11 October 2009

ALHAMDULILLAH... sampai da

Assalamualaikum w.b.t kepada blogger2 & reader2 yang dikasihi semua. Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t atas nikmat yang telah diberi dan dengan limpah kurnia-Nya akhirnya gua sampai jua di Semester II untuk menyambung sisa pengajian di IPGM Kent sekembalinya dari 12 minggu jalani praktikum di sebuah Daerah yang Indah Permai di Sabah & setelah seminggu berhari raya di kampung halaman… bermacam dugaan & cabaran untuk kembali semula ke sini, bukan mudah untuk sampai ke sini… terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir menghilangkan keupayaan gua untuk bergerak, meniti jalan yang berliku-liku & meredah kabus di malam atau di pagi hari, bersengkang mata, menahan tidur & menahan kesejukkan ketika terjirus air ke tubuh ketika mandi, suka duka bersama warga PKH SKP2R.. segalanya jelas dalam kenangan..

Sekembalinya gua kali ini membawa sedikit perubahan penerimaan warga Kent pada gua, jika dulu gua bukanlah seorang yang dikenali.. malah kewujudan gua seperti tidak pernah disedari.. siapa gua? Ada juga yang tidak tahu.. namun kali ini penerimaan agak berbeza, kenakalan gua mungkin salah satu penyebabnya.. namun yang pasti, segalanya kerana komitmen, kesungguhan dan keikhlasan gua dalam melakukan apa juga yang diarahkan semasa menjalani praktikum membuat keadaan ini berubah. Walau dalam kenakalan yang tidak dapat disangkal lagi gua masih punya komitmen untuk mempertahankan jati diri dan mengHakkan persepsi mereka yang ada di sekeliling gua untuk menyebabkan tiada apa yang boleh menidakkan kreadibiliti mereka yang mengadili.. mungkin juga favorite quotations “Jika adalah 10 orang yang BIJAK PANDAI, AKU salah seorang di antara MEREKA” yang gua pegang selama ini memungkinkan semua ini.. Syukur ke hadrat Ilahi..


8 October 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Mrmnj mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon Maaf Zahir & Batin. Terima Kasih diucapkan pada sanak saudara dan kawan-kawan yang sudi datang ke rumah. Semoga berjumpa lagi di hari raya tahun hadapan.



Bertandang ke pusara arwah papa di pagi raya beri lagi 1 keinsafan pada gua… betapa gua menyedari lagi gua sebenarnya anak yatim.. kasih sayang dari keluarga selama ini yang tidak pernah lekang menyebabkan gua hanya menyedari yang gua anak yatim setiap kali 1 Syawal menjelma.. hari-hari yang gua lalui terasa seperti papa ada bersama.. menemani gua dan keluarga.. memberi komentar & kritikan… semoga papa damai di sana, dicucuri rahmat & ditempatkan bersama insan-insan yang solleh.



27 August 2009

IMAN & JIJI

Semalam bertandang ke Sungai Bedaun.. Rindu rasanya menatap 2 wajah ini.. Iman & Jiji.. kedua-duanya suda besar.. Iman semakin berisi, jiji pula suda laju berjalan.. so cute.. “bonda take photo?”… tapi seperti biasa iman pasti mau jadi cameraman , tengoklah gambar gua yang dia ambik..

Alamak mana kepala bonda c’abang?.. hihi… iman ketawa saja… jiji pula x mau berenggang dengan papa.. hehe.. cian jiji takutkan papa janggut… dig dag dig dag jantung jiji berdegup pas dukung ngan papa janggut.. tapi x juga nangis… penat melayan iman bercrita namun gua tak faham apa yang iman crita.. tapi untuk jaga hatinya gua layann… zasss…

Hari ni tak jumpa mama iman, dia keja pla.. tak pa la jumpa nanti raya di kampung... masa gua mo balik iman sempat bless, hug & kiss gua.. ayat yang dia ucapkan hari ini “I love u bonda”… hihihi .. so nice.. cute..!! jiji cuma melambaikan tangan.. sambil tayang giginya yang putih…

24 August 2009

WASIAT

Jika ku tak bangun esok pagi,

sayang ku kau jaga la diri,

sentiasa ingat kan aku

Diri mu amat ku cintai...

22 August 2009

SELAMAT BERPUASA

Semoga salam dan magrifah di bulan Ramadhan akan terus berkekalan dan menyemai rapi ikatan persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin.. Salam Ramadhan Al-Mubarak, semoga dipertingkatkan Islam, Iman dan Ehsan serta dimuliakan amalan kita.. Amiinn...

14 August 2009

GUA BZ KER....

Rasanya terlalu sibuk gua akhir-akhir ini
sampai gua tidak berkesempatan menjenguk
apalagi mencoret apa-apa dalam blog ini…
Rutin harian gua,
bangun pagi - pi skolah - balik skolah - cari makan - wat RPH / BBM - tdur..
Nampak cam senang & mudah jak kan
namun semua itu terlalu sukar pada gua..
tekanan usah cakap beb…
tinggi menggunung setinggi gunung kinabalu..
pembikinan RPH dan BBM memang mencabar pada gua yang tak kreatif ini.
Mencedok idea di buku..??
1 jalan mudah dan pantas namun egoisnya gua tidak mau semua itu
Gua cari idea yang best tapi lahir dari fikiran gua sendiri..
baik atau buruk gua bole berbangga akhirnya…
kehadiran mengejut pensyarah pembimbing gua pada selasa lepas cukup mendebarkan dada..
bukan gua tak bersedia pada hari tersebut,
kalau diikutkan segalanya ok saja
kerana pada hari tersebut gua bakal dinilai oleh Guru Pembimbing
Tapi entah kenapa debaran tetap terasa menyebabkan aktiviti yang dilakukan terasa kaku & teragak-agak..
pengurusan masa juga kurang teratur..
Ya Tuhan.. tabahkan hati hamba mu ini..
kuatkan semangat untuk menempuh segalanya…
Pada kengkawan semua..
teruskan ketabahan korang menghadapi praktikum ini..
hanya itu saja yang mampu gua ucapkan kerana gua yakin korang pasti ‘de best’..
Selamat di rentas… Good L.U.C.K!
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra