15 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

Salam Maulidur Rasul untuk seluruh ummat Muhammad S.a.w.
semoga kita terus menjadi ummatnya yang terus mengikut petunjuk & ajaran-Nya
semoga kita terus merasai kasih sayangnya..
semoga kita terus disimbahi cahaya keImanan..
semoga kita tidak lupa sejarahnya..
semoga kita sentiasa bersyukur atas jerih peritnya.. atas kepayahannya.. atas pengorbanannya.. atas segala-gala yang dia lakukan demi KITA ummatnya...
mari kita sama-sama berselawat ke atasnya
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
~ Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S, Israfil A.S & Izrail A.S telah berkata ~
Berkata Jibrail a.s;
"wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar"

Berkata pula Mikail a.s;
"mereka yang berSelawat ke atas kamu akan aku beri mereka minum dari telagamu"

Berkata pula Israfil a.s;
"mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T . Dan aku tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu"

Malaikat Izrail a.s pula berkata;
"bagi mereka yang berSelawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi"

mudah-mudahan kita menjadi kesayangan Allah, Rasul & Para Malaikat... InsyaAllah... sebarkanlah kelebihan ini untuk kebaikan bersama... waSSalam...

** betulkan aku jika aku tersilap...
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah ~Rasa Jiwa~ _______________________________________________________________

12 February 2011

AKU SEORANG GURU BIASA

Seorang Raja yang memerintah negara
Seorang Perdana Menteri yang memimpin bangsa
Seorang Ulama yang menjaga hal ehwal agama
Seorang Peguam yang
mengendali bicara
Seorang Jurutera yang merencana pembangunan
nusa
Hatta, seorang Tukang Sapu yang kecil pendapatannya, juga

Sejarahnya adalah dimulakan dari seorang GURU BIASA.
^aku seorang Guru Biasa^.. memulakan kerjaya ini pada 22 Mac 2010.. tercapai suda cita-cita sendiri.. tercapai suda harapan Ayah Bonda.. termakbul suda doa Keluarga.. terRealisasi suda hasrat IPG.. aku kini seorang GURU...



terbaca sebuah puisi Mekar Gagasan-Sumpah Guru 1Malaysia, menggeletar 2 lutut ku.. menggegar segenap jiwa ku.. berkobar semangat waja ku... berbuku tekad di sanubari ku.. lalu minda ku menerawang jauh mencari sejuta ilham yang masih tenggelam... tenggelam jauh di dasar ilusi... aku terpana.. ~Sumpah Guru 1Malaysia~ aku sebahagian dari sumpah ini.. aku sebahagian dari mereka yang akan meRealisasikannya.. mampukah aku..??
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah Rasa Jiwa _______________________________________________________________

6 February 2011

SK PEKAN 2 RANAU

aku perna berkhidmat d sini.. biarpun hanya sebagai Guru Pelatih..
aku perna melakar kenangan d sini.. biarpun hanya seketika cuma..
aku perna punya tekad d sini.. biarpun hanya sekelumit jua..
aku perna menitiskn peluh d sini.. biarpun hanya setitis..
aku perna menangis d sini.. biarpun dengan senyuman..
aku perna direntas d sini.. biarpun banyak kekhilafan..
aku perna cemerlang d sini.. biarpun dengan 1000 kepayahan..
segalanya kenangan yang tidak akan mampu aku lupakan..
di daerah ini telah ku coretkan sebuah nukilan
~..Aku Bakal Pendidik Anak Istimewa..~
Guru Pendidikan Khas.. inikah pilihan ku..?
ini bukan pilihan ku.. ini adalah satu yang ditakdirkan untuk ku..
agar aku menjadi istimewa daripada sebelumnya..
pada mereka yang tidak memahami kerjaya yang istimewa ini,
aku percaya masa akan dapat membuktikan segalanya..
aku percaya masa kalian akan tiba.. menceburi bidang yang kalian tak mampu bayangkan..
adakalanya kita merasa tidak adil.. tidak diberi kesempatan.. juga pilihan..
namun percaya laa kesempatan itu tetap ada..
takdir Tuhan tiada siapa dapat menduga
dihilangkan-Nya sang matahari, lalu dturunkan-Nya hujan, kita menangis kemana perginya matahari.. rupanya Dia beri Pelangi yg indah..
biar laa masa menentukan segalanya.
anak-anak istimewa yang aku sayangi..
biar 1000 insan d luar sana yang menghina mereka..
biar 1000 orang d luar sana jijik terhadap mereka..
namun, aku tidak akan pernah merelakan diri aku membiarkan mereka terus dipinggir dan terpinggir.!
sungguh aku tidak menduga, seMurni ini impian ku..
tidak dapat aku bayangkan aku boleh seSayang ini..
"Terima Kasih" Tuhan kerna membuka pintu hati ini..
"Terima Kasih" pada mereka yang menerima aku seadanya...
InsyaAllah kita akan sama-sama mengharungi hidup ini..
kerana..
kita sama-sama masih belum sempurna..


_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa _______________________________________________________________

5 February 2011

PERJAWATAN GURU PENDIDIKAN KHAS

alhamdulillah.. d hari2 akhir cuti ni aku terjumpa beberapa khazanah.. hehe.. info untuk dikongsi bersama rakan2 PK.. apa itu PK?? (mesti ada yg tertanya2 dalam ati tu kan..??).. maka dengan senang hati aku maklumkan d sini PK itu bukan Penolong Kanan tetapi PENDIDIKAN KHAS..

tq buat ppkiskj1f.com.. web ni memang banyak khazanah info... kredit buat link ini...

Perjawatan Guru Pendidikan Khas
Jawatan Guru Pendidikan Khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan sebagai guru ganti di kelas aliran perdana (atas dasar murid ini memiliki surat perakuan doktor, memerlukan penjagaan rapi dan hendaklah di bawah guru yang diberikan kuasa serta tanggungjawab khas).

Perkiraan Guru Pendidikan Khas adalah seperti berikut
Jumlah Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas x 1.5

Bilangan Kelas Pendidikan Khas
Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Bilangan Murid / 6.5

ada banyak lagi info mengenai:
  • Pentadbiran Pendidikan Khas
  • Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas
  • Pengurusan Fail-Fail Pendidikan Khas
  • Pengurusan Data Pendidikan Khas
  • Bantuan Per Kapita (PCG) Pendidikan Khas
  • Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas
  • Pengurusan Kelas Pendidikan Khas
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang Baru
  • Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas
  • Pengajaran dan Pembelajaran
  • Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran
  • Persekolahan Murid Pendidikan Khas
  • Peperiksaan Awam
  • Penilaian dan Rekod Prestasi Murid
  • Pembukaan Kelas Pendidikan Khas yang Baru
...haa jadi jangan malu-malu segan nak klik sini yeah... memang berbaloi-baloi infonya..
_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa _______________________________________________________________

PKH dalam KENANGAN

Himpunkan kenangan indah, simpanlah senda gurauan…
andainya kau keRinduan, itulah jadi PENAWAR…

Buat PKH Januari 2009,
Kawan itu datang & pergi.. aku juga antara kawan yang datang & pergi… namun kepergian aku bukanlah titik nokhtah untuk kita saling melupakan.. sekalipun aku nun jauh di pulau sana, korang tetap dalam ingatan… detik awal perkenalan kita sepatutnya bermula pada 12 Januari 2009, namun aku masih tak kenal korang sapa.. hinggalah perkenalan pertama kita di Bilik Sungoi… haa di situlah bermula kisah kita ‘Kawan’…
Januari – Mei kita sama-sama jalani interaksi, berbaju putih, biru dan jingga.. melonjak di padang, menari doraemon di kelas… Jun-Ogos kita terpisah antara Ranau, Kudat, KB & Tamparuli.. namun September-November hubungan kembali terjalin…
sakit pinggang duduk kerusi bulat di Makmal Bio, jalani exam di Dewan Tun, pergi Seminar di Dewan Hone, Melangkah ke bengkel di Ballroom 1Borneo, lalui interview SPP d GrandBorneo, induksi di Bilik Aziz, happening di Elusion Lounge Courtyard & menjamu selera terakhir d Dewan Hone IPGM Kent.. mampukah kita melupakan ini kawan?... adakah kita mampu untuk meletakkan nilai pada kenangan ini..? sekalipun kekayaan itu wujud, tidak ada matawang yang dapat membeli setiap inci daripada kenangan yang pernah kita lalui..
aku, antara mereka yang pedas bila berkata-kata.. antara yang nakal bila beraksi di padang… antara yang bising di dalam kelas… namun itulah aku.. pada sesiapa yang tidak mengenali aku pasti wujud pelbagai andaian & persepsi.. satu yang aku belajar di sini, sekalipun telah melakukan yang terbaik masih belum dapat memuaskan hati semua orang… tapi itulah kawan.. Cuma 1 yang aku minta, andai aku yang ‘pergi’ dulu, jangan lupa pamitkan ‘Al-Fatihah”..

"Kita Berjumpa Di Puncak Kejayaan"

_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
_______________________________________________________________

4 February 2011

Bestnyee P Mongkoyow CNY...

2day is C U T I... 2day is CNY celebration
naa speaking london ala2 malaysia gtu... haha
tahun ini walaupun bermula dengan kesihatan yang kurang baik namun
tahun ini aku & famili dapat p mongkoyow menziarah sanak saudara yang meraikan perayaan ini...
naa sini ada beberapa pic sebagai kenangan CNY 2011
notes: tgk ba c jj (my princess elbow) x ready g...

cJJ trima kiss & angpau... waa RM$$$$$$$

tahun depan pasti aku dan famili akan datang mongkoyow menziarah d sini lagi...

_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
_______________________________________________________________

3 February 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR

chinese new year 2011
~**HaPPy ChiNEse NeW YeaR**~
untuk seluruh warga Malaysia
sama-sama kita merayakan perayaan ini.. naa teRealisasi laa 1Malaysia
semalam suda makan besar kan..?? hari ni aku mo p makan besar la plak..
untuk kazen2 ku, bersedia korang aku mo datang.. hehe :)

_______________________________________________________________
aku bukannya SASTERAWAN NEGARA.. aku hanya MANUSIA BIASA..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
_______________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra