24 August 2008

SAAT BAHAGIA.


24 Ogos menjelma lagi.. Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan ku.. Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat ku.. Pejam celik sudah dua tahun rupanya.. Teringat aku detik ini aku dan suami memakai pakaian serba putih berlabucikan biru diijabkabulkan dengan suami... 24 Ogos 2006. Tidak dapat digambarkan segala perasaan yang ada dalam diri ketika itu...Terima kasih buat suami yang selama ini sentiasa bersabar dengan kerenah ku.. hari ini aku demam pula, tapi sempat juga ronda-ronda... Sayang, sayang abang.

19 August 2008

1 OGOS 2008...

1 tarikh yang harus diingati kerana aku dapat menempuh lagi 1 cabaran yang tidak pernah ku duga sebelum ini. Pertukaran aku ke unit lain berkuatkuasa pada tarikh itu. Pertukaran yang aku rasa selama ini tidak akan pernah menimbulkan sebarang konflik tiba-tiba menjadi sebaliknya. Walaupun pada mulanya ia adalah atas persetujuan kedua belah pihak dan akhirnya menjadi arahan Ketua Jabatan. 

Walaupun ia merupakan konflik dingin atau main belakang namun cukup memberi kesan terhadap keselesaan suasana bekerja. Pada mulanya aku tidak pernah mengendahkan apapun yang member lain sampaikan pada aku, bagi aku perkara itu cuma terlepas cakap. Desas-desus lain yang didengari cukup pedas namun aku rela bersabar dan menganggap ia cuma satu attitude seorang yang bergelar “senior”. Namun persoalannya, kenapa perubahan mendadak tiba-tiba melanda???. Aku mula mengkaji, merenungi, mengimbas sejenak segala yang aku lakukan yang mungkin boleh saja menyinggung perasaan si Senior. Soalan demi soalan aku ajukan kepada rakan sekerja bagi memastikan setiap tingkah laku yang berlalu tidak sumbang. 

Bagi merungkaikan segala kekusutan aku mengambil pendekatan sebagai orang yang lebih muda aku harus memohon maaf, mungkin saja ada keterlanjuran kata atau tingkah laku yang tidak kuduga menyinggung perasaan si senior. Permohonan maaf berlangsung, dan aku berharap segala yang hitam telah menjadi putih, segala yang keruh akan menjadi jernih. Sebab aku tak suka cari pasal. Namun, hari demi hari melihatkan betapa si senior cuba mencari silap tindak tanduk ku. Perasaan ini bukan saja beraja di hati tapi rakan-rakan lain juga mulai sedar. Menitis juga airmata walaupun aku cuba berlagak tabah. Hanya pada “teman baik” aku curahkan segala rasa. Alhamdullillah pada suami juga aku cerita segalanya.. aku mula berputus asa, suami memberi nasihat berguna untuk aku berani tempuh segala. 

Aku renung kembali segala sejarah penghijrahan ku ke destinasi ini, aku renung kembali persoalan kenapa aku di sini.. segalanya kerana kewajipan ku sebagai seorang isteri yang perlu berada di sisi suami.. Oleh itu aku ketepikan segala pemasalahan. Kata suami “Kita di sini mencari rezeki halal buat santapan bagi perjalanan yang entah panjang atau pendek menuju destinasi abadi sebelum dibungkus selimut putih.. Minda jangan terjajah dengan jiwa anak merdeka yang kerencatan akalnya, yang membiarkan dirinya dijajah"... Terima kasih pada suami yang menjadi pendengar setia, membimbing ke arah duniawi dan syurgawi.. Terima kasih pada “Teman Baik” yang sudi berkongsi rasa dan menganggap aku “teman baik”.. Terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan yang sudi menjadi kawan… Keikhlasan itu tidak akan sirna.. Pada kawan-kawan yang bergelar senior “jangan buli junior..lengkapkan diri dengan ilmu, jangan jadi tin kosong yang menjerit dicanang, jangan jadi bodoh sombong, menegakkan benang yang basah”..

27 July 2008

10 MATI HUSNUL KHATIMAH ( KEMATIAN YANG BAIK )

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini jelas dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

  1. Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Laikahaillah' nescaya masuk syurga' ".
  2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi".
  3. Mati di malam jumaat atau harinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur".
  4. Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
  5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
  6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
  7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
  8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
  9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
  10. Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.

12 July 2008

GALERI BLUES

Kawan-Kawan Kenapa Mau Lawan
Kita Kan Kawan dulu Sama-sama
kongsi teh secawan.

Kawan-kawan Kenapa mau Lawan
Orang Lain maju ke depan
Orang kita cari Jalan Jatuhkan Kawan.

Kawan-Kawan Kenapa mau Lawan
kan ke cukup rezeki Tuhan
Buat kita ramai-ramai makan

Kawan-kawan Bukan nak cari Lawan
Sekadar nak ingatkan Teman
hati-hati dengan Gunting dalam Lipatan

Kawan-Kawan kita sama-sama cari makan
bila fikir masa depan Jangan Tabur pasir
dalam Periuk Kawan

Kawan-Kawan Cuba dikaji Orang Tua pesan
"Kawan jadi Lawan, Lawan jadi Kawan"

BERTUDUNG LAMBANG KEWANITAAN

Hadis Rasulullah:
Allah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki. (Riwayat Al Bukhari, Abu Daud dan At Tirmizi)

Allah telah mewajibkan wanita untuk memakai tudung. Ianya dilihat sebagai pakaian yang memelihara diri dan menjaga maruah wanita itu sendiri. Sesungguhnya inilah perbezaan terbesar antara lelaki dan wanita. Wanita tidak sewenang-wenangnya layak untuk mendedahkan rambut, menjadi tontonan masyarakat umum. Apa lagi rambut yang dipotong pendek ala lelaki.

"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya,..."
(Surah an-Nur:31) 

Allah sangat bijak dalam mengatur apa sahaja yang diciptakan-Nya.
Misalnya manusia diciptakan dengan dua jenis. Iaitu ada Lelaki dan Perempuan. Lelaki dijadikan dengan sifat-sifat kelelakian. Manakala perempuan pula dijadikan dengan sifat-sifat keperempuanannya. Justeru itulah Allah mewajibkan agar wanita bertudung. 
Secara mudahnya, ini dapat membezakan antara Lelaki dan Perempuan. 
Jadilah Wanita Sejati. Memakai tudung adalah wajib dilakukan oleh setiap wanita Muslim. Tapi ada juga wanita bertudung tetapi tomboy, terlibat dengan lesbian, merokok dan sebagainya. 

Alangkah baiknya jika seorang wanita bertudung, juga dapat 'menutupi' dirinya dari melakukan perkara-perkara yang menjadi penyeri taman. Mengeluarkan bau yang harum dan disukai ramai.

9 July 2008

Mini Putrajaya

Satu lagi bangunan yang melambangkan betapa KK kini semakin maju dan pesat membangun ...Mini Putrajaya... kalau dulu pemandangan sepanjang perjalanan gua dari Kurnia Perdana ke UMS sangat membosankan di kawasan ini, itu dulu dalam tahun 2000-2003 waktu jadi budak kampus... tapi kini mata gua disajikan pula dengan Mini Putrajaya.. Sebagai warga Sabah, gua rasa bangga laa juga dengan pembangunan sebegini.. tapi terfikir la pulak, dah takde idea lain ka sampai nak meniru rekabentuk Putrajaya... Cuba la cari kelainan macam bangunan Yayasan Sabah.. Baru terer lagi kreatif... ataupun mungkin semua bangunan kerajaan diselaraskan mempunyai rekabentuk yang sama bagi memudahkan rakyat untuk mengenalpasti.. itu semua andaian gua saja.. tidak ada kena mengena dengan benda yang hidup ataupun mati... Allahua'lam..

1Borneo





"
1Borneo" satu nama baru, tak pernah sebut pun sebelum ini namun sekarang ini nama ini gah berbanding Centre Point yang dulunya dikenali sebagai Yoahan... entah bila tukar nama tu gua pun dah lupa...
2 hari berjalan pun gua tak boleh habis ziarah semua shop yang ada kat dalam 1Borneo ni.. Fuh Gerek sehhh!!!... Barang-barang memang semua branded, harga pun boleh tahan.. gua bertandang ke pameran barang-barang dari Thailand, kusyen kecik dari Thailand harga RM50, baik beli kusyen kecik buatan Malaysia, murah lagi jimat.... Belilah barangan buatan Malaysia.. sempat promo lagi...hehe
Hari ke-2 di 1Borneo ada Autoshow la pula.. best tengok kereta.. wow.. kalau drive lagi best.. entah bila agaknya.. Dalam banyak-banyak tu ada juga tuan punya kereta yang offer ambik gambar dalam kereta diorang.. apalagi jangan lepas peluang... sebab pose tak berapa menarik gua tak publish kat sini...
Berbaloi juga laa ke 1Borneo... walau penat tapi puas cuci mata..

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra