28 June 2009

BAGAI MATI HIDUP SEMULA

Tarikh 26 Jun 2009 merupakan 1 tarikh yg tidak mungkin dapat gua lupakan... di mana tarikh ini merupakan 1 hari yg gua rasa dah mati tapi hidup semula... gua xciden hari ni.. di mana?... bagaimana?... biar la gua & mereka2 saja yg tau... yg pastinya nasib menyebelahi gua.. siasatan dibuat.. gua disabitkan tidak bersalah... namun bukan siapa salah yg dicari tapi di sini gua insaf betapa bernilainya 1 nyawa... saat itu hanya Allah yg tau, betapa gua kesakitan.. sendirian.. gua tidak berdaya..
.
begitu laa kejadian kereta kecil gua yg gua sayangi... namun syukur laa, gua masi bole bernafas lagi..
ini pla sebahagian daripada kecederaan yg gua alami... teruk tak teruk.. banyak jg la... gua da cacat ka?... gua terima ini takdir dari-NYA... Syukur Al-Hamdulillah!

Pada "mereka2" yg terlibat.. tercedera... gua doakan semoga cepat sembuh.. gua mohon kemaafan... sesungguhnya kesilapan itu ada di mana2, biarpun kecil atau besar... tiada guna menuding jari mencari kesilapan... sebagai manusia biasa sama2 la kita merendah diri.. merenung kembali... menerima ini semua takdir dari ilahi... gua dan kita semua adalah hamba-NYA yg khilaf... hari ini kita diduga lagi... kita insan2 terpilih... InsyaAllah kita pasti mampu mengharungi semua dugaan ini... Terima kasih pada mereka yg menghulurkan bantuan di tempat kejadian... Tanpa mereka gua tidak mungkin bernafas lagi... Terima Kasih yg tidak terhingga.. hanya Allah swt sahaja yg mampu membalasnya.

ini semua buat renungan diri gua dan kita semua.. malang itu tidak berbau... Pemandu yg hebat bukanlah yang berjaya sampai ke destinasi tepat pada masanya tapi pemandu yg hebat adalah pemandu yg mampu mengelak dari sebarang kemalangan sama ada berpunca dari diri sendiri ataupun orang lain.. sama2 kita renungkan!

15 June 2009

DARI SESUATU.. BUAT SESUATU.. HARGAINYA

Jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…

**entri ini adalah entri dari blog khai.. buat renungan kita semua!

14 June 2009

SAMBUTAN HARI GURU UNIT PKH

Sambutan Hari Guru peringkat Unit Pendidikan Khas-Masalah Pembelajaran telah diadakan pada 15 May bertempat di kelas Pendidikan Khas. Sambutan ini dibuat dengan suci hati & bermula pada jam 2.00 pm, orang kuat dalam sambutan ini ialah kak Ijan.. welldone kak ijan semuanya berjalan dengan lancar. Unit lain pun dijemput datang bagi memeriahkan lagi suasana.. namun tidak semua yang datang.. pada lecturer yang datang terima kasih yang tidak terhingga.. walaupun ada komitmen lain, sudi gak datang... TQ cigu...!!
cigu pompuan yg comel tu cikgu PKH-BI kitaorang.. adui.. kita bukan main manja lagi dengan dia ni.. kitaorang semua suka cara dia ngajar kitaorang.. best.. xcited & xtionfull..
Ini Kitaorang punya cigu PKH-BM.. dia ni sempoi jak.. kitaorang suka.. kitaorang cam ala-ala sebaya jak.. pasal dia ni type yg berdiri sama rendah duduk pun sama ketot cam kitaorang jg.. sori ya cigu Lajuin.. bahasa gua ni.. brutal skit!!
Ini cigu & tutor kitaorang yg tersayang.. cikgu Arun.. kitaorg semua memang admire gile kat cikgu ni.. dia ni baik.. baek punye.. understanding.. slalu bagi kitaorang motivasi.. bagi kitaorang semangat untuk tempuh dugaan..cabaran dalam bidang ini.. fuh bukan senang beb.. pengurusan modal insan!!
ini kitaorang punya ciku KH.. kitaorang punya subjek minor... ini lagi sempoi.. kitaorang suka sangat.. pasal kecantikan nombor 1.. abis kitaorang semua dikutuknya.. kulit kering.. kulit berminyak.. banyak pigmen.. adoii.. gua pun salah sorang yg dikata-kata.. biasa la beb.. tak pandai jaga kulit.. cigu.. nnt tengok kulit gua lagi yekkk... ada perubahan ka takk???

10 June 2009

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat..Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas.. Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.. Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta.. Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu.. Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah.. Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash.. Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.. Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titianMu.. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu.. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu.. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.. Sekiranya suamiku ini jodoh yg dirahmati olehMu.. Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah.. Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.. Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu.. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya.. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah.. Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku.. Kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai.. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri.. Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.. Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.. YaAllah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah.. Kuatkan hati dan semangatku.. Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.. Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami.. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu.. Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.. Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan.. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.. Kerana aku sedar hinanya aku.. Kerana aku insan lemah yg kerap keliru.. Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.. Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu.. Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah..
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

7 June 2009

LIHAT AURA WARNA

gua dapat benda ni kat dalam facebook gua... dedikasi from Brader Am..
betul atau tidak... ianya hanya suatu kebetulan...

5 June 2009

TAMAN MINI REFLEKSOLOGY PKH 2009

Pada 23.05.2009 Unit PKH-MP telah menyiapkan Tugasan ke-3 bagi subjek PAS. Tugasan ini dilakukan secara kolaborasi oleh 2 group iaitu group adex & group crist... cheh.. kahkahkah.. kehadiran kitaorang seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 pm. Cuaca panas menyebabkan kitaorang sangat keletihan.. Terima kasih pada geng seUnit, atas kerjasama yang diberikan..
Di akhir tugasan kitaorang bergambar sakan.. fuh dengan wajah yg keletihan.. namun kitaorang tetap mantap.. hahaha...

3 June 2009

GUA MAIN BOLA

Main bola..?? gua ka..? adoii kalau la ada kengkawan yang view gua punya blog ni maka berabis terketawa & mentertawakan la diorg.. hahaha!!!.. gua ka tu?.. gua kan kaki bangku.. apalagi main bola.. mesti tarak percaya punyee.. tp ini laa gua.. diorg kata gua ni enjin lambat panas tapi kalau da panas mengalahkan enjin RB26 Nissan Skyline... uiina sungguh tinggi perfomance tu beb.. agak2 la..

Interaksi kali ini adalah -Orang Buta Main Bola-.. uiiyo susah beb..
dah la mind set takut terlanggar tiang gol.. itu jak.. tapi gua ni jenis yang gile-gile punya suke-suke.. tarak hal punya.. main bedal jak..
Fuh best interaksi kali ini.. actually gua balas dendam sebab gua tak dapat ikut interaksi -1 Hari Buta- hari tu.. gua jadi awekcamera hehehe camerawomen la... jadinya gua tak dapat merasai keseronokan diorang yang beronok-ronok tu... balas dendam punya balas dendam gua try juga untuk score.. tindakan luar jangka tu.. tapi gol ka?..
itu soalan bonus beb.. tiang gol tu d mana? alamak gua ni main hentam saja..
pada kengkawan seUnit.. pastinya sudah memahami gua yang ala-ala hyperaktif ini...
kahkahkah guru PK yang bermasalah tingkahlaku..

2 June 2009

lagu KITA

kau membuat ku berantakan 
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diri mu

"bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hati mu
ku sedari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan"

kau hancurkan aku dengan sikap mu
tak sedarkah kau telah menyakiti ku
Lelah hati ini meyakinkan mu
cinta ini membunuh ku...
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra