aku memilih untuk berpakaian
hitam dan turut serta bertafakur pada hari ini..
22 Ogos 2014 merupakan satu tarikh bersejarah apabila semua rakyat Malaysia
bersatu menanti ketibaan 20 jenazah mangsa MH17.. bersatu menanti dalam
kesedihan.. bersatu menanti untuk memberi penghormatan terakhir.. bersatu bagi
berkongsi kehibaan dengan sanak saudara mangsa..
Memang mereka bukan
siapa-siapa..
bukan perwira juga pejuang
negara.. mereka hanyalah mangsa kepada sesuatu yang tak terduga..
mereka pergi demi tugas.. mereka
kembali demi keluarga
namun segalanya dirampas oleh
kekejaman manusia
anak, isteri, suami dan keluarga
akur menerima jenazah yang kaku
usah ditambah duka mereka
bukan penghormatan yang mereka
inginkan tapi mengakhiri sebuah penantian
andai kita di tempat mereka
mampukah kita sekuat dan setabah
mereka menghadapi dugaan sehebat ini
No comments:
Post a Comment