3 July 2015

SUKARNYA TU DI SITU

Masalah pembelajaran Disleksia.. kesukaran untuk memahami masalah & pengadaptasian ku terhadap beberapa murid yang dikenalpasti disleksia memberi aku tamparan maha hebat.. keterbatasan & kekangan masa dek kerana tugas yang semakin mencabar membuatkan aku seakan lupa untuk menulis.. menganalisis masalah mereka.. ada saja yang membuatkan aku bekejaran.. dengan segala tuntutan tugas PdP, perkeranian & segala macam "e-".. sedangkan dengan menulis akan membuka mata ku dan banyak mata tentang masalah mereka.. rasa sesal itu ada..
Salah seorang murid ku.. 9 tahun.. masih tidak boleh menulis seperti kanak-kanak seusianya.. bayangkan dalam 2 waktu sesi PdP (1 jam) dia hanya boleh menulis 1 perkataan contohnya "perkhemahan".. penulisan lambat.. saiz huruf berbeza.. tulisan buruk.. berusaha dia mcantikkannya dengan memadam berulangkali.. namun setiap kali hasilnya tetap sama.. padam lagi.. akhirnya kertas lunyai.. koyak.. matanya memandang ku berulangkali.. gerun dimarahi lagi.. aku cuma memandang seolah tiada rasa.. tapi jauh di sudut hati, aku penuh simpati.. usah laa dimarahi.. itulah learning disorder.. keupayaannya terbatas... tapi smpai bila... dia seakan manja & memanipulasi ketidakupayaannya..
Timeout... biasa dengan kaedah ini?? sepanjang bergelar pendidik aku belum pernah menggunakan kaedah ini.. mungkin kerana mereka-mereka yang sebelum ini belum cukup layak untuk penggunaan kaedah ini.. sudah beberapa kali aku memberikannya kerja rumah.. walaupun hanya beberapa petikan kecil untuk disalin semula.. lembaran kerja ofcause laa tak siap.. bawa balik.. esok tanya "kerja rumah mana?".. "tak siap cikgu".. "kenapa tak siap?".. "tak buat cikgu".. "kenapa tak buat?".. "saya malas cikgu"... apa??? Sakitnya tuh di sini... boleh alasan serupa itu dia kasi aku.. hilangkah rasa gerunnya pada ku.. apalagi simpati pada aku yang mengajarnya.. jauh sekali hormati aku.. sedangkan maksud "hormat" itu belum tentu dia tahu.. rasa mendidih marah itu ada.. namun dalam tidak banyak bicara aku mengunakan kaedah timeout... natijahnya dia menangis minta simpati.. padahal baru seminit dua.. aku mau kau sedar anakku tiada yang mudah di dunia ini... belajar menghargai apa yang di anugerahi pada mu... tiba-tiba basah... hhmmm dia kencing pula.. maka ada lagi tugas lain.. mencucilah pula aku pakaiannya yang basah lencun dengan bau hancing... semua gara-gara tak buat kerja rumah dengan alasan "malas"... terima kasih kepada ppm yang membantu ku mengemop lantai..
Jadi apakah kesudahannya... jika ini berterusan..
selesai semuanya.. waktu pdp masih berbaki lagi.. dia ku minta lompat bintang di atas tilam sambil menyebut-yebut perkataan mudah.. ini juga merupakan satu terapi untuk merangsang psikomotor... "hmm penat cikgu"... "ok kita menulis lagi".. "baik cikgu"... "sila salin nombor 1 hingga 3".. "1 hingga 3 cikgu?".. "ya"... "baik cikgu".. petahnya dia berkata-kata.. hasilnya dia berjaya siap.. "siap?".. "siap cikgu".. "bagus".. "yeay saya excellent cikgu".. rasa mau senyum tapi aku sabar.. selepas memberi hukuman tak akan ada istilah senyum ku.. biar aku senyum di dalam hati..
Apa pula peranan ibu bapa di rumah?? Hanya membiarkan tugas mendidik kepada guru?? Sedangkan ia perlu kesinambungan di rumah terutamanya untuk anak istimewa ini.. periksa la beg & buku sekolah anak-anak.. ada kerjakah tidak.. bimbinglah mereka untuk menyelesaikan tugasan.. kerana anak-anak ini memang suka beralasan.. mungkin ibu bapa terlalu sibuk mencari Ringgit kerana tuntutan hidup yang kian sempit ini.. namun, anak-anak ini adalah harta buat anda, jika bukan anda mencorakkannya, dia akan tercorak sendiri mengikut acuan mereka sendiri yang mana nanti pasti anda kesali.. muhasabah!!
Aku akui di negara ini tidak ada synchronize perubatan, pendidikan & terapi cara kerja.. seolah-olah ianya tidak berkaitan antara satu sama lain.. penulisan daripada mereka yang pakar juga kurang.. mungkinkah mereka juga sesibuk aku yang tidak pakar ini... masih berharap!!
Harapan ku... moga ada landasan yang benar-benar kukuh untuk aku sebagai "pendidik anak istimewa" ini meniti.. moga ini akan lebih membuka mata ku yang kian alpa..

18 June 2015

GURU PALING BERGAYA


bermacam-macam kategori biasanya dicipta sempena sambutan hari guru dan kategori sebegini jurinya adalah murid.. Antara kategori yang dipertandingkan adalah "Anugerah Guru Paling Bergaya"... sedar tak sedar tahun ini merupakan tahun ke-5 aku bergelar GURU.. sepanjang 5 tahun menjawat jawatan ini baru 2 kali kategori ini dipertandingkan.. sekali di tempat bertugas ku yang terdahulu dan kali ini di tempat aku bertugas sekarang..

tiada diduga aku pemenang kepada kategori ini di tahun 2012 dan 2015.. apa yang bergayanya aku ini, aku sendiri tidak tau.. apapun bergaya atau segala bentuk penganugerahan di mata manusia itu adalah subjektif.. ada banyak faktor yang memungkin murid-murid ini memilih ku.. biarlah..
terima kasih buat semua yang memberi aku penganugerahan ini!

5 May 2015

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014



"ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG"
satu anugerah yang amat besar ertinya buat ku..
merasakan baru setahun jagung berada di sekolah ini membuatkan aku merasa diriku benar-benar diterima dan dihargai di sini..
menjejakkan kaki di awal tahun 2013 ke sekolah ini dan merupakan percubaan pertama ku bertugas di sekolah rendah setelah tiga tahun bertugas di sekolah menengah,,
pertukaran yang sememangnya aku mahu dan impikan..

alhamdulillah di sini aku merasa diterima..
bebas melahirkan buah fikiran..
diberi peluang menjawat jawatan yang penting
diterima bagaikan adik, anak dan rakan sejawat
sememangnya aman dan damai di sini

Terima Kasih Buat AJK Penilai
selama dua tahun di sini
segala sumbangan ku terhadap organisasi ini diterima dan dihargai
pada kawan-kawan sejawat yang mungkin telah lama berada di sini
maafkan aku.. ini bukan pinta ku..
pemilihan ini juga di luar pengetahuan ku..
namun.. aku yakin.. apapun yang kita lakukan dengan keikhlasan
pasti mendapat ganjaran.. kalau bukan di dunia.. pasti di akhirat sana
dan
semoga anugerah ini sebagai satu kekuatan buat ku
untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik
untuk kejayaan murid dan organisasi

TERIMA KASIH

10 November 2014

MINGGU PUSAT SUMBER


Minggu Pusat Sumber telah dilancarkan pada 03 November 2014 dan akan berakhir pada 08 November 2014.. terdapat pelbagai aktiviti sepanjang Minggu PSS ini.. antaranya ialah Program Bacalah Sayang, Jejak Maklumat, Pertandingan Kraftangan, Doodle Drawing, Pertandingan Melukis tahap 1 dan 2 serta Pertandingan Bercerita..
Tiba-tiba menempek gambar aku dan kawan di atas.. macam tiada kene mengena kann.. hahaha.. sebenarnya itu gambar kitaorang sewaktu aktiviti Bacaan Senyap 30 Minit.. Senyap laa sangattt.. membaca??? okayyy diakui membaca blog saja di dalam enpon.. ok laa baca juga kannn..
Minggu PSS ini aku dtugaskan sebagai Penyelaras Pertandingan Kraftangan bersama beberapa rakan sekerja yang lain.. namun oleh kerana pada hari kejadian aku tidak dapat hadir kerana mengikuti Kursus makanya aku ditugaskan saja untuk membuat iklan.. okayyy walaupun secara rasminya tidak pandai.. pandaikan laa saja.. janji buat kerja..
 

dan oleh kerana telah membuat iklan di atas.. khidmat ku diperlukan lagi bagi mengiklankan aktiviti Program Bacalah Sayang.. okayyy.. saya yang menurut perintah.. tak susah sebenarnya membuat iklan ni.. yang penting mood ada.. kalau suda memang tiada mood dan otak ada sikit-sikit mereng kenapa laa disuruh menulis ABC susahnya seolah-olah mengarang surat tunjuk sebab..
sepanjang minggu PSS ini walaupun banyak aktiviti dipertandingan dan melibatkan semua cikgu.. aku langsung tak berminat untuk join.. bukan tidak mahu memberikan kerjasama tapi aku tersangatlah tidak kreatif dan tidak berkesempatan untuk turut serta.. mood juga mempengaruhi kut.. tapi kerana al-wajiban untuk semua guru makanya lukisan ini tercipta untuk "Doodle Drawing".. berhempas pulas dan berguling-guling juga laa menghasilkan lukisan yang ntah hapa-hapa ni.. janji idea tu ada.. janji siap.. janji memberikan kerjasama
walaupun... entah di manalah letak seninya...

1 November 2014

AKU & MELODYTARI SKRR

buat pertama kalinya terlibat dengan acara kesenian sebegini buat diri ku yang langsung tak berseni.. membuat diri makin kerdil walaupun sebenarnya tersangatlah besar.. apalagi peringkat negeri.. menjadi Setiausaha Kebitaraan mendedahkan aku kepada pelbagai tugas yang tak terjangka.. tak terjangkau dek akal.. yang kadang-kadang tersangat berat namun tersangatlah remeh.. tugas yang sebenarnya ringan jika dikerjakan bersama-sama.. namun tak semua orang yang boleh menggalas tugas.. kekangan terdapat di mana-mana.. ada yang boleh manage.. adapula yang beri alasan.. terima saja.. sememangnya manusia begitu...

terima kasih buat big boss, cigu Asmawi selaku guru besar SKK SKRR yang sudi datang bersama-sama menikmati kesenian penari-penari cilik ini.. walaupun tidak mensasarkan apa-apa nombor dan tempat. namun memadai sedikit kata-kata semangat buat meransang kami yang tak teransang ini.. kepenatan dan kegusaran menguasai diri..

akhirnya... walaupun dengan sedikit kepayahan.. team MelodyTari SKRR menarikan tarian Joget Secawan Kopi dan Zapin Teluk Belanga.. tempat ketiga milik mereka.. bangga sangat ka?? kebanggaan harus ada.. penari-penari cilik ini bemula dari kosong dan berlatih hanya seminggu.. terima kasih pada Jurulatih tarian dan pengubah muzik yang sangat-sangat membantu.. tanpa mereka siapalah kami..
semoga MelodyTari akan terus berjaya di masa akan datang

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra