14 November 2011

MAJLIS ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2011 PERINGKAT WP LABUAN


_________________________________________________________
:: ..kalau takut diLambung ombak .. jangan beRumah di tepi pantai.. 
kalau KAIL panjang seJENGKAL.. usah diDUGA lautan dalam.. ::
_________________________________________________________

10 November 2011

KEM 1 MURID 1 SUKAN PENDIDIKAN KHAS

Kem 1Murid 1Sukan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 08, 09 dan 10 November 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Kg. Ganggarak Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini disertai 20 orang murid Sekolah Menengah dan 38 orang murid Sekolah Rendah.

Objektif Kem 1M1S ini adalah:
1.1 : Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
1.2 : Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan guru dan murid.
1.3 : Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
1.4 : Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
1.5 : Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Dalam Kem ini aku & seorang rakan telah dilantik sebagai AJK Jemputan, Sambutan dan Buku Program. ini adalah cover Buku Program yang telah aku hasilkan
sesiapa yang mahu tengok hasil yang tidak seberapa ini ataupun mahu jadikan contoh atau panduan untuk membuat buku program sila klik cover Buku Program di atas.. sebagai panduan saja, korang mesti boleh buat lagi best dari ini kan... :)

walaupun masi dalam "berpantang" aku tetap turun padang juga melawat Kem 1M1S ini.. maklum laa ini adalah program julung2 kalinya di adakan di wilayah ini..tengok laa aksi kitaorang : :-
 
ni pula adalah gambar kitaorang bersama AJK Induk, AJK Pengelola, AJK Pelaksana & Semua Peserta

Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang.
SYABAS kepada semua yang menjayakan Kem ini.
_________________________________________________________
:: ..jangan takut menemui KEGAGALAN.. kerana KEGAGALAN itu merupakan 
KEJAYAAN yang tertunda.. ::

_________________________________________________________



8 November 2011

Mylil Princess ~ Nureil Adha Mysara

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi.. Nureil Adha Mysara muncul dalam hidup kami.. Finally.. kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai..
MySara lahir pada 05 November 2011 dengan berat 2.4kg.. sungguh kecil dia kan..??
namun sikecil ini bawa 1001 kebahagiaan & keceriaan dalam hidup kami..
tangisannya.. senyumannya..
~: : we LOVE u Sara : :~

_________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA... aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~RASA JIWA~
_________________________________________________________

12 October 2011

RIAK, TAKBUR ---> ITU BUKAN AKU

apahal lak tempek serpihan slip gaji kat sini... hoho.. bukan riak bukan takbur...
ini adalah makluman pada mereka yang beranggapan keja cikgu ni gajinya besar....
hahah.. besar ker..?? ini merupakan gaji aku waktu awal posting dulu.. hehe.. macam laa da posting 10 tahun lepas... hihihi... pada mereka yang yang selalu pikir remeh temeh untuk menjadi guru pendidikan khas tu kena pikir 2 or 3 kali laa... jangan pandang rendah pada kami yer...
kami juga lulusan universiti + pemegang sijil ikhtisas a.k.a diploma pendidikan
hehe.. entry ni dibuat bagi menjawab "mereka2" yang agak sombong di luar sana..
"mereka2" yang sering membezakan antara guru pendidikan khas dengan guru lain..
sori yek..
Gaji ni tak ada laa besar sangat macam gaji orang keja kat swasta.. tapi untuk orang yang macam aku da syukur sangat2.. terima kasih pada Mak & Ayah aku yang susah payah sekolahkan aku...
dari Tadika sampai laa masuk U.. pastu ambik KPLI..
Rezeki yang diberi ini.. aku syukur sangat..
pada mereka yang suka pandang rendah pada jawatan2 orang, kena laa pikir balik..
ntah2 jawatan orang tu sama jak dengan jawatan kita..
gaji besar mana pun akan cepat habis..
budi bahasa laa juga yg akan dikenang orang sampai kita mati...
so pikir2kan laa...
_________________________________________________________

ILMU itu sebaik-baik PUSAKA... ADAP itu sebaik-baik SIFAT... TAQWA itu sebaik-baik BEKALAN...
IBADAH itu sebaik-baik BARANG PERNIAGAAN...
_________________________________________________________

24 August 2011

CERITERA CINTA

 kisah ini.. bermula pada 24 ogos 2006... dan hari ini 24 ogos... 1 tarikh yang istimewa..
tahun ini merupakan tahun ke-5..
doa + harapan + usaha
agar usia ceritera cinta ini terus kekal bersemi disirami rasa cinta
di dalam sanubari masing-masing..
seperti tahun-tahun suda, aku dan myLove MRM akan meraihkan hari yang penuh berbahagia ini
dengan makan-makan di Grand Dorsett...
^_ Terima kasih kerana menerima aku seadanya aku _^
^_ Terima kasih beri aku kebahagiaan ini _^
^_ Terima kasih menjadi suami ku _^
^_ Terima kasih di atas segalanya yang aku inginkan _^
^_ Terima Kasih _^

13 August 2011

1 PETANG BER-SUNGKAI DI KAMPUNG


apa-apa ntah tajuk entri kali ini... hehe
sememangnya berbuka puasa bersama keluarga tercinta adalah impian semua insan
menikmati masakan mami ... emmmm.... memang menjilat jari
aku & MyLoveHubby memang menantikan hari ini untuk sama-sama menikmati juadah berbuka puasa di kampung.. tengoklaa lauk-pauk yang terhidang
macam kenduri kecil lagaknya.. tu belum masuk lagi yang ada dalam periuk di atas tungku
tq mami sediakan kami juadah yang lazat ini..
abis makan baru teringat badan yang mau dijaga ini... adoii laa, confirm laa naik 1 atau 2 kg ni..
hahaha
_________________________________________________________
KESALAHAN mungkin dapat dilupakan... SIKAP masih dapat dipertimbangkan..
tapi... KATA-KATA tidak akan pernah dilupakan
_________________________________________________________

1 August 2011

1 RAMADHAN NAN INDAH

alhamdulillah.. 1 Ramadhan aku & MyLoveHubby berada di kampung untuk sama-sama bersahur & menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta.. awal pagi kami dikejutkan oleh suara si "Abang Iman".. ~"bonda.. pucuu bangun bah.. makan bah..."~ bersungguh-sungguh dia kejutkan kami.. anak saudara yang berusia 5 tahun itu bersungguh-sungguh menyambut 1 Ramadhan.. seluruh penghuni rumah dikejutkannya.. 
1 Ramadhan kali ini kami berpeluang bersahur bersama keluarga kakak aku yang sulung.. ini memang amat jarang-jarang berlaku memandangkan kakak sulung ku ini bertugas sebagai jururawat makanya cuti memang perkara yang amat sulit.. kami cuti dia keja, kadang-kadang kami keja dia pla cuti.. slalu tak ngam timing.. namun syukur pada tahun ini kami diberi kesempatan bersama-sama menyambut 1 Ramadhan bersama-sama mami tercinta..
suasana sebegini amat sayu & hiba.. bila mengenangkan arwah ayah yang tiada bersama.. terbayang-bayang dia memerhati kami dari jauh di atas kerusi rodanya..
namun, Allah lebih menyayanginya... kami redha dengan pemergiannya..
bebaslah dia dari segala penderitaan & kesakitan dunia..
semoga dia damai di sana.. di sisi-Nya yang Maha Esa.
kehidupan yang amat sulit & paling payah telah dia jalani dengan cekal & penuh daya..
dia tidak pernah merungut pada "rezeki" yang ditakdirkan untuknya..
dia jalani hidup dengan penuh 1001 kepayahan namun senyuman tetap terukir..
hingga ke nafas terakhir dia masih mampu tersenyum walaupun tanpa kata-kata..
dia "pergi" tanpa pesanan.. dia "pergi" tanpa pamitan
yang tinggal hanya kenangan
kenangan yang akan aku bawa hingga ke nafas ku yang terakhir nanti
sesungguhnya dia ayah yang terbaik di dunia
andai aku diberi pilihan untuk memilih
aku tetap memilih untuk menjadi anaknya
dia insan yang amat bermakna untuk ku
semoga Ramadhan kali ini akan lebih membahagiakan dia di sana
Al-Fatihah... aaminn
_________________________________________________________
kau berikan hatimu yang BAIK kepada kekasih nescaya dia akan mengHANCURkannya.. tetapi
kau berikan hatimu yang HANCUR kepada Allah nescaya Dia akan memBAIKkannya
_________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra