6 December 2010

NEGARA MAJU, BERPENDAPATAN TINGGI

~beza ORANG KAMPUNG & ORANG BANDAR.. beza org berpendapatan TINGGI & orang berpendapatan RENDAH~

Kenapa ORANG BANDAR tak perna bising mengenai kenaikan harga 4 barang..? kenapa hanya keluhan berat diluahkan oleh ORANG KAMPUNG..? adakah orang kampung tidak bersyukur & tidak Redha pada kepimpinan kerajaan yang melaungkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...?? sebagai anak jati Kampung yang berasal dari golongan berpendapatan rendah yang kini mengubah nasib sehingga berpendapatan tinggi saya terpanggil untuk meluahkan apa yang tak dapat dizahirkan oleh golongan tua di kampung-kampung.. ~KENAIKKAN harga minyak mulai 1 DISEMBER 2010 & 3 barang lain~.. terkejut mendengar kalimah seorang timbalan menteri menyatakan "kenaikan harga barang ini tidak membebankan rakyat..harga ini masih rendah berbanding harga barangan yang sama di negara jiran seperti Indonesia & Singapura".. kenapa..?? adakah kita mahu jadi seperti rakyat Indonesia, berhijarah ke negara lain untuk mencari rezeki.. menjadi PTI... biar saya ceritakan 1 senario yang benar-benar berlaku di kawasan pedalaman...

kampung ini terletak 9.5 km dari pekan terdekat (selepas ini saya namakan sebagai PEKAN B)... pengangkutan utama penduduk kampung ke Pekan B adalah dengan menaiki kenderaan orang kampung.. van.. kenderaan ini tidak mempunyai permit untuk membawa penumpang.. kenapa perkara ini tidak dilaporkan kepada LPKP..? kerana ini sahaja yang menghubungkan orang kampung dengan pekan... jika tidak menaiki kenderaan ini, adakah orang kampung perlu berjalan kaki sejauh 9.5 km ke Pekan B.. atau perlukah orang kampung membeli kenderaan sediri.. TIDAK.. kerana tidak semua orang kampung mampu membeli kenderaan.. suka atau tidak.. mahu atau tidak.. ini sahaja jalan untuk orang kampung ke Pekan B.. Sebelum harga minyak naik pada Jun 2008 harga tambang van ke Pekan B adalah RM1, kenaikan harga minyak pada Jun 2008 tambang van dinaikkan sekali ganda menjadi RM2.. penurunan harga minyak 4 bulan kemudian menjadi khabar gembira kepada orang kampung dengan mengharap harga tambang van akan turun namun sebaliknya.. harga tambang tidak diturunkan.. apa yg orang kampung boleh buat..?

1. Pulaukan kenderaan tersebut?
2. Buat laporan kepada pihak berkuasa?

Tapi dengan apakah mereka hendak ke Pekan B lagi..? okey.. saya katakan di sini bukan salah kerajaan kerana kerajaan telah turunkan harga minyak.. kerajaan prihatin terhadap rakyatnya.. yang salahnya pemandu kenderaan van yang membawa orang kampung ke Pekan B.. mereka mencekik darah orang kampung walhal mereka juga sebahagian orang kampung tersebut... kemanakah perikemanusiaan mereka terhadap komuniti sendiri..??.. TAPI kalau orang kampung tidak mahu menaiki kenderaan mereka, mereka tak paksa pun.. mereka masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, boleh mendapatkan keperluan asas di Pekan B.. jadi bukan salah pemandu kenderaan.. yang salah adalah orang kampung, kenapa terhegeh-hegeh hendak menaiki kenderaan yang tidak mempunyai permit untuk mengangkut penumpang..? kenapa mahu ikut juga sedangkan tahu tambangnya mahal..? jika berlaku kemalangan, apa yang orang kampung dapat untuk diambil tindakan..? TAK DAPAT APA PUN.. namun inilah kehidupan orang kampung... pada mereka inilah satu-satunya jalan untuk ke Pekan B.. tempat mereka mencari rezeki.. tempat anak-anak mendapat pendidikan.. tempat mendapatkan keperluan asas...jadi bukan salah orang kampung.. sudah lumrah manusia, menuding 1 jari ke arah lain.. sedangkan 4 jari lagi menunjukkan diri sendiri.. Kenaikan harga minyak di antara 5 sen seLiter mungkin akan menyebabkan kenaikan tambang van menjadi RM 2.50 atau RM3.. ini pasti akan berlaku.. tapi siapakah yang PEDULI..???

Kenaikkan harga sekilo gula 20 sen juga akan memberikan impak kepada penduduk kampung.. mungkin RM2.10 harga gula di Pekan B.. namun di kedai-kedai runcit di kampung-kampung akan naik lagi kepada RM2.20 hingga RM2.50.. apa pilihan yang orang kampung ada..?? "pulaukan peniaga" seperti yang Media war-warkan... tapi dengan menaiki van ke Pekan B telah memakan belanja tambang ulang alik RM 5 atau RM 6 adalah lebih baik membeli gula RM2.20 atau RM2.50 di kampung.. kedua-dua pilihan tetap akan merugikan orang kampung... Adakah siapa yang peduli..?? orang kampung akan berjimat cermat, jika dulu sekilo gula bole dibancuh 2 minggu kini sekilo gula akan dibancuh selama sebulan.. kesian orang kampung... yang miskin akan terus daif.. inikah rakyat Malaysia "Negara Maju Berpendapatan Tinggi"...

Penstrukturan semula subsidi ini nyata begitu membebankan rakyat... mungkin pada yang menikmati Gaji Bulan 4 & 5 angka sebulan yang pasti diterima pada 24hb atau 25hb setiap bulan pasti tidak begitu terasa... tapi bagaimana dengan orang kampung yang mengharap pendapatan c pokok getah.. yang jika cuaca baik boleh turun menoreh, jika hujan terpaksa duduk drumah, megharap agar esok cuaca baik.. bagaimana dengan orang kampung yang mengharap kepada "subsidi" dari anak-anak.. jika diberi "Alhamdulillah" jika tidak terpaksa mengikat perut menahan lapar.. mungkinkah ubi kayu rebus menjadi ruji harian.. saya pernah melihat sebuah keluarga terpaksa mengikat perut kerana anak yang ramai, anak bersekolah, suami hanya bekerja buruh kasar, isteri suri rumah.. hanya mengutip buah kelapa sawit, direbus & dimakan.. kehidupan yang pada saya sungguh daif..

saya hanyalah pemerhati yang tidak dapat membantu meringankan beban orang kampung.. saya tidak mampu hendak menolak perancangan negara.. saya tidak mengetahui impak positif negatif dengan lebih mendalam tentang kenaikan & penurunan harga barang.. saya tidak arif mengenai pasaran dunia.. saya hanya la rakyat biasa.. saya hanya lah pegawai kerajaan yang berasal dari kehidupan yang miskin.. saya tidak mahu melihat yang miskin akan bertambah miskin.. mungkinkah dengan sedikit penulisan dapat membuka mata & minda MEREKA yang berkuasa...

(betulkan saya jika saya tersilap...) Wallahu'alam...

3 December 2010

SESUATU YANG TAK TERZAHIR...

Seringkali kita ingin menzahirkan sesuatu.. tetapi terbatas.. adakalanya kita tersepit antara rasa bersalah, malu, teragak-agak & kurang yakin.. padahal apa yang mungkin kita zahirkan berguna untuk semua orang atau hanya sekadar omong kosong yang tidak memberi makna pada sesiapa..
kita manusia yang sering menghukum.. menjatuhkan hukuman pada sesuatu yang kurang pasti.. padahal kita belum mencuba.. kita sudah mengalah.. kita belum bangun lagi tetapi kita sudah takut jatuh tersungkur.. kita buang air setempayan padahal kita baru mendengar guruh di langit...

... gua adalah seorang yang lantang bersuara.. padahal gua seorang yang pendiam.. bicara gua selalu pedas.. tapi bukan niat hati untuk membidas sesiapa, jauh sekali menyaingi mereka.. namun kadangkala kelantangan & kepedasan hujung lidah boleh memakan diri... tapi jika tidak dizahirkan manakan ada yang faham.. jika tidak diluah, siapakah yang beri perhatian.. entah laa..

... banyak yang gua simpan di dalam hati.. banyak yang gua buat kesimpulan sendiri.. banyak soalan yang gua jawab sendiri.. banyak permasalahan yang gua hakimi sendiri.. kerana apa..?? kerana ia "sesuatu yang tak terzahir"...

... kadangkala kita perlu mengalah.. kadangkala kita perlu berdiam.. kadangkala kita perlu rela.. kadangkala kita harus meRedhakan sahaja... ini tidak bererti kita pengecut.. juga bukan pengalah.. tapi kita terpaksa menjaga hati banyak orang.. apabila "sesuatu yang tak terzahir" pasti akan memakan hati sendiri.. pasti membunuh hati sendiri.. namun berbaloi... kerana kita menghindar agar tidak wujud pertelingkahan.. agar wujud persefahaman..

28 November 2010

HaPPy BesDaY to ME ^___^



HaPPy BirtDaY 2 me...
agak2 berapa umur aku ni yer..?? haa da 30.. oo TIDAK!! tp bak kata Pak Nil umur just a number.. haha.. aku tetap rasa swEEt 17 lagi.. hehe sangat2 perasan dsitu... :P ..Syukur Alhamdulillah.. aku masih lagi bernafas, masih diberi kesempatan untuk terus bertaubat.. masih diberi kesempatan untuk terus bekerja seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi... Syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk beribadah.. masi diberi kesempatan untuk memperbetulkan segala kesilapan dan keterlanjuran.. masi diberi peluang untuk terus menilai erti hidup yang kian kudus.. masi diberi peluang untuk mencari diri sendiri.. syukur Alhamdulillah...
TQ pada my Hubby, famili & kengkawang yg wish my besday d FB




8 September 2010

SALAM AIDILFITRI 2010


Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar.. walillahilhamd

Rakan blogger sekalian, diucapkan

Selamat Hari Raya
AidilFitri
Mohon Maaf Zahir & Batin


Semoga amal ibadat kita diterima oleh-Ny
a dan kita semua mendapat rahmat & inayah-Nya jua..
kepada sanak saudara, rakan-taulan & sahabat handai jika ada kelapangan dan kesempatan pada Syawal nanti sudi-sudikanlah berkunjung ke rumah.. semoga persaudaraan & ukhwah antara kita semua tetap terjalin..

27 August 2010

PEMBIKINAN INSTRUMEN

INSTRUMEN PENILAIAN...
bagi mereka yang bergelar Guru Pendidikan Khas pasti sedia maklum dengan benda ni...
ini merupakan set soalan bagi menilai tahap / aras seseorang pelajar..
kadang-kadang ada guru yang cedok idea dari MOPEN atau MOSEP yang terdahulu,
ada juga cikgu yang dapat idea kat buku-buku kerja yang ada di pasaran..
ada yang buat sendiri cari pic yang ada di internet & wat soalan ikut kemampuan pelajar selaras dengan RPT...
waa pembikinan sebuah instrumen memang benar-benar mencabar kekreatifan gua yang di aras ciput ni.. namun kerana tanggungjawab maka 4 instrumen telah berjaya gua hasilkan.. 3 intrumen untuk Matematik & 1 instrumen untuk Sains Sosial & Alam Sekitar.. sebenarnya pembikinan ini memakan masa 3 hari...
masa yang diberikan bermula 16 ogos lagi namun kerana gua punya stail memang suka keja last minit maka 24 ogos baru gua start...
pencarian maklumat di internet, buku-buku kerja, scan gambar sana sini...
maka instrumen gua telah gua hantar pada 27 ogos bersamaan hari jumaat untuk disemak Pen. Penyelaras.. alhamdulilah.. tidak perlu penambahbaikan ^^ adakah suda cukup perfect..??^^... hehe.. ada salah silap juga tapi dia ni tak perasan... makanya pada jam 11.25am gua menghantar intsrumen itu kepada Penyelaras untuk diperakukan & disahkan...
ni salah 1 kertas soalah M3 yg gua bikin.. ini adalah untuk aras yg paling rendah..

26 August 2010

BERSUNGKAI DI DEEPSEA..

Hari ke 16 Ramadhan..
gua & husband berbuka di DeepSea..
salah 1 tempat yang best juga untuk bersungkai... mau makan apa, order saja.. semua ada.. ada ketam.. ada lobster.. ada ikan besar.. ada sup tulang.. ada desert.. ada nasi putih.. waa macam2 ada... mesti gua makin berat ni..


24 August 2010

OUR ANNIVERSARY

Hari ini adalah hari yg sangat berbahagia untuk gua & suami... hari ini kami menyambut anniversary ke 4 tahun.. tambahan pula dalam bulan ramadhan yang penuh berkat ini... sambutan anniversary kali ini di Grand Dorsett Hotel.. hotel berbintang2 gtu.. myHusband sebenarnya adalah seorang yang amat bersederhana, namun mungkin kerana ingin meraikan hari bahagia ini maka kami celebrate di sini.
.. memang kenyang giler... tambah-tambah lagi bulan puasa..
^^nak makan itu... nak makan ni^^
waa maca
m semua gua nak makan... akhirnya gua da macam ular sawa da..

Ya Allah semoga ikatan perkahwinan ini akan tetap berkekalan hingga ke hujung nyawa kami.. aaminn..


11 August 2010

RAMADHAN DATANG LAGI...

syukur ke hadrat-Nya, maka hari ini gua masi diberi peluang untuk merasai nikmatnya ramadhan.. bersahur di pagi hari & bersungkai pada petangnya pula.. memang sesuatu yang indah... Gua nikmati segala keistimewaan & kelebihan ramadhan tahun ini, mana la tau tahun depan dah tak diberi peluang lagi...

Salam Ramadhan untuk semua.. semoga kita semua mendapat keberkatan dari-NYA.. aminn..

4 August 2010

My 2nd KONVOKESYEN

Antara sedar & alpa.. antara mimpi & nyata.. ini la harinya
^^Konvokesyen IPGM Kampus Kent^^
..d Auditorium Mini Putrajaya kita berkumpul semula.. bukan d Dewan Hone.. bukan di Dewan Tun.. gua yakin + percaya ini merupakan kali terakhir gua berkumpul bersama-sama rakan-rakan yang lain.. walau di mulut menyatakan pasti kita berjumpa lagi namun realitinya pasti ada saja kekangan.. waktu & masa beredaran.. gua pasti lu orang juga sependapat dengan gua.. masa yang begitu singkat gua & rakan-rakan manfaatkan dengan begambar kenangan.. moga-moga gua & lu orang tidak lupa moment ini.. bagaimana kita bertemu.. bersama.. berpisah.. mengikut haluan masing-masing mencari rezeki & mendidik anak bangsa.. namun jangan sekali lupa "Kitaorang perna bersama"...Tidak ada banyak yang berubah pada member-member semua.. masih seperti dulu.. saiz body saja yang berubah.. ada yg makin slim.. ada yg makin kembang.. tapi yg pastinya gua tetap pendek & gumuk.. :D..
Gelagat kitaorang di hari Raptai...naa trima skroll sudaTahniah pada semua yang konvo sama-sama gua ari ni..

29 June 2010

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA ?

Mama & Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
"..i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink... rendam lepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.... terpercik kena sambal masa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu... memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...
sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok... nasib baik ade lagi... ishh... ni lauk bila ni?? semalam... dah beku dah... basuh la kejap.... pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh... sidai kain lap je lah...
tik... bunyi air dah masak....salin air dalam flusk....ok settle...

baru teringat tak sembahyang lagi...
on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check.. ..baju 2 pasang, towel... towel kecik untuk selsema.... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping ....alamak!!.. terlupa pulak masukkan botol.... basuh botol jap... ok settle...

ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklat la, asyik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 g beg coklat... cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasanya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die.. ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa.. ok settle...

Tetiba dengar suara papa...
"..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..".....
"..yelah nak tido la ni.. nak sembahyang jap..."

masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... sembahyang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa & maintain punya pasal laa ni...
nanti orang kata baru anak satu da macam anak 4 pulak... huhuhuhu. ..

bukak almari... emmm...pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap..
check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang...
laa napa komputer ni tak tutup ni..?? gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah.. ishhh... g dapur, basuh...
sambung gosok baju... gantung elok2.... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle...

dengar suara papa lagi...
"..i dah ngantuk ni.."
dalam pada nak masuk ke bilik... owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha.... lupa dah 3 hari tak siram... ok, siram jap... check jap pintu ni... sah!! tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak rumah aku... bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyak nya... sampai bawah meja makan pun ade.... adoiii... ok dah ...

ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang.... cium si comel ni kejap... selimutkan die... laa napa basah ni.... emm, tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la.... nanti g Sogo 25 hb ni beli la sekali...ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni ye.. tido sampai pagi k... gud nite..sweet dreams...

aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... haa, ni dia... sambil sapu lotion kurus... setkan alarm... setkan program kerja besok..... pagi kul 9.30 ade meeting..
ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini... mohon keberkatan dari mu tuhan...
papa pun bangun tutup tv...
"i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."
selang seminit... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

********************************
Tak kira laa wanita berkerjaya atau surirumah.... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat & hargailah mereka... untuk keperibadian & kebolehan mereka untuk berdikari...

26 June 2010

TAK MAMPU...??~or~ PUNYA KEKANGAN??

Nampaknya gua masi kering idea untuk menulis
menukilkan 1 idea sehari juga gua tak mampu
tak mampu...?? ..atau.. ada kekangan??
gua pikir mungkin kerana FB
ahh gua sama saja dengan insan yg hanya tau menyalahkan
sedangkan gua tidak pandang diri sendiri
bukankah FB tidak pernah merayu2 untuk d sign in
bukankah FB tidak pernah merajuk jika tidak d jengok
bukankah FB tetap setia walau berhari2 tidak d ziarah
"YA" salahnya pada gua sendiri
siang ke malam.. pagi ke petang.. petang ke malam
FB sentiasa online
bilakah masanya gua beri sedikit ruang untuk menukilkan d mrmnj.blogspot
sentiasa ada sahaja alasan untuk menidakkan keupayaan diri bagi menukilkan sesuatu d sini
walau hanya sekadar catatan harian remeh
walau hanya sekadar peringatan buat semua
walau hanya sekadar fantasi semata-mata
namun gua pasrah & tekad mengakui
bahawa
keMALASan berkarya telah melanda diri gua
yang kreatif ini..

10 June 2010

EUMORA SABUN AJAIB..?

adakah ia benar2 ajaib..??
gua memulakan pemakaian sabun ni pada 7 Februari tahun ni..
masa tu muka gua takda pigmen lagi.. cuma gua rasa kulit gua kusam
pakai punya pakai
gua tak rasa semakin ke arah positif
sebulan selepas pakai gua rasa muka gua da tegang gile
kulit kering & ada yang mengelupas sedikit
tapi yang gua rasa bengang banyak bila titik itam mula mengkerawangkan kedua-dua belah pipi tembam gua
apa suda jadi...??
gua cari lagi info kat internet takut-takut gua tersalah cara
tapi tak juga
gua baca testimoni pengguna, tengok manatau ada yang senasib ngan gua
tapi tiada pla
gua positifkan diri.. gua pikir setiap orang punya penerimaan kulit yang berbeza-beza
gua p tanya kat stokis yang jual benda ni
yang ada cuma penjaga kedai tu yang tak tau apa-apa
bila gua tanya "awak pakai tak sabun ni?"
dia cuma geleng..
gua makin pening..

3 June 2010

... TEMPLATE INI TELAH TIADA...

hari ini rasanya gua perlu membuat sedikit perubahan pada blog gua ini..
terasa amat sayang untuk menukar template ini

kerana suda sebati+sejiwa dengannya
.. namun ..
mencuba untuk suatu perubahan tidak salahkan..??
mungkin gua akan lebih suka
mungkin gua akan lebih rajin menulis
mungkin lebih banyak idea yang datang
sekarang gua sedang mencuba untuk mencari template yang benar-benar sesuai dengan jiwa gua.. namun belum ketemu.. "ketemu" bahasa indon mula menular ke penulisan gua..suda abis episod astro Aruna, knapa indonnya nda ilang...
hahaha



cuti selama 3 minggu mungkin amat bermanfaat pada gua
mencari dan terus mencari template yang sesuai
mencari dan mencari idea untuk dinukilkan
mencari dan mencari bakat yang sudah berkarat
gua yakin
"Genarasi Hebat"  macam gua tidak akan pernah menidakkan kemungkinan itu

30 May 2010

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Cuti Sekolah suda bermula
bagi sekolah2 d Sabah, Sarawak & WP Labuan
cuti ini bermula lebih awal kerana adanya Hari Gawai & Pesta Kaamatan dan beberapa buah sekolah telah menggantikan hari persekolahan pada hari sabtu sebelum cuti bermula.
Oleh itu, cuti sekolah adalah selama 3 minggu..

sememangnya 3 minggu ini adalah masa yang patut dimanfaatkan untuk berehat bersama keluarga... mungkin tanpa kita sedar kita telah mengabaikan kualiti masa bersama keluarga itu di hari bekerja.. kita tidak sedar pengabaian itu berlaku.. tidak mengapa... cukup bagus untuk kita tersedar dari terus leka & alpa dengan membuat percutian sendiri & meninggalkan keluarga...

Pada yang punya kampung halaman, balik la menjenguk ibu bapa & sanak saudara yang masi ada di kampung.. sekurang-kurangnya kita dapat berbual-bual lagi dengan mereka.. bayangkan jika mereka suda tiada.. hanya nisan tempat kita berpaut, menangis & hanya Yasin yang kita perdengarkan..
tidak ada lagi bebelan sayang mereka.. tidak ada lagi sapaan mesra mereka..
bagi mereka yang belum pernah kehilangan orang tua, pasti tidak merasa pengalaman ini.. bertanya laa pada gua.. gua telah melaluinya..
kehilangan 'bapa' 14 tahun lalu memang amat terasa..
bersyukur pada korang yang masi ada ibu & ayah
jenguk mereka... beri mereka peluang untuk tidak merasa sendiri..
gua juga akan balik ke kampung.. mami menunggu gua d kampung
"Selamat bercuti"
***************************************

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra