7 December 2008

KETUPAT DAUN PALAS

Semalam gua ot, sebab keja gua hari sabtu tu tak done lagi jadi terpaksalah gua meneruskan perjuangan dan datang wat keja sorang-sorang... buka komputer & buka sistem.. aduii masih di tahap semalam.. gua rasa bengang semacam jer.. gua pun call c brader.. brader syorkan agar gua call jer orang eP.. gua pun dengan suara gua yang serak-serak basah ala-ala ella call la si orang eP.. gua tau hari ni hari minggu, gua tawakal jer, harap diorang pun gile keja cam gua juga.. alhamdulillah, doa gua dimakbulkan... hehe doa orang yang teraniaya.. cheh.. teraniaya oleh sistem eP ni.. dia pun takde jawapan pada problem yang gua alami so.. dia janji akan call gua balik selepas dia p chek sistem... tunggu punya tunggu.. sampai petang juga.. aaiii mana la plak orang eP ni tak call-call.. gua dah naik bengang... gua tutup komputer pastu gua cau...
Dalam perjalanan balik gua terima call dari Kak Wan, barang gua dah sampai.. gua pun p la rumah dia ambik... Pastu gua pun p rumah geng keras gua c "Mel", rumah dia tak jauh dari rumah kak wan. waa dia sibuk ngan ketupat daun palas dia ngan satu lagi member gua "pezah".. Diorang ni kalau bab memasak memang otai, gua tak pandai buat jadi gua pun jadi tukang tengok jer... hehe sambil tu gua pun merasa sikit ketupat tu sebelum dimasak semula... Tengok la kesibukkan diorang nak menyambut aidil adha besok.... meriah sungguh... ehh tak sabar besok gua nak datang balik p beraya, nak rasa ketupat daun palas ni...

**atas alasan keselamatan gua tak boleh post gambar geng2 gua ni.. lagipun diorang tak mau xpose muka diorang kat sini... apapun thanks geng beri gua kebenaran untuk post gambar yang sedemikian rupa...

29 November 2008

28.11.2008

Sedar tak sedar tanggal 28 November datang lagi.. suda 28 tahun rupanya gua... Thanks 4 my hubby, mami, effa, bang mul, pozi, kak mas, kak ros & mel sbb wish untuk gua... pagi-pagi lagi berkumandang irama "hepi besday" dari bilik kak ros, kak mas pla datang wish & hug gua.. aduh terharunya.. effa calling2.. dia kat kampung sekarang, tengah study ntuk ezam.. Gud luck ye effa..

Tengahari ni laparnyee.. makan tengahari kak mas blanja.. kak ros pla tak mo makan... aduh walaupun masa rehat ari ni panjang skit tapi tak dapat rest pla.. banyaknye keja... saat-saat macam ni la gua nak suggest kat cuepacs nak tambah 1 jam lagi masa keja.. tak cukup geng

Hari ni lambat skit balik dari ofis, tengah happy2 keja da nak abis tapi terpaksa batalkan 3 LO pla, salah kod.. time ni la dia silap kod.. bengangnya..

gua tiba di rumah jam 6.03 pm... Tiba di rumah.. jeng jeng jeng...



Hepi besday 2 u... Hepi besday 2 u... aaa.. hubby dah siap dengan kek.. hehehe.. acara tiup lilin, makan kek & buka hadiah jadi aktiviti paling lazim... hehe yang best dapat hadiah yang paling dinanti2... Tq.. I love u very strong… hehe… eternity..

28 October 2008

AKU YANG MASIH TIDAK MENGERTI….

Kalau ada orang yang masih terus menerus berdusta, aku tidak akan mengerti, diperbuat dari apakah lidah mereka sehingga teramat hebat merangkai kata-kata indah menutupi kebenaran, menyembunyikan hakikat, mengedepankan kepalsuan. Padahal sekali sahaja berdusta, sudah sedemikian lelahnya kita berfikir untuk mencari segudang alasan baru untuk dusta berikutnya, sudah sebegitu kelunya lidah ini terpaksa menari mengikuti irama gendang kepalsuan yang tidak hentinya bertabuh.

Jika masih ada sebahagian orang yang saling mencaci, menghina, mengata, berprasangka buruk dan mengecil-ngecilkan saudaranya, aku tidak tahu, sekuat apa penciuman dan mulutnya kerana pada saat itu ia seperti sedang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Seandainya masih beredar orang-orang yang tak hentinya berperilaku sombong, angkuh dan takbur, aku tak akan habis berfikir, sebesar apa dirinya sehingga sangat lancang menentang kebesaran Tuhannya, dan sekuat apa tubuhnya kelak menanggung akibat dari kesombongannya.

Sekiranya tetap hidup manusia-manusia yang enggan menyisihkan sebagian harta yang dimilikinya, sementara bertebaran di seluruh penjuru bumi Allah ini anak-anak yatim piatu, fakir miskin dan orang-orang lebih memerlukannya; aku semakin hairan, apakah ia selalu berfikir bahawa semua yang diperolehinya itu murni dari hasil jerih payahnya? Tidak pernahkah dia mengetahui bahawa semua yang ada padanya itu adalah atas kehendak Allah; Pemberi Rezeki? Yang seandainya Dia berkehendak, dengan sangat mudah pula Dia mengambilnya?

Umpamanya masih hidup orang-orang yang gemar berbuat maksiat, bangga dengan dosa-dosanya, sungguh aku tidak akan pernah memahami, setebal apa kulit mereka menahan api neraka Allah, sekuat apa tubuh orang-orang itu menerima azab Allah yang tidak pernah berhenti.

Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

26 October 2008

HAPPY BIRTHDAY APIK, MAMI & KAK IDA



Selamat Hari Jadi untuk Abang Apik pada 24hb Oktober.. opss 2 hari lepas.. Selamat Hari Jadi Mami pada 28hb Oktober.. Selamat Hari Lahir Kak Ida pada 21hb November yang akan datang.. nj doakan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan hidup di dunia ini & di akhirat kelak.. Semoga keluarga kita tetap bahagia & hidup aman damai.. love u al..

20 October 2008

.....

Biar ku daki gunung harapan ini
walau ku tahu ranjaunya runcing berdiri
Tiada yang bakal merubah.. Jika diri tidak mengubah
Tiada yang sudi memberi.. Jika acap kali kau minta simpati
Dipesan orang tua
"Di kala suka, ramai bertanya"
"Di kala sedih, ramai menyisih"
Akan ku kota segala kata
Tak ku mungkiri janji termetri
"Harapan" mu bonda ayahanda
Tak kan ku biar karat di hati
Hanya pada mu tuhan
ku mohon kesempatan
tunjukkanlah jalan permudahkan perhitungan

19 October 2008

HEPI BESDAY MEL...ATI



Happy Birthday Mel..ati...
Mohon Maaf Zahir & Batin Kerana terlupa pada tarikh 11 Oktober.. nj doakan semoga panjang umur, murah rezeki dan beroleh kesenangan hidup di dunia serta dipermudahkan kehidupan di akhirat kelak.. amin ya rabbal alaamin....

12 October 2008

SALAM AIDIL FITRI

nj & Suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan, oleh itu sebagai hamba yang khilaf kami berdua mohon maaf zahir & batin.. agar segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan dapat dihapuskan di syawal ini. semoga Ramadhan yang berlalu lebih menginsafkan & benar-benar memberi kita rasa perjuangan bagi melawan nafsu dalam diri.. Syawal ini kita raih kemenangan itu.. Salam Aidil Fitri..
Bagi yang mengenali kami sudi-sudi datang bertandangan ke teratak kami...
Buat Pn. Munah, Ani, Ron, Jac, Abang Tam, Nuar, Dahli dan seluruh warga Pejabat Audit Sekolah Beaufort & Kota Kinabalu, maaf atas segala salah silap selama nj berada di sana... Segala tunjuk ajar serta nasihat daripada kalian akan nj pegang selamanya. Sesungguhnya pengalaman, kenangan bekerja di sana adalah yang paling indah yang pernah nj rasakan apabila memegang kerjaya ini. Semoga kita dapat bekerjasama semula pada masa-masa yang akan datang. Jemputlah datang ke rumah nj di kampung.
Wasalam..
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra