kami membentangkan hasil inovasi kami, bermacam soalan & persoalan dikemukakan, setiap ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk mempersembahkan hasil inovasi.. kami puas..
Namun, hari ini (23 Okt 2009) kami melangkah masuk ke dewan Tun Mustapha dengan tidak membawa perasaan yang ingin mahu menang lagi, kami hanya pasrah+berserah… mendengar bahawa nama kumpulan kami tidak disenaraikan dalam **saguhati**sudah membuat gua & seorang lagi rakan berasa sangat kecewa.. tapi masi pasrah.. namun bila Johan diumumkan kami seolah-olah tidak percaya kami la Johan ..melangkah kaki mengambil hadiah kejohanan seperti seorang wira.. gua sebak kerana gua tidak hanya melangkah atas nama “Nurita Juslin” tapi gua melangkah atas nama “Pendidikan Khas-Masalah Pembelajaran KPLI Ambilan Januari 2009”… kemenangan ini untuk kita semua (PKH Jan.2009 & Cikgu Arun)…
Terima kasih buat 3 rakan seperjuangan yang sama-sama menghasilkan **idea yang kreatif ini..** tanpa korang nama PKH Januari 2009 tidak akan dijulang… atas dasar kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan kita akhirnya “JOHAN”..