26 June 2010

TAK MAMPU...??~or~ PUNYA KEKANGAN??

Nampaknya gua masi kering idea untuk menulis
menukilkan 1 idea sehari juga gua tak mampu
tak mampu...?? ..atau.. ada kekangan??
gua pikir mungkin kerana FB
ahh gua sama saja dengan insan yg hanya tau menyalahkan
sedangkan gua tidak pandang diri sendiri
bukankah FB tidak pernah merayu2 untuk d sign in
bukankah FB tidak pernah merajuk jika tidak d jengok
bukankah FB tetap setia walau berhari2 tidak d ziarah
"YA" salahnya pada gua sendiri
siang ke malam.. pagi ke petang.. petang ke malam
FB sentiasa online
bilakah masanya gua beri sedikit ruang untuk menukilkan d mrmnj.blogspot
sentiasa ada sahaja alasan untuk menidakkan keupayaan diri bagi menukilkan sesuatu d sini
walau hanya sekadar catatan harian remeh
walau hanya sekadar peringatan buat semua
walau hanya sekadar fantasi semata-mata
namun gua pasrah & tekad mengakui
bahawa
keMALASan berkarya telah melanda diri gua
yang kreatif ini..

10 June 2010

EUMORA SABUN AJAIB..?

adakah ia benar2 ajaib..??
gua memulakan pemakaian sabun ni pada 7 Februari tahun ni..
masa tu muka gua takda pigmen lagi.. cuma gua rasa kulit gua kusam
pakai punya pakai
gua tak rasa semakin ke arah positif
sebulan selepas pakai gua rasa muka gua da tegang gile
kulit kering & ada yang mengelupas sedikit
tapi yang gua rasa bengang banyak bila titik itam mula mengkerawangkan kedua-dua belah pipi tembam gua
apa suda jadi...??
gua cari lagi info kat internet takut-takut gua tersalah cara
tapi tak juga
gua baca testimoni pengguna, tengok manatau ada yang senasib ngan gua
tapi tiada pla
gua positifkan diri.. gua pikir setiap orang punya penerimaan kulit yang berbeza-beza
gua p tanya kat stokis yang jual benda ni
yang ada cuma penjaga kedai tu yang tak tau apa-apa
bila gua tanya "awak pakai tak sabun ni?"
dia cuma geleng..
gua makin pening..

3 June 2010

... TEMPLATE INI TELAH TIADA...

hari ini rasanya gua perlu membuat sedikit perubahan pada blog gua ini..
terasa amat sayang untuk menukar template ini

kerana suda sebati+sejiwa dengannya
.. namun ..
mencuba untuk suatu perubahan tidak salahkan..??
mungkin gua akan lebih suka
mungkin gua akan lebih rajin menulis
mungkin lebih banyak idea yang datang
sekarang gua sedang mencuba untuk mencari template yang benar-benar sesuai dengan jiwa gua.. namun belum ketemu.. "ketemu" bahasa indon mula menular ke penulisan gua..suda abis episod astro Aruna, knapa indonnya nda ilang...
hahaha



cuti selama 3 minggu mungkin amat bermanfaat pada gua
mencari dan terus mencari template yang sesuai
mencari dan mencari idea untuk dinukilkan
mencari dan mencari bakat yang sudah berkarat
gua yakin
"Genarasi Hebat"  macam gua tidak akan pernah menidakkan kemungkinan itu

30 May 2010

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Cuti Sekolah suda bermula
bagi sekolah2 d Sabah, Sarawak & WP Labuan
cuti ini bermula lebih awal kerana adanya Hari Gawai & Pesta Kaamatan dan beberapa buah sekolah telah menggantikan hari persekolahan pada hari sabtu sebelum cuti bermula.
Oleh itu, cuti sekolah adalah selama 3 minggu..

sememangnya 3 minggu ini adalah masa yang patut dimanfaatkan untuk berehat bersama keluarga... mungkin tanpa kita sedar kita telah mengabaikan kualiti masa bersama keluarga itu di hari bekerja.. kita tidak sedar pengabaian itu berlaku.. tidak mengapa... cukup bagus untuk kita tersedar dari terus leka & alpa dengan membuat percutian sendiri & meninggalkan keluarga...

Pada yang punya kampung halaman, balik la menjenguk ibu bapa & sanak saudara yang masi ada di kampung.. sekurang-kurangnya kita dapat berbual-bual lagi dengan mereka.. bayangkan jika mereka suda tiada.. hanya nisan tempat kita berpaut, menangis & hanya Yasin yang kita perdengarkan..
tidak ada lagi bebelan sayang mereka.. tidak ada lagi sapaan mesra mereka..
bagi mereka yang belum pernah kehilangan orang tua, pasti tidak merasa pengalaman ini.. bertanya laa pada gua.. gua telah melaluinya..
kehilangan 'bapa' 14 tahun lalu memang amat terasa..
bersyukur pada korang yang masi ada ibu & ayah
jenguk mereka... beri mereka peluang untuk tidak merasa sendiri..
gua juga akan balik ke kampung.. mami menunggu gua d kampung
"Selamat bercuti"
***************************************

16 May 2010

SELAMAT HARI GURU

Kepuasan dirasa pabila menyambut Hari Guru tahun ini
bukan sahaja gua yang memberi ucapan tetapi gua juga diberi ucapan
inikan perasaan guru-guru terdahulu..??
alangkah bertuahnya mereka..
dikesempatan ini, gua ini mengucapkan
"HaPPy TeaCHeRs DaY"
buat guru-guru gua di
Tadika Kg. Kukut (1987), SK. Kebatu (1988-1992), SM St John (1993), SMK Beaufort (1993-1994), SMK Kota Klias (1994-1997), SMK Beaufort (1998-1999), Universiti Malaysia Sabah : School of Social Science (2000:2004), IPGM Kampus Kent, Tuaran (2009)
juga
guru pembimbing PBS di SK Kibabaig, Penampang dan Guru Pembimbing gua di SK Pekan 2 Ranau
Terima kasih di atas didikan cikgu pada gua.. hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya...

Pada kengkawan seperjuangan, SELAMAT HARI GURU.. video ini didedikasikan buat kengkawan IPGM Kent (Januari 2009)


22 March 2010

PROSES KE DG41

Kisah Bulan DISEMBER 2009
Surat Penempatan Guru Pelatih KPLI Ambilan Januari 2009 daripada JPN
dapat surat ni tak bole lapor diri lagi sebab surat ni surat penempatan GSST.. ok gua sabar g.. BPSM suru kol SPP then tanya bila diorg keluarkan surat tawaran PPPS.. Maka surat ni pula telah dihantar ke BPSM dengan tangan pada 29-01-2010 (Sumber: Salah seorang pegawai SPP)

Kisah Bulan JANUARI 2010
Surat Tawaran Pelantikan Tetap daripada SPP
Telah dimaklumkan oleh SPP bahawa surat telah dihantar ke BPSM, minta sesalinan tidak diberi dengan alasan takut melangkaui urusan BPSM..
ok! gua sabar lg..
gua hubungi BPSM.. bercakap dengan salah seorang staf & diberitahu surat telah tiba & memberitahu kalau sempat dibuat penempatan. Minta gua faxkan pula surat penempatan daripada JPN.. gua fax.. bila gua suda fax diberi alasan lagi **tidak sempat** kerana tarikh hampir luput iaitu 4hb sedangkan pada hari itu masi 29 Januari... kalau fikir2 surat itu difaxkan mungkin segala urusan bole disiapkan. dia kata tunggu minggu depan sebab sekarang tengah bz buat pelantikan untuk calon kpli thn 2008..
ok! gua sabar lagi..

Kisah bulan FEBRUARI 2010

Push punya push.. sampai laa habis bulan Februari..
tiada sebarang surat yang sampai bulan ini
rasa bengang+marah+geram memang ada.. inikah birokrasi yang ingin kita hapuskan dalam organisasi kerajaan..??
kerana mendapat didikan untuk menjadi seorang guru.. harus memiliki tahap kesabaran yang diluar kemampuan
gua sabar lagi

Kisah bulan MAC 2010

Gua kol lagi BPSM.. kiranya da jadi rutin setiap minggu kena kol sana.. kredit fon usah tanya la.. jarak pun suda jauh.. sabar saja laa...
diberitahu memo telah dihantar ke BP Khas.. gua diminta menghubungi BPKhas selanjutnya.. Harus diberi pujian di sini pada BPKhas.. bukan sahaja PR yang bagus tapi urusan sangat cepat.. gua tidak pernah mendengar sekalipun lentingkan keluar dari nada mereka beri penerangan.. malah mereka sendiri yang menghubungi gua bila memo dari BPSM sampai ke tangan pegawai berkenaan.. memang gua tabik springg dengan pengurusan BPKhas ini..

Akhirnya pada 12 Mac 2010 surat ini tiba ke tangan gua melalui
POS EKSPRESS DIJAMIN SAMPAI ESOK..
di permukaan sampul tersebut bertarikh 10/03/2010.. sedangkan pegawai yang gua hubungi memberitahu surat ini telah diposkan pada 05/03/2010.. melihat tarikh surat tersebut juga gua heran kerana 08 Mac 2010.. jadi kita bole fikir sendiri la surat apa yang diorg poskan pada 05/03/2010.. (^-^)..

Surat Tawaran Pelantikan daripada BPSM, KPMJPN pula kol suru gua datang ambik surat.. hati gua memang dah girang sangat.. maklumlah daa menunggu lama..

Surat Penempatan PPPS Bagi Calon KPLI daripada JPN ...terkejut lagi bila tengok tarikh dalam surat tak sama dengan surat daripada BPSM.. telah gua nyatakan bahawa gua diminta lapor diri oleh BPSM pada 22 Mac tapi pegawai tersebut menyatakan mereka juga diminta membuat penempatan pada tarikh 16 Mac..
otak da mula bingung balik.. tarikh mana yang patut gua ikut..
kol semula BPSM tanya plak tarikh mana patut ikut.. **kena ikut tarikh surat tawaran BPSM** kerana surat kelulusan pelepasan jawatan dengan izin adalah mengikut tarikh tersebut..
pening kepala gua.
makanya pada 22 Mac 2010 gua melaporkan diri ke sekolah

..Adakah korang punya pengalaman seperti gua..

P/S proses ini adalah pelantikan bagai pegawai sedang berkhidmat yang telah mengikuti KPLI dengan mendapat kelulusan Cuti Belajar Tanpa Gaji.


15 February 2010

MEJA GUA...

ok.. let me introduce.. hehe speking london lg..
mari gua perkenalkan... ini laa meja gua..
takda la spesel mana meja gua ni cuma gua slesa d sini..
bukan gua saja... haa tengkok beberapa hamba Allah yang suka bertenggek kat depan meja gua
** alamak tak bleh plak membocorkan identiti diorang ni**
ayat pertama yang kuar dari mulut gua
"eiii.. awas aa kalau keychain gua jatuh"
tapi diorg ni mana peduli.. suka ati jak diorg p melekat kat partisyen kat depan meja gua.. haha tapi diorang ni memang geng ngan gua.. geng keras2 gtu..


 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra