21 February 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KSSR mula diperkenalkan pada tahun ini iaitu 2011.. KSSR mula diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan. KSSR selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR iaitu;
  • Pendekatan bersepadu
  • Perkembangan individu secara menyeluruh
  • Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
  • Pendidikan seumur hidup
ini adalah dokumen-dokumen KSSR bagi Pendidikan Khas... bahan ini aku perolehi daripada laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM setelah menjengok blog syazalina83 semalam.. Mungkin rakan-rakan blogger ada yang mahu mendapatkannya so bole download d sini atau web Bah. Pembangunan Kurikulum KPM.. terpulang pada korang..
di bawah ni aku listkan dokumen mengikut kategori.. selamat mendownload
3 dokumen ini telah dikeluarkan untuk tujuan pemurnian. Dokumen berkenaan ialah Modul Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1, Modul Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun Pengukuhan dan dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun Pengukuhan.

**semoga perkongsian ini mendapat manfaat buat rakan2 blogger..
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~Rasa Jiwa~
_______________________________________________________________

20 February 2011

Mentor 5 ~ Tunjuk Ajar Ku Sifu

Mentor 1 rancangan realiti TV.. sori laa rakan blogger sekalian.. kali ini aku tiba-tiba terpanggil untuk memberi pandangan aku mengenai MENTOR.. bukan siri realiti tv ini yang membuatkan aku bangkit menyuarakan rasa hati tetapi bakal protege yang.... aduhhh tidak tahu apa la ayat yang sesuai untuk aku gunakan.. (biar aku pikir dulu yek)..
Mentor kini suda memasuki musim ke 5.. Ujibakat Mentor 5 ini berlangsung mulai 15 Disember 2010 di tempat aku beb.. Sabah di bawah bayu.. tapi terus terang aku katakan beb, aku tak tengok pun sehingga la aku tiba-tiba terpana di depan TV malam tadi bila tengok-tengok bakal protege...
di manakah silapnya.. adakah aku yang sensitif atau memang protege yang sebegini hanya akan memalukan diri sendiri, keluarga & industri hiburan kita.. ayat menagih simpati pada aku laa, yg sering keluar dari mulut diorang ni sambil bercucuran airmata+buat muka sedih ialah "tolong la bang, saya nak ubah nasib keluarga saya" ...tolong laa, statement yang very klise pada pendengaran telinga aku... "Ubah Nasib Keluarga"...?? come on, nak ubah nasib keluarga tak semestinya jadi penyanyi.. dah tau suara ala2 (****) tak yah la pegi ujibakat beb.. lebih baik p cari kerja yang dah tentu2 akan membuahkan gaji=duit... ini sanggup pula jual psp, sanggup pla tdur kat kaki 5.. sampai x da duit tambang balik.. sib baik laa c abg ajai ni baik ati, kasi sedekah tambang balik.. aduiii korang ingat ni zaman retro ka...? ni da mellinium.. zaman ni bukan saja bakat & rupa yang jadi pilihan tapi mesti bijak.. kalau da nangis depan2 cameraman.. jual itu jual ini.. nanti jadi artis ntah apa pula yang dijualnya...
apapun tahniah pada 6 orang yang menjadi protege.. Salma, Ayish, Iqa, Ratnah, Shiha dan Aiman.. semoga anda menjadi idol yang benar-benar membanggakan diri anda, keluarga & industri muzik tanahair..
_______________________________________________________________
KENANGAN itu tidak selalunya INDAH.. tapi..
yang INDAH itu akan terus hidup dalam KENANGAN
_______________________________________________________________


19 February 2011

BUKU YANG SANGAT BERMANFAAT

aku amat berbesar hati bila memiliki buku ini..sebagai guru baru dengan opsyen Pendidikan Khas aku sering tertanya-tanya kemana hala tuju dan panduan yang patut aku ikuti..
"senarai tugas" yang kononnya diedarkan oleh PPKI sekolah ku bukanlan senarai tugas melainkan "senarai jawatan" apa yang wajib, patut, harus aku buat tidak ada terkandung di sana.. jadi pandai-pandai la cari sendiri.. namun, bila aku memiliki buku ini aku sungguh-sungguh dan amat bersyukur..
Buku ini adalah hasil karya seorang guru pendidikan khas.. buku ini juga telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru KPM untuk dilancarkan pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan 2010.. mungkin belum terlewat untuk aku mengucapkan TAHNIAH kepada pengarang buku ini yang telah menerima Anugerah Khas Penulisan Kreatif pada sambutan Hari Guru peringkat daerah Segamat 2010.. terima kasih buat Pelangi Syurga yang banyak memberi aku tunjuk ajar dan pandangan mengenai Dunia Pendidikan Khas... terima kasih juga buat pensyarah IPG En. Arun Daud yang banyak memberi idea dan pandangan serta tidak jemu-jemu memberi motivasi sepanjang aku bergelar "Pejuang Pendidikan Khas"
memetik dari ayat di buku ini
"kita sendiri tidak dapat memastikan apakah kita akan sempurna hingga ke akhir hayat. Banyak juga golongan yang dilahirkan sempurna kemudian menjadi golongan OKU apabila terlibat dengan sesuatu musibah"
ayat ini juga merupakan titipan seorang pensyarah kepada pengarang buku ini.. syabas kepada pengarang buku ini semoga terus dan terus mencurahkan idea dan pengalaman dan dibukukan agar "Pejuang-Pejuang Pendidikan Khas" yang baru seperti aku mandapat manfaatnya.
dan secara tidak langsung aku juga mendapat autograf & nasihat daripada pengarang buku ini.. ~Terima Kasih~
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~Rasa Jiwa~ _______________________________________________________________

17 February 2011

MRMNJ DA ADA 50 FOLLOWER

sangat hepi bila view blog hari ini... bertepatan jam 3.54 pm, aku memandang
haha.. tersangattt HEPI di situ...
alah baru 50 apa la sangat.. orang lain dan beRatus2.. orang lain da beRibu2.. aku setakat 50 da hepi sesangat... peduli laa.. sesungguhnya bukan senang untuk blog aku ini diFOLLOW... dalam hati rasa jeles tengok blog orang lain begitu banyak follower sedangkan aku dapat dihitung dengan jari.. tapi syukur laa pada hari ini..
dalam usia blog ini 2 tahun 8 bulan dan 5 hari dia da ada 50 followers..
pada aku bukannya senang untuk seseorang follow blog kita... tambah2 lagi blog macam aku ni.. hanya la blog peribadi yang menceritakan perihal diri sendiri.. sebuah blog curahan rasa.. sebuah blog yang berkongsi tentang pahit manis hidup aku hari-hari..
syukur Alhamdulillah...
terima kasih pada semua rakan2 blogger yang follow blog aku..
terima kasih pada kerdipanbintang yang telah merealisasikan impian aku untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 follower..
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~Rasa Jiwa~ _______________________________________________________________

15 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

Salam Maulidur Rasul untuk seluruh ummat Muhammad S.a.w.
semoga kita terus menjadi ummatnya yang terus mengikut petunjuk & ajaran-Nya
semoga kita terus merasai kasih sayangnya..
semoga kita terus disimbahi cahaya keImanan..
semoga kita tidak lupa sejarahnya..
semoga kita sentiasa bersyukur atas jerih peritnya.. atas kepayahannya.. atas pengorbanannya.. atas segala-gala yang dia lakukan demi KITA ummatnya...
mari kita sama-sama berselawat ke atasnya
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
~ Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S, Israfil A.S & Izrail A.S telah berkata ~
Berkata Jibrail a.s;
"wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar"

Berkata pula Mikail a.s;
"mereka yang berSelawat ke atas kamu akan aku beri mereka minum dari telagamu"

Berkata pula Israfil a.s;
"mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T . Dan aku tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu"

Malaikat Izrail a.s pula berkata;
"bagi mereka yang berSelawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi"

mudah-mudahan kita menjadi kesayangan Allah, Rasul & Para Malaikat... InsyaAllah... sebarkanlah kelebihan ini untuk kebaikan bersama... waSSalam...

** betulkan aku jika aku tersilap...
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~Rasa Jiwa~ _______________________________________________________________

12 February 2011

AKU SEORANG GURU BIASA

Seorang Raja yang memerintah negara
Seorang Perdana Menteri yang memimpin bangsa
Seorang Ulama yang menjaga hal ehwal agama
Seorang Peguam yang
mengendali bicara
Seorang Jurutera yang merencana pembangunan
nusa
Hatta, seorang Tukang Sapu yang kecil pendapatannya, juga

Sejarahnya adalah dimulakan dari seorang GURU BIASA.
^aku seorang Guru Biasa^.. memulakan kerjaya ini pada 22 Mac 2010.. tercapai suda cita-cita sendiri.. tercapai suda harapan Ayah Bonda.. termakbul suda doa Keluarga.. terRealisasi suda hasrat IPG.. aku kini seorang GURU...



terbaca sebuah puisi Mekar Gagasan-Sumpah Guru 1Malaysia, menggeletar 2 lutut ku.. menggegar segenap jiwa ku.. berkobar semangat waja ku... berbuku tekad di sanubari ku.. lalu minda ku menerawang jauh mencari sejuta ilham yang masih tenggelam... tenggelam jauh di dasar ilusi... aku terpana.. ~Sumpah Guru 1Malaysia~ aku sebahagian dari sumpah ini.. aku sebahagian dari mereka yang akan meRealisasikannya.. mampukah aku..??
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah Rasa Jiwa _______________________________________________________________

6 February 2011

SK PEKAN 2 RANAU

aku perna berkhidmat d sini.. biarpun hanya sebagai Guru Pelatih..
aku perna melakar kenangan d sini.. biarpun hanya seketika cuma..
aku perna punya tekad d sini.. biarpun hanya sekelumit jua..
aku perna menitiskn peluh d sini.. biarpun hanya setitis..
aku perna menangis d sini.. biarpun dengan senyuman..
aku perna direntas d sini.. biarpun banyak kekhilafan..
aku perna cemerlang d sini.. biarpun dengan 1000 kepayahan..
segalanya kenangan yang tidak akan mampu aku lupakan..
di daerah ini telah ku coretkan sebuah nukilan
~..Aku Bakal Pendidik Anak Istimewa..~
Guru Pendidikan Khas.. inikah pilihan ku..?
ini bukan pilihan ku.. ini adalah satu yang ditakdirkan untuk ku..
agar aku menjadi istimewa daripada sebelumnya..
pada mereka yang tidak memahami kerjaya yang istimewa ini,
aku percaya masa akan dapat membuktikan segalanya..
aku percaya masa kalian akan tiba.. menceburi bidang yang kalian tak mampu bayangkan..
adakalanya kita merasa tidak adil.. tidak diberi kesempatan.. juga pilihan..
namun percaya laa kesempatan itu tetap ada..
takdir Tuhan tiada siapa dapat menduga
dihilangkan-Nya sang matahari, lalu dturunkan-Nya hujan, kita menangis kemana perginya matahari.. rupanya Dia beri Pelangi yg indah..
biar laa masa menentukan segalanya.
anak-anak istimewa yang aku sayangi..
biar 1000 insan d luar sana yang menghina mereka..
biar 1000 orang d luar sana jijik terhadap mereka..
namun, aku tidak akan pernah merelakan diri aku membiarkan mereka terus dipinggir dan terpinggir.!
sungguh aku tidak menduga, seMurni ini impian ku..
tidak dapat aku bayangkan aku boleh seSayang ini..
"Terima Kasih" Tuhan kerna membuka pintu hati ini..
"Terima Kasih" pada mereka yang menerima aku seadanya...
InsyaAllah kita akan sama-sama mengharungi hidup ini..
kerana..
kita sama-sama masih belum sempurna..


_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa _______________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra