1 November 2014

AKU & MELODYTARI SKRR

buat pertama kalinya terlibat dengan acara kesenian sebegini buat diri ku yang langsung tak berseni.. membuat diri makin kerdil walaupun sebenarnya tersangatlah besar.. apalagi peringkat negeri.. menjadi Setiausaha Kebitaraan mendedahkan aku kepada pelbagai tugas yang tak terjangka.. tak terjangkau dek akal.. yang kadang-kadang tersangat berat namun tersangatlah remeh.. tugas yang sebenarnya ringan jika dikerjakan bersama-sama.. namun tak semua orang yang boleh menggalas tugas.. kekangan terdapat di mana-mana.. ada yang boleh manage.. adapula yang beri alasan.. terima saja.. sememangnya manusia begitu...

terima kasih buat big boss, cigu Asmawi selaku guru besar SKK SKRR yang sudi datang bersama-sama menikmati kesenian penari-penari cilik ini.. walaupun tidak mensasarkan apa-apa nombor dan tempat. namun memadai sedikit kata-kata semangat buat meransang kami yang tak teransang ini.. kepenatan dan kegusaran menguasai diri..

akhirnya... walaupun dengan sedikit kepayahan.. team MelodyTari SKRR menarikan tarian Joget Secawan Kopi dan Zapin Teluk Belanga.. tempat ketiga milik mereka.. bangga sangat ka?? kebanggaan harus ada.. penari-penari cilik ini bemula dari kosong dan berlatih hanya seminggu.. terima kasih pada Jurulatih tarian dan pengubah muzik yang sangat-sangat membantu.. tanpa mereka siapalah kami..
semoga MelodyTari akan terus berjaya di masa akan datang

28 October 2014

SUATU HIJRAH

Template baru
Ini adalah template baru blog aku
Semoga dengan penghijrahan template ini menjadi titik awal untuk aku terus menulis
Seperti impian aku sebelum ini
Menulis adalah sebahagian daripada aku
Aku ingin terus menulis
Kerana semua penulis akan mati tapi
Karyanya akan terus kekal hidup
Sangat sayang pada template blog aku yang dulu
kerana telah menemani ku dalam 6 tahun ini..
satu tempoh yang agak lama.. 
namun kadangkala kita perlu sesuatu yang baru
Hari ini segalanya kita mulakan dengan langkah baru
Tanda pilihan paling berani

Kadangkala kita perlu berani untuk memulakan sesuatu
Biar kita tahu hidup ini satu pilihan yang sukar
Biar kita tahu sukar itu indah
Biar kita tahu yang indah itu kadangkala derita

Welcome 2 my Page
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra