24 October 2014

AKU GURU SPESIFIK DISLEKSIA

 
Alhamdulillah.. pemantauan intervensi Domain Linus ke Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia memberi aku pengalaman dan pengetahuan yang baru.. usah tanya aku begitu banyak tentang Disleksia kerana aku sendiri kurang tahu.. yang sebenarnya tidak tahu pun..
menjadi guru pakar dalam Spesifik Disleksia ini membuat aku jadi malu sendiri.. kerana kepakaran aku adalah dalam Learning Disability.. ikhtisas aku juga Learning Disability... apa sebenarnya yang membuatkan pentadbir memilih aku untuk menerajui program ini.. mungkin takdir aku suda di sini.. sebagaimana aku ditakdirkan untuk bersama mereka yang istimewa di kelas LD.. untuk apa terus mengeluh.. menyesali ketidakpandaian diri.. lebih baik terus maju ke hadapan.. memantapkan diri tentang ilmu Spesifik Disleksia..

mungkinkah aku kurang berminat..?? ya, minat ku untuk menjadi guru masalah pendengaran.. bermain dengan bahasa isyarat.. tapi belum kesampaian.. inshaAllah satu hari nanti.. walau bagaimanapun, minat itu harus dipupuk.. aku akan kongsikan jenis-jenis disleksia dan prosedur pengajaran.

Terdapat dua jenis pembahagian besar dalam penjenisan disleksia iaitu disleksia visual dan disleksia auditori. 
Apakah yang dimaksudakan dengan "Disleksia Visual".. ia merujuk kepada murid-murid yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan atau mengingati perkataan yang dilihat. Ciri-ciri disleksia visual pula ialah, murid akan menghadapi masalah :
1. Mendiskriminasikan abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.
2. Kadar persepsi yang lambat.
3. Membaca dan menulis perkataan yang terbalik.
4. Mengingati urutan huruf-huruf dalam perkataan. 
5. Mereka lebih mahir dalam aktiviti auditori.


**moga-moga info kali ini bermanfaat

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra