10 June 2011

PEKELILING DAN INFO PENDIDIKAN KHAS

2011

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Pendidikan Khas Tahap Satu Mulai 2011

2010

Pengisian / Penempatan / Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) Gred DG44 Bagi Jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Menengah Dilaksanakan Oleh Jabatan Pelajaran Negeri

Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

2009

Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah

Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid Yang Terlibat Dalam Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

Elaun Murid Berkeperluan Khas (Kategori Orang Kurang Upaya) - Dibaca bersama Tatacara Pembayaran Elaun Murid Bekeperluan Khas (Kategori Orang Kurang Upaya)

2007

Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah

Garis Panduan Lawatan Murid

Garis Panduan Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan

Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

2005

Garis Panduan Memproses Permohonan Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah


2004

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

2003

KUASA GURU MEROTAN MURID

2002

Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Program Integrasi Di Seluruh Malaysia


2000

Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu/Bapa/Penjaga Dibenarkan Menandatangani Borang Rasmi

1998

Penyeragaman Kutipan Yuran Sekolah Pendidikan Khas
_________________________________________________________
tanpa keberanian mimpi itu tidak bermakna
_________________________________________________________



8 June 2011

RM 50 HUKUMAN MAKI "POLIS BODO"

Sungguh aku terkejut dengan apa yang aku tonton di Berita semalam.. seorang gadis diberi hukuman RM50 kerana memaki seorang polis dengan mengatakan “Polis Bodoh”kerana polis (Konstabel Mohd Hafifi Ali) tersebut menegur gadis tersebut yang tidak memakai topi keselamatan ketika menunggang motosikal di kawasan LTSM, Kuala Terengganu menuju ke tempat kerjanya di sebuah Butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sedangkan pada aku makian dan ucapan kurang

sopan sudah menjadi sarapan, kudapan, lunch aku. Ini yang sering disaji oleh beberapa pelajar di sekolah aku. Namun, setakat hari ini aku belum lagi menerima makian. Mungkin juga kerana perwatakan aku yang kadang-kadang macam singa betina membuatkan kata-kata makian itu tidak ditujukan kepada aku. Tapi aku pernah mendengar beberapa rakan guru dimaki oleh pelajar. Pernah satu ketika aku menyaksikan peristiwa ‘pelajar N’ memaki rakan guru yang memberinya kertas ujian. Pelajar ini berpura-pura tidur, lalu guru yang baik hati serta lembut perwatakannya mengejutkannya daripada tidur. Pelajar ini bangun lalu mengungkapkan kata “puki ma kau, jangan kacau aku mau tidur”.. astagfirullahalazim.. kami tidak pernah mendidik untuk mereka berani berkelakuan biadap sebegitu.. kami tidak pernah mengajar mereka agar mengungkapkan kata-kata lucah & tidak bermoral itu.. sungguh kami tidak pernah.. pada aku tidak kisah sama ada mereka pelajar aliran perdana atau pelajar pendidikan khas. mereka tidak boleh berlaku biadap pada insan yang mengenalkan mereka ABC dan 123.. Pelajar Pendidikan Khas juga tidak terkecuali dengan perkara ini, apakah kerana mereka memegang kad OKU mereka boleh berlaku biadap kepada guru? kad OKU itu bukan sebagai tiket untuk mereka berkelakuan biadap dan kurang sopan terhadap guru. Guru yang selama ini mendidik mereka.

Sebagai guru baru mungkin anggapan aku ini salah.. sebagai guru yang cetek ilmu pengetahuan mungkin saja ungkapan aku ini dangkal.. sebagai guru baru yang kurang pengalaman mungkin saja pandangan aku ini khilaf.. namun pada aku “Guru yang cemerlang itu adalah guru yang bukan sahaja dapat menyampaikan ajaran dengan baik tetapi mampu mendidik pelajar agar menjadi manusia yang memberi kebaikan pada diri sendiri dan orang lain”.. pada aku seorang guru itu gagal bila dia tidak boleh mendidik.. bila dia dimaki.. bila dia merelakan perbuatan biadap pelajar-pelajarnya..

Saya terbaca Harian Metro, 28 April 2011 bertajuk "Cikgu Denda Ala Along".. dimana seorang guru Matematik didakwa telah mengambil tindakan ala along terhadap pelajarnya yang gagal menyiapkan tugasan apabila bukan saja mengutip wang denda RM1, malah mengenakan bunga harian dua kali ganda jika mereka lewat membuat bayaran. Beriya-iya parents pelajar ini membuat aduan berikutan anaknya mengadu. Namun, setelah siasatan dibuat rupanya denda ini hanyalah diberi pada pelajar yang seringkali tidak mendengar teguran dan tidak membawa buku ketika P&P.. namun kalau ikut aduan pelajar tersebut didenda kerana salah memberi jawapan. Saya tidak salahkan ibu bapa kerana sayangkan anak-anak, tapi jika perkara seperti ini berlaku parent kena berjumpa guru tersebut di hadapan Pengetua agar perkara yang tidak jelas dapat diperjelaskan. Jangan hanya menuding jari mencari kesalahan kepada manusia yang selama ini bertanggungjawab menjadikan anak-anak kalian sebagai modal insan yang bakal menerajui Negara Maju Berpendapatan Tinggi ini…

sebagai guru kami tidak mungkin mengkhianati segala apa yang telah kami janji.. janji.. tunai tetap kami tunaikan

_________________________________________________________
jangan kau pandang BIBIR YANG MANIS itu, kerna ia bisa mengHANCURkan
jangan kau pandang WAJAH YANG INDAH itu, kerna ia bisa meRACUNmu
_________________________________________________________

4 June 2011

SETIAUSAHA RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


Alhamdulillah… tugas sebagai Setiausaha Rancangan Pendidikan Individu (RPI) peringkat sekolah di tempat aku bertugas merupakan tugas yang sangat mencabar pada aku. Dengan ilmu pengetahuan yang serba serbi kurang ditambah lagi dengan berlaku perbedaan format dan skill RPI daripada apa yang aku pelajari ketika di Intitut Perguruan dulu amat menggusarkan aku. Karenah birokrasi dan sikap **tutttt yang tidak mahu membuat anjakan paradigma bagi menghalalkan apa jua bentuk perubahan yang memberi manfaat buat anak didik tambah memberatkan lagi tugas aku ini.. Selain itu, RPI ini masih terlalu baru buat sekolah ini walaupun PPKI ini telah wujud sejak tahun 2002 lagi.. tidak ada sesiapapun pakar di sini.. tidak ada sesiapapun yang pernah menghadiri bengkel atau kursus mengenai RPI.. termasuklah juga aku.. Alhamdulillah.. sebegini berat dugaan buat guru baru seperti aku. Namun, untuk aku menyerah kalah pantang sekali. Pada aku, aku telah melalui saat getir sewaktu ketika dulu dan aku tidak pernah menyerah kalah.. Syukur aku diberi semangat kental hasil didikan IPGM Kent.. sungguh aku bangga menjadi produk IPGM Kent.
Untuk tugasan ini aku telah menyiapkan sekurang-kurangnya 40%.. sekarang aku hanya menunggu laporan penilaian daripada guru-guru lain untuk dibentangkan dan diminitkan di dalam Mesyuarat RPI Bil.4/2011.
Rasa sedikit kecewa kerana sekolah aku tidak tersenarai sebagai projek rintis PPI-RPI. Oleh itu, kami masih lagi menggunakan Buku Panduan RPI murid-murid berkeperluan khas keluaran Jabatan Pendidikan Khas, KPM tahun 2000. Walaupun ketika di IP dulu telah dibuat pemurnian format borang RPI tersebut namun kerana tidak dibuat sebarang anjakan paradigma dan menganggap bahawa perubahan format borang RPI selain daripada yang terkandung di dalam buku panduan tersebut adalah melanggar pekeliling dan tidak dibenarkan oleh pihak Nazir. Aku disuruh membaca buku tersebut. Aku pun membuat pembacaan, kononnya mempertajamkan ilmu di dada… helaian demi helaian aku baca maka aku terjumpa sesuatu yang aku pertahankan selama ini. Pada muka surat 12, 6.4 Penyediaan / Penulisan RPI ~ ..Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI tidak ada format Khusus yang harus diiikuti.. dalam hati aku merasa pelik. Kenapa ketua aku tu cakap ikut format dalam buku??? sedangkan buku telah membuat peringatan bahawa tidak ada format khusus.. hahaha.. Nampak plak kekantoian di situ.
Alhamdulillah… tanpa senarai tugas yang khusus, tanpa tunjuk ajar dan didikan daripada sesiapa aku dapat melakukan tugas ini dengan apa adanya. Namun, ini tidak bermakna aku melakukan tugas ini umpama melepaskan batuk di tangga. Aku berusaha mencari maklumat di laman sesawang.. aku ringan mulut bertanya ‘itu’ ‘ini’ dengan ex-Lecturer aku dulu.. sungguh banyak sangat budi yang Cikgu Arun beri pada aku. Sejak bergelar guru pelatih hinggalah sekarang aku masih lagi mendapatkan khidmat nasihatnya dalam setiap apa yang aku lakukan. ‘Terima kasih cikgu’..
Beberapa dokumen yang aku gunakan dalam pelaksanaan RPI, untuk rujukan kawan-kawan..
  1. Lampiran A ~ Pihak Yang Terlibat
  2. Lampiran B (i) ~ Carta Aliran Rancangan Pendidikan Individu
  3. Lampiran B (ii) ~ Carta Aliran Penilaian Rancangan Pendidikan Individu
  4. Lampiran C ~ Surat Persetujuan Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
  5. Lampiran D ~ Surat Panggilan Mesyuarat Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
  6. Lampiran E ~ Rekod Persediaan Rancangan Pendidikan Individu
  7. Lampiran F ~ Borang Maklumat Murid
  8. Lampiran G~ Borang Penentuan Ketidakupayaan Yang Disyaki
  9. Lampiran H ~ Rekod Kehadiran/Penglibatan Ibu/Bapa/Penjaga
  10. Lampiran I ~ Laporan Penilaian Murid
  11. Nota tentang RPI

_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

30 May 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS ~ MTAQ PERINGKAT NEGERI

Kumpulan AL-Iman PPKI SMKM
alhamdulillah.. akhirnya korang sampai di pentas ini.. MTAQ peringkat negeri.. 1 pencapaian yang gah bagi korang, aku & rakan2 Pasukan MTAQ.. terima kasih di atas komitmen yang korang berikan sepanjang sesi latihan & di hari pertandingan...
NAIB JOHAN adalah anugerah yang terbaik buat kita.. walaupun aku dan korang mengharapkan agar kita JOHAN.. namun takdir Tuhan tidak siapa boleh menduga.. kita hanya mampu merancang, mengimpikan sesuatu, berusaha namun kita harus pasrah pada qada & qadarnya..
Terima kasih pada guru-guru-guru yang berpenat lelah oter ni baju-baju korang, buat tu bunga-bunga yang sangkut-sangkut d baju korang, buat hiasan songkok, saterika baju & samping korang, pakaikan samping korang.. memang semua itu memenatkan..
terima kasih kepada Pengurus Pasukan, kepada rakan2 Jurulatih yang berusaha sebaiknya untuk Pasukan MTAQ kita..
pada aku, dengan memperolehi Naib Johan ini adalah satu anugerah yang sangat bernilai.. biar korang merasa TEWAS... kerana jika korang tidak perna merasa KALAH korang tidak akan pernah menghargai KEMENANGAN..
InsyaAllah tahun hadapan kita mantapkan lagi Kumpulan Al-Iman

_________________________________________________________
setiap kali tersadung.. beringatlah agar tidak jatuh..
sekali terjatuh.. jangan jatuh untuk berkali-kali..
_________________________________________________________

29 May 2011

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Cuti semester datang lagi...ye ye balik kampung... kali ini aku & Hubby telah membuat keputusan untuk bercuti di kampung.. hallamakk tunggu cuti punya laa lama, cuti daa datang cepat pla berlalu... OMG... pada kawan2 aku yang ada d kampung tu, nanti kita jumpa2 la k... teringat pla plan reunion ngan geng2 SMKKK.. senyap saja ni plan.. ntah jadi ntah tidak ni..
_________________________________________________________
suluhkan cahaya di hati terang.. Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh.. tegakkan semangat bila runtuh
_________________________________________________________

19 May 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS ~ KEJOHANAN BOLA JARING

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri ini telah memilih sekolah aku sebagai sekolah pengelola (tuan rumah).. sebagai tuan rumah bz tak usah cakap laa.. sangat2 bz.. hari ini aku adalah merangkap sterawdess.. hehe.. menjaga scoreboard.. penat 00.. dari pagi sampai petang tak tukar-tukar orang.. actually, tugas aku adalah AJK Pendaftaran Peserta, Scoreboard dan Keputusan Akhir.. tapi bukan aku sorang laa, aku & 2 orang kawan lagi.. kesian kat kawan aku sorang tu sebab dia terpaksa MC petang tu.. sakit...
apa yang bestnya menjadi scoreboard ni.. aku rasa jadi macam TV.. tv lcd ka tv plasma ka skrin kaa.. whatever.. pasal setiap kali mata bertukar confirm laa sudut kami ni jadi tumpuan.. sebab tu aku katakan hari ni aku dan kawan aku tu jadi stewardess merangkap bodyguard VVIP kepada scoreboard tu..
...hahahaha...
namun di sebalik macam senang je kerja kami ni tapi sebenarnya kami memikul tugas yang sangat berat.. sehinggakan selepas kejohanan ini kami diminta bertanggungjawab ke atas satu kesilapan besar yang dilakukan oleh orang lain.. alhamdulillah segalanya dapat diatasi.. ini menjadi peringatan kepada mereka yang rasa diri mereka berkuasa dengan menjadikan aku atau kawan2 aku sebagai "kambing hitam".. sori laa beb.. kiranya pemilihan tak sesuai.. mungkin aku tak cukup hitam untuk dijadikan kambing hitam.. so lain kali pikir-pikir dulu sebelum buat pertuduhan... jangan nanti sampai da tak cukup tanah mo lari.. jangan sampai tak cukup luas bumi ni untuk ko sembunyi...
_________________________________________________________
jangan kau pandang BIBIR YANG MANIS itu, kerna ia bisa mengHANCURkan
jangan kau pandang WAJAH YANG INDAH itu, kerna ia bisa meRACUNmu
_________________________________________________________

8 April 2011

GALAXY TAB vs IPAD

sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku tetiba mau memiliki benda ni... apa sebenarnya kegunaannya... ----> semenjak 2 menjak ini keinginan aku untuk memiliki iPad terus menerus.. melihat iklan d tv, internet & melihat orang2 menggunakan iPad aku jadi panasaran... hahaha... lalu seperti biasa instinct myHubby selalu benar... dia selalu dapat membaca apa yang aku inginkan.. lalu jalan2 la p KK.. hehe.. mata aku jadi pinar2 ni, banyaknya ANDROID.. smpai di kedai yang dimaksudkan aku & Hubby dihidangkan dengan 2 ANDROID (i) Samsung Galaxy Tab (ii) iPAD... memang nampak beza 2 benda ni.. 1 besar 1 kecil.. 1 teknologi best 1 teknologi lebih tinggi.. aku berbelah bagi "mau pilih yang mana ni?"...
myHubby lebih memilih Galaxy.. sebab ianya lebih kecil, mudah dibawa, perisian & teknologi best.. tambahan lagi c Taukeh Kedai pun kata ni GalaxyTab lagi best jika dibandingkan dengan iPAD 1 sebab takde kamera, x bole wat video call, kena kecikkan saiz simcard, bla bla bala & bla... duii banyaknya dia punya cerrr ni..oleh kerana harga 2 benda ni sama maka aku tak tau mana nak pilih.. sebab.. aku memang syok sangat dengan iPAD 1.. tapi bila da ada depan mata tengok kekurangan yang ada aku jadi berbelah bagi... cakap punya cakap.. discuss punya discuss..
maka, akhirnya aku memilih
!
!
V
yes... powerfull gadget!!!
_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra