buat pertama kalinya terlibat dengan acara kesenian sebegini buat diri ku
yang langsung tak berseni.. membuat diri makin kerdil walaupun sebenarnya
tersangatlah besar.. apalagi peringkat negeri.. menjadi Setiausaha Kebitaraan
mendedahkan aku kepada pelbagai tugas yang tak terjangka.. tak terjangkau dek
akal.. yang kadang-kadang tersangat berat namun tersangatlah remeh.. tugas yang
sebenarnya ringan jika dikerjakan bersama-sama.. namun tak semua orang yang
boleh menggalas tugas.. kekangan terdapat di mana-mana.. ada yang boleh
manage.. adapula yang beri alasan.. terima saja.. sememangnya manusia begitu...
terima kasih buat big boss, cigu Asmawi selaku guru besar SKK SKRR yang
sudi datang bersama-sama menikmati kesenian penari-penari cilik ini.. walaupun
tidak mensasarkan apa-apa nombor dan tempat. namun memadai sedikit kata-kata
semangat buat meransang kami yang tak teransang ini.. kepenatan dan kegusaran
menguasai diri..
akhirnya... walaupun dengan sedikit
kepayahan.. team MelodyTari SKRR menarikan tarian Joget Secawan Kopi dan Zapin
Teluk Belanga.. tempat ketiga milik mereka.. bangga sangat ka?? kebanggaan
harus ada.. penari-penari cilik ini bemula dari kosong dan berlatih hanya
seminggu.. terima kasih pada Jurulatih tarian dan pengubah muzik yang
sangat-sangat membantu.. tanpa mereka siapalah kami..
semoga MelodyTari akan terus berjaya
di masa akan datang
No comments:
Post a Comment