25 November 2009

TRANSKRIP

Alhamdulillah...

Gua panjatkan syukur yang tidak terhingga.. ini laa hasilnya.. setelah mengharungi pelbagai dugaan+rintangan, akhirnya segalanya berbaloi... mungkin pada orang lain, keputusan ini tidaklah begitu membanggakan, tidaklah begitu baik, tidaklah begitu memuaskan, tapi tidak pada gua.. pada gua ini suda memadai.. pada gua ini sudah membanggakan.. pada gua ini suda bagus dan gua puas.

Gua percaya ini bukan sekadar usaha yang gua buat tapi ini juga adalah hasil restu daripada suami tercinta, mami serta keluarga... hanya saja yang dapat membalasnya.. gua tau tanpa restu daripada mereka gua tidak mungkin berada di sini.. gua tidak mungkin kecapi apa yg gua ada sekarang.. dan siapa laa gua tanpa mereka.. buat suami tercinta, “terima kasih sayang”…


8 November 2009

SOALAN, PERSOALAN & DIPERSOALKAN

Seringkali kita melihat soalan..
seringkali pula kita terlibat dalam persoalan dan seringkali juga kita dipersoalkan..
kenapa?.. Bila?.. Bagaimana? Berapa? Di mana?...
bermacam soalan & persoalan dipersoalkan…
adakah perlu sebuah jawapan..?
kita manusia yg mudah lupa, terlupa dan dilupakan..
kita mula mempersoalkan,
...mencari soalan & punca persoalan..
layakkah kita untuk semua ini??
sedangkan apa yg ada pada kita belum tentu ada jawapannya…
soalan apakah lagi yg perlu kita ada??
.. jawapan apa yg perlu kita tahu.. kita cari dan kita mahu…
pernahkah kita puas pada jawapan yg diberikan…
“TIDAK”
…Kita tidak pernah puas dengan apa yg kita ada..
lalu kita persoalkan ketidakpuasan itu..
Kita terlupa dengan apa yg kita ada..
..lalu kita cipta soalan untuk memilikinya…
Kita redha dengan apa yg kita ada..
.. lalu kita dipersoalkan dengan keredhaan itu…
lihatlah betapa kita tidak perna puas…
sentiasa mencari dan terus mencari soalan, persoalan dan dipersoalkan…
percaya la, ini semua tidak akan perna berakhir…
kerana .. kita sebahagian daripada soalan itu..
kerana .. kita bebas mempersoalkan… &
kerana .. kita naïf untuk dipersoalkan…

Di alam barzakh nanti menanti 5 soalan:
siapa Tuhan mu?
siapa Nabi mu?
apakah Agama mu?
siapa Imam (pedoman/ikutan) mu?
siapakah Saudara mu?

Bersediakah kita?...

23 October 2009

JOHAN INOVASI IPGM KENT 2009

johan inovasiJOHAN INOVASI ini merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.. walaupun jauh di sudut hati gua & 3 lagi ahli kumpulan memang bertekad untuk menang.. hari pertama (22 Okt. 2009) melangkah saja ke dalam dewan, kami cukup kagum melihat hasil inovasi peserta lain, penuh warna-warni & menarik perhatian.. sedangkan kami hanya meggunakan shaving foam, cermin, tepung, serbuk nila, dadu angka, nombor polysterin.. rasa macam idea kampung saja.. namun inilah inovasi kami.. sudah 2 malam kami menghasilkan kertas kerja dan bahan inovasi.. Penat lelah kami di sini, walau bagaimanapun kami harus mempersembahkan..

kami membentangkan hasil inovasi kami, bermacam soalan & persoalan dikemukakan, setiap ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk mempersembahkan hasil inovasi.. kami puas..

Namun, hari ini (23 Okt 2009) kami melangkah masuk ke dewan Tun Mustapha dengan tidak membawa perasaan yang ingin mahu menang lagi, kami hanya pasrah+berserah… mendengar bahawa nama kumpulan kami tidak disenaraikan dalam **saguhati**sudah membuat gua & seorang lagi rakan berasa sangat kecewa.. tapi masi pasrah.. namun bila Johan diumumkan kami seolah-olah tidak percaya kami la Johan ..melangkah kaki mengambil hadiah kejohanan seperti seorang wira.. gua sebak kerana gua tidak hanya melangkah atas nama “Nurita Juslin” tapi gua melangkah atas nama “Pendidikan Khas-Masalah Pembelajaran KPLI Ambilan Januari 2009”… kemenangan ini untuk kita semua (PKH Jan.2009 & Cikgu Arun)…

Terima kasih buat 3 rakan seperjuangan yang sama-sama menghasilkan **idea yang kreatif ini..** tanpa korang nama PKH Januari 2009 tidak akan dijulang… atas dasar kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan kita akhirnya “JOHAN”..



11 October 2009

ALHAMDULILLAH... sampai da

Assalamualaikum w.b.t kepada blogger2 & reader2 yang dikasihi semua. Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t atas nikmat yang telah diberi dan dengan limpah kurnia-Nya akhirnya gua sampai jua di Semester II untuk menyambung sisa pengajian di IPGM Kent sekembalinya dari 12 minggu jalani praktikum di sebuah Daerah yang Indah Permai di Sabah & setelah seminggu berhari raya di kampung halaman… bermacam dugaan & cabaran untuk kembali semula ke sini, bukan mudah untuk sampai ke sini… terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir menghilangkan keupayaan gua untuk bergerak, meniti jalan yang berliku-liku & meredah kabus di malam atau di pagi hari, bersengkang mata, menahan tidur & menahan kesejukkan ketika terjirus air ke tubuh ketika mandi, suka duka bersama warga PKH SKP2R.. segalanya jelas dalam kenangan..

Sekembalinya gua kali ini membawa sedikit perubahan penerimaan warga Kent pada gua, jika dulu gua bukanlah seorang yang dikenali.. malah kewujudan gua seperti tidak pernah disedari.. siapa gua? Ada juga yang tidak tahu.. namun kali ini penerimaan agak berbeza, kenakalan gua mungkin salah satu penyebabnya.. namun yang pasti, segalanya kerana komitmen, kesungguhan dan keikhlasan gua dalam melakukan apa juga yang diarahkan semasa menjalani praktikum membuat keadaan ini berubah. Walau dalam kenakalan yang tidak dapat disangkal lagi gua masih punya komitmen untuk mempertahankan jati diri dan mengHakkan persepsi mereka yang ada di sekeliling gua untuk menyebabkan tiada apa yang boleh menidakkan kreadibiliti mereka yang mengadili.. mungkin juga favorite quotations “Jika adalah 10 orang yang BIJAK PANDAI, AKU salah seorang di antara MEREKA” yang gua pegang selama ini memungkinkan semua ini.. Syukur ke hadrat Ilahi..


 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra