Minggu Pusat Sumber telah dilancarkan
pada 03 November 2014 dan akan berakhir pada 08 November 2014.. terdapat
pelbagai aktiviti sepanjang Minggu PSS ini.. antaranya ialah Program Bacalah
Sayang, Jejak Maklumat, Pertandingan Kraftangan, Doodle Drawing, Pertandingan Melukis tahap 1 dan 2 serta
Pertandingan Bercerita..
Tiba-tiba menempek gambar aku dan
kawan di atas.. macam tiada kene mengena kann.. hahaha.. sebenarnya itu gambar
kitaorang sewaktu aktiviti Bacaan Senyap 30 Minit.. Senyap laa sangattt..
membaca??? okayyy diakui membaca blog saja di dalam enpon.. ok laa baca juga
kannn..
Minggu PSS ini aku dtugaskan sebagai
Penyelaras Pertandingan Kraftangan bersama beberapa rakan sekerja yang lain..
namun oleh kerana pada hari kejadian aku tidak dapat hadir kerana mengikuti
Kursus makanya aku ditugaskan saja untuk membuat iklan.. okayyy walaupun secara
rasminya tidak pandai.. pandaikan laa saja.. janji buat kerja..
dan oleh kerana telah membuat iklan di atas.. khidmat ku diperlukan lagi bagi mengiklankan aktiviti Program Bacalah Sayang.. okayyy.. saya yang menurut perintah.. tak susah sebenarnya membuat iklan ni.. yang penting mood ada.. kalau suda memang tiada mood dan otak ada sikit-sikit mereng kenapa laa disuruh menulis ABC susahnya seolah-olah mengarang surat tunjuk sebab..
sepanjang minggu PSS ini walaupun banyak aktiviti dipertandingan dan
melibatkan semua cikgu.. aku langsung tak berminat untuk join.. bukan tidak
mahu memberikan kerjasama tapi aku tersangatlah tidak kreatif dan tidak
berkesempatan untuk turut serta.. mood juga mempengaruhi kut.. tapi kerana
al-wajiban untuk semua guru makanya lukisan ini tercipta untuk "Doodle
Drawing".. berhempas pulas dan berguling-guling juga laa menghasilkan lukisan
yang ntah hapa-hapa ni.. janji idea tu ada.. janji siap.. janji memberikan
kerjasama
walaupun... entah di manalah letak seninya...