Ini merupakan tahun kedua aku di
sini sebagai guru pendidikan khas integrasi.. tahun ini aku diberi kepercayaan
mengajar murid Spesifik Disleksia Tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia
dan Matematik... sedikit gusar di hati, "Bahasa Malaysia"?? bahasa
aku pun tunggang langgang ini kan pula memperbetulkan dan mengajar bahasa…
Matematik aku tak kisah sebab aku memang suka dengan subjek itu... tawakal
sahaja laa.. memandangkan hanya aku dipertanggungjawabkan untuk berada di
Program Integrasi Spesifik Disleksia.
bayangan awal aku tentang kelas
disleksia ini tidaklah sesukar mana.. kerana hanya ada 3 orang murid saja..
semuanya tahun 5 dan semuanya lelaki... mereka akan berada di kelas aku bila
sesi PdP Bahasa Malaysia dan Matematik.. macam senang kan.??
APA ITU DISLEKSIA?
Perkataan "disleksia" adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu "dys" bermaksud "kesukaran" dan "lexia" bermaksud "perkataan". Disleksia jika diterjemahkan secara terus bermaskud "kesukaran dengan perkataan bertulis". Oleh itu definisi disleksia ialah kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan awal yang mencukupi.
Dalam konteks pelaksanaan Program Spesifik Disleksia, Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai
"Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis"
tetapi mereka bukan sahaja
bermasalah pembelajaran spesifik disleksia tetapi juga diskalkulia.. apakah pula Diskalkulia itu?
"murid-murid yang berada dalam sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi
kemahiran aritmetik. Mereka akan menghadapi masalah dalam memahami konsep
nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam
mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat
menghasilkan jawapan yang betul tetapi mereka melakukannya dengan tanpa
keyakinan diri".
Silibus?? aku kena ikut silibus
aliran perdana.. sukarnya di situ... membuat perancangan sendiri berdasarkan garis panduan tetapi boleh menjadi kurikulum alternatif ternyata lebih mudah dengan keupayaan murid yang terbatas berbanding merancang sesuatu yang rigid, tidak boleh diubahsuai mengikut tahap dan aras.. hhhmmm susahnya di situ.. inshaAllah, jangan mengeluh!!
Menjadi guru spesifik disleksia
sekaligus menjadikan aku sebagai Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia.. pada mulanya agak
menolak untuk jawatan yang besar dan berat ini kerana kurang yakin dengan kemampuan diri serta tidak berpengalaman dan
merasakan ada yang lebih senior untuk menggalas tugas ini.. aku cuma pendatang
baru di sini.. takut dikata lebih kuah dari nasi.. tapi percubaan awal untuk
menolak tugas ini terus dinokhtahkan oleh dia yang bergelar "Boss"..
siapalah aku kan.. maka slogan
"saya yang menurut perintah" terus dipahat dan terpahat
hari ini bermula era aku sebagai
Guru Pendidikan Khas Spesifik Disleksia.. kesian pada Penolong Kanan ku yang
terkesan dengan perpindahan ku ke Program ini walaupun sebenarnya masih di
bawah satu unit yang sama.. walau apapun aku tetap bersama mu kak.. tugas di LD
sebagai setiausaha tetap aku laksanakan..