Alhamdulillah… tugas sebagai Setiausaha Rancangan Pendidikan Individu (RPI) peringkat sekolah di tempat aku bertugas merupakan tugas yang sangat mencabar pada aku. Dengan ilmu pengetahuan yang serba serbi kurang ditambah lagi dengan berlaku perbedaan format dan skill RPI daripada apa yang aku pelajari ketika di Intitut Perguruan dulu amat menggusarkan aku. Karenah birokrasi dan sikap **tutttt yang tidak mahu membuat anjakan paradigma bagi menghalalkan apa jua bentuk perubahan yang memberi manfaat buat anak didik tambah memberatkan lagi tugas aku ini.. Selain itu, RPI ini masih terlalu baru buat sekolah ini walaupun PPKI ini telah wujud sejak tahun 2002 lagi.. tidak ada sesiapapun pakar di sini.. tidak ada sesiapapun yang pernah menghadiri bengkel atau kursus mengenai RPI.. termasuklah juga aku.. Alhamdulillah.. sebegini berat dugaan buat guru baru seperti aku. Namun, untuk aku menyerah kalah pantang sekali. Pada aku, aku telah melalui saat getir sewaktu ketika dulu dan aku tidak pernah menyerah kalah.. Syukur aku diberi semangat kental hasil didikan IPGM Kent.. sungguh aku bangga menjadi produk IPGM Kent.
Untuk tugasan ini aku telah menyiapkan sekurang-kurangnya 40%.. sekarang aku hanya menunggu laporan penilaian daripada guru-guru lain untuk dibentangkan dan diminitkan di dalam Mesyuarat RPI Bil.4/2011.
Rasa sedikit kecewa kerana sekolah aku tidak tersenarai sebagai projek rintis PPI-RPI. Oleh itu, kami masih lagi menggunakan Buku Panduan RPI murid-murid berkeperluan khas keluaran Jabatan Pendidikan Khas, KPM tahun 2000. Walaupun ketika di IP dulu telah dibuat pemurnian format borang RPI tersebut namun kerana tidak dibuat sebarang anjakan paradigma dan menganggap bahawa perubahan format borang RPI selain daripada yang terkandung di dalam buku panduan tersebut adalah melanggar pekeliling dan tidak dibenarkan oleh pihak Nazir. Aku disuruh membaca buku tersebut. Aku pun membuat pembacaan, kononnya mempertajamkan ilmu di dada… helaian demi helaian aku baca maka aku terjumpa sesuatu yang aku pertahankan selama ini. Pada muka surat 12, 6.4 Penyediaan / Penulisan RPI ~ ..Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI tidak ada format Khusus yang harus diiikuti.. dalam hati aku merasa pelik. Kenapa ketua aku tu cakap ikut format dalam buku??? sedangkan buku telah membuat peringatan bahawa tidak ada format khusus.. hahaha.. Nampak plak kekantoian di situ.
Alhamdulillah… tanpa senarai tugas yang khusus, tanpa tunjuk ajar dan didikan daripada sesiapa aku dapat melakukan tugas ini dengan apa adanya. Namun, ini tidak bermakna aku melakukan tugas ini umpama melepaskan batuk di tangga. Aku berusaha mencari maklumat di laman sesawang.. aku ringan mulut bertanya ‘itu’ ‘ini’ dengan ex-Lecturer aku dulu.. sungguh banyak sangat budi yang Cikgu Arun beri pada aku. Sejak bergelar guru pelatih hinggalah sekarang aku masih lagi mendapatkan khidmat nasihatnya dalam setiap apa yang aku lakukan. ‘Terima kasih cikgu’..
Beberapa dokumen yang aku gunakan dalam pelaksanaan RPI, untuk rujukan kawan-kawan..
- Lampiran A ~ Pihak Yang Terlibat
- Lampiran B (i) ~ Carta Aliran Rancangan Pendidikan Individu
- Lampiran B (ii) ~ Carta Aliran Penilaian Rancangan Pendidikan Individu
- Lampiran C ~ Surat Persetujuan Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
- Lampiran D ~ Surat Panggilan Mesyuarat Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
- Lampiran E ~ Rekod Persediaan Rancangan Pendidikan Individu
- Lampiran F ~ Borang Maklumat Murid
- Lampiran G~ Borang Penentuan Ketidakupayaan Yang Disyaki
- Lampiran H ~ Rekod Kehadiran/Penglibatan Ibu/Bapa/Penjaga
- Lampiran I ~ Laporan Penilaian Murid
- Nota tentang RPI
_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________
_________________________________________________________
salam sis...sy mintk izin save sume lampiran2 bekenaan rpi tu ye...thanx alot...sgt2 membantu..
ReplyDeleteAssalamualaikum cik
ReplyDeletebagaimana untuk saya nak dapat Buku panduan rancangan pendidikan individu ?
Silakan save... sharing is caring.. semoga perkongsian ini bermanfaat
ReplyDeleteBuku Panduan Rancangan Pendidikan Individu ada dibekalkan di setiap program pendidikan khas.. dan kini suda adda RPI Online..
ReplyDeletehi, can i know mana cikgu dapat buku panduan ini? saya tidak dapat cari di mana2 sekolah. Blhkah cikgu hantarkan maklumat dan gambar buku tersebut kepada saya? terima kasih
ReplyDelete