18 August 2015

DAYA, DALIH DAN DINAMIKA

 
Hendak 1000 daya
Tak hendak 1000 dalih
Apalagi daya yang ku ada.. 
apalagi dalih yang kau reka..
Hari-hari kau belajar kira..
Hari-hari ku beri latih tubi..
Hari-hari kau jumpa soalan serupa ini..
Tapi hari-hari kau tak boleh selesai sdiri..
Hari-hari kau minta bimbingan kendiri..
Seolah-olah kau tak belajar selama ini..
Pensel pemadam kau tak bawa lagi..
Rumus formula usah ditanya lagi..
Semua kau tinggalkan di rumah mu sendiri..
Seolah-olah UPSR nanti rumah mu yang datang beri jawapan..
Di kala upsr 20 hari lagi..
Soalan + × ÷ pun kau tak boleh lagi..
Adakah salah ku.. atau salah mu?
Anak ku.. aku terkesima..
Bukan kerana kau tak pandai-pandai lagi..
Juga bukan kerana alat tulis ku kau habisi
Tapi aku kecewa anak ku..
Sampai ke saat ini..
Kau masi tak pandai-pandai lagi Kerana 
tiada usaha mu untuk berjaya.. 
jika ada usaha mu itu lambang kau berterima kasih
kepada guru yang seperti aku.. 
mendidik, membimbing hingga ke akhir waktu..
sabar dengan karenah mu yang tak boleh buat sendiri..
Malah kau ponteng kelas lagi..
Berlakon, minta simpati & guru kau salahi..
Hhmmm... mungkin kini erti KEJAYAAN itu tak ada makna buat mu...
Hanya pada tuhan.. ku mohon tunjukkanlah jalan
Beri kejayaan buat anak didik ku ini...

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra