3 December 2010

SESUATU YANG TAK TERZAHIR...

Seringkali kita ingin menzahirkan sesuatu.. tetapi terbatas.. adakalanya kita tersepit antara rasa bersalah, malu, teragak-agak & kurang yakin.. padahal apa yang mungkin kita zahirkan berguna untuk semua orang atau hanya sekadar omong kosong yang tidak memberi makna pada sesiapa..
kita manusia yang sering menghukum.. menjatuhkan hukuman pada sesuatu yang kurang pasti.. padahal kita belum mencuba.. kita sudah mengalah.. kita belum bangun lagi tetapi kita sudah takut jatuh tersungkur.. kita buang air setempayan padahal kita baru mendengar guruh di langit...

... gua adalah seorang yang lantang bersuara.. padahal gua seorang yang pendiam.. bicara gua selalu pedas.. tapi bukan niat hati untuk membidas sesiapa, jauh sekali menyaingi mereka.. namun kadangkala kelantangan & kepedasan hujung lidah boleh memakan diri... tapi jika tidak dizahirkan manakan ada yang faham.. jika tidak diluah, siapakah yang beri perhatian.. entah laa..

... banyak yang gua simpan di dalam hati.. banyak yang gua buat kesimpulan sendiri.. banyak soalan yang gua jawab sendiri.. banyak permasalahan yang gua hakimi sendiri.. kerana apa..?? kerana ia "sesuatu yang tak terzahir"...

... kadangkala kita perlu mengalah.. kadangkala kita perlu berdiam.. kadangkala kita perlu rela.. kadangkala kita harus meRedhakan sahaja... ini tidak bererti kita pengecut.. juga bukan pengalah.. tapi kita terpaksa menjaga hati banyak orang.. apabila "sesuatu yang tak terzahir" pasti akan memakan hati sendiri.. pasti membunuh hati sendiri.. namun berbaloi... kerana kita menghindar agar tidak wujud pertelingkahan.. agar wujud persefahaman..

No comments:

Post a Comment

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra