di persada persaingan yang sengit..

aku tahu kalian mampu

22 August 2014

HITAM DAN TAFAKUR


aku memilih untuk berpakaian hitam dan turut serta bertafakur pada hari ini..

22 Ogos 2014 merupakan satu tarikh bersejarah apabila semua rakyat Malaysia bersatu menanti ketibaan 20 jenazah mangsa MH17.. bersatu menanti dalam kesedihan.. bersatu menanti untuk memberi penghormatan terakhir.. bersatu bagi berkongsi kehibaan dengan sanak saudara mangsa..

Memang mereka bukan siapa-siapa.. 
bukan perwira juga pejuang negara.. mereka hanyalah mangsa kepada sesuatu yang tak terduga.. 
mereka pergi demi tugas.. mereka kembali demi keluarga
namun segalanya dirampas oleh kekejaman manusia
anak, isteri, suami dan keluarga akur menerima jenazah yang kaku
usah ditambah duka mereka
bukan penghormatan yang mereka inginkan tapi mengakhiri sebuah penantian
andai kita di tempat mereka
mampukah kita sekuat dan setabah mereka menghadapi dugaan sehebat ini

Al-Fatihah.. moga roh mereka tenang di sana

2 January 2014

AKU YANG TERPILIH

 Ini merupakan tahun kedua aku di sini sebagai guru pendidikan khas integrasi.. tahun ini aku diberi kepercayaan mengajar murid Spesifik Disleksia Tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik... sedikit gusar di hati, "Bahasa Malaysia"?? bahasa aku pun tunggang langgang ini kan pula memperbetulkan dan mengajar bahasa… Matematik aku tak kisah sebab aku memang suka dengan subjek itu... tawakal sahaja laa.. memandangkan hanya aku dipertanggungjawabkan untuk berada di Program Integrasi Spesifik Disleksia.

bayangan awal aku tentang kelas disleksia ini tidaklah sesukar mana.. kerana hanya ada 3 orang murid saja.. semuanya tahun 5 dan semuanya lelaki... mereka akan berada di kelas aku bila sesi PdP Bahasa Malaysia dan Matematik.. macam senang kan.??

APA ITU DISLEKSIA?
Perkataan "disleksia" adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu "dys" bermaksud "kesukaran" dan "lexia" bermaksud "perkataan". Disleksia jika diterjemahkan secara terus bermaskud "kesukaran dengan perkataan bertulis". Oleh itu definisi disleksia ialah kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan awal yang mencukupi.

Dalam konteks pelaksanaan Program Spesifik Disleksia, Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai
"Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis"

tetapi mereka bukan sahaja bermasalah pembelajaran spesifik disleksia tetapi juga diskalkulia.. apakah pula Diskalkulia itu?
"murid-murid yang berada dalam sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran aritmetik. Mereka akan menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri".

Silibus?? aku kena ikut silibus aliran perdana.. sukarnya di situ... membuat perancangan sendiri berdasarkan garis panduan tetapi boleh menjadi kurikulum alternatif ternyata lebih mudah dengan keupayaan murid yang terbatas berbanding merancang sesuatu yang rigid, tidak boleh diubahsuai mengikut tahap dan aras.. hhhmmm susahnya di situ.. inshaAllah, jangan mengeluh!!

Menjadi guru spesifik disleksia sekaligus menjadikan aku sebagai Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia.. pada mulanya agak menolak untuk jawatan yang besar dan berat ini kerana kurang yakin dengan kemampuan diri serta tidak berpengalaman dan merasakan ada yang lebih senior untuk menggalas tugas ini.. aku cuma pendatang baru di sini.. takut dikata lebih kuah dari nasi.. tapi percubaan awal untuk menolak tugas ini terus dinokhtahkan oleh dia yang bergelar "Boss"..
siapalah aku kan.. maka slogan "saya yang menurut perintah" terus dipahat dan terpahat

hari ini bermula era aku sebagai Guru Pendidikan Khas Spesifik Disleksia.. kesian pada Penolong Kanan ku yang terkesan dengan perpindahan ku ke Program ini walaupun sebenarnya masih di bawah satu unit yang sama.. walau apapun aku tetap bersama mu kak.. tugas di LD sebagai setiausaha tetap aku laksanakan..

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra