28 October 2008

AKU YANG MASIH TIDAK MENGERTI….

Kalau ada orang yang masih terus menerus berdusta, aku tidak akan mengerti, diperbuat dari apakah lidah mereka sehingga teramat hebat merangkai kata-kata indah menutupi kebenaran, menyembunyikan hakikat, mengedepankan kepalsuan. Padahal sekali sahaja berdusta, sudah sedemikian lelahnya kita berfikir untuk mencari segudang alasan baru untuk dusta berikutnya, sudah sebegitu kelunya lidah ini terpaksa menari mengikuti irama gendang kepalsuan yang tidak hentinya bertabuh.

Jika masih ada sebahagian orang yang saling mencaci, menghina, mengata, berprasangka buruk dan mengecil-ngecilkan saudaranya, aku tidak tahu, sekuat apa penciuman dan mulutnya kerana pada saat itu ia seperti sedang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Seandainya masih beredar orang-orang yang tak hentinya berperilaku sombong, angkuh dan takbur, aku tak akan habis berfikir, sebesar apa dirinya sehingga sangat lancang menentang kebesaran Tuhannya, dan sekuat apa tubuhnya kelak menanggung akibat dari kesombongannya.

Sekiranya tetap hidup manusia-manusia yang enggan menyisihkan sebagian harta yang dimilikinya, sementara bertebaran di seluruh penjuru bumi Allah ini anak-anak yatim piatu, fakir miskin dan orang-orang lebih memerlukannya; aku semakin hairan, apakah ia selalu berfikir bahawa semua yang diperolehinya itu murni dari hasil jerih payahnya? Tidak pernahkah dia mengetahui bahawa semua yang ada padanya itu adalah atas kehendak Allah; Pemberi Rezeki? Yang seandainya Dia berkehendak, dengan sangat mudah pula Dia mengambilnya?

Umpamanya masih hidup orang-orang yang gemar berbuat maksiat, bangga dengan dosa-dosanya, sungguh aku tidak akan pernah memahami, setebal apa kulit mereka menahan api neraka Allah, sekuat apa tubuh orang-orang itu menerima azab Allah yang tidak pernah berhenti.

Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

26 October 2008

HAPPY BIRTHDAY APIK, MAMI & KAK IDA



Selamat Hari Jadi untuk Abang Apik pada 24hb Oktober.. opss 2 hari lepas.. Selamat Hari Jadi Mami pada 28hb Oktober.. Selamat Hari Lahir Kak Ida pada 21hb November yang akan datang.. nj doakan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan hidup di dunia ini & di akhirat kelak.. Semoga keluarga kita tetap bahagia & hidup aman damai.. love u al..

20 October 2008

.....

Biar ku daki gunung harapan ini
walau ku tahu ranjaunya runcing berdiri
Tiada yang bakal merubah.. Jika diri tidak mengubah
Tiada yang sudi memberi.. Jika acap kali kau minta simpati
Dipesan orang tua
"Di kala suka, ramai bertanya"
"Di kala sedih, ramai menyisih"
Akan ku kota segala kata
Tak ku mungkiri janji termetri
"Harapan" mu bonda ayahanda
Tak kan ku biar karat di hati
Hanya pada mu tuhan
ku mohon kesempatan
tunjukkanlah jalan permudahkan perhitungan

19 October 2008

HEPI BESDAY MEL...ATI



Happy Birthday Mel..ati...
Mohon Maaf Zahir & Batin Kerana terlupa pada tarikh 11 Oktober.. nj doakan semoga panjang umur, murah rezeki dan beroleh kesenangan hidup di dunia serta dipermudahkan kehidupan di akhirat kelak.. amin ya rabbal alaamin....

12 October 2008

SALAM AIDIL FITRI

nj & Suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan, oleh itu sebagai hamba yang khilaf kami berdua mohon maaf zahir & batin.. agar segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan dapat dihapuskan di syawal ini. semoga Ramadhan yang berlalu lebih menginsafkan & benar-benar memberi kita rasa perjuangan bagi melawan nafsu dalam diri.. Syawal ini kita raih kemenangan itu.. Salam Aidil Fitri..
Bagi yang mengenali kami sudi-sudi datang bertandangan ke teratak kami...
Buat Pn. Munah, Ani, Ron, Jac, Abang Tam, Nuar, Dahli dan seluruh warga Pejabat Audit Sekolah Beaufort & Kota Kinabalu, maaf atas segala salah silap selama nj berada di sana... Segala tunjuk ajar serta nasihat daripada kalian akan nj pegang selamanya. Sesungguhnya pengalaman, kenangan bekerja di sana adalah yang paling indah yang pernah nj rasakan apabila memegang kerjaya ini. Semoga kita dapat bekerjasama semula pada masa-masa yang akan datang. Jemputlah datang ke rumah nj di kampung.
Wasalam..
 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra