- Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Laikahaillah' nescaya masuk syurga' ".
- Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi".
- Mati di malam jumaat atau harinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur".
- Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
- Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
- Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
- Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
- Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
- Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
- Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.
27 July 2008
10 MATI HUSNUL KHATIMAH ( KEMATIAN YANG BAIK )
12 July 2008
GALERI BLUES
Kita Kan Kawan dulu Sama-sama
kongsi teh secawan.
Orang Lain maju ke depan
Orang kita cari Jalan Jatuhkan Kawan.
kan ke cukup rezeki Tuhan
Buat kita ramai-ramai makan
Sekadar nak ingatkan Teman
hati-hati dengan Gunting dalam Lipatan
bila fikir masa depan Jangan Tabur pasir
dalam Periuk Kawan
"Kawan jadi Lawan, Lawan jadi Kawan"
BERTUDUNG LAMBANG KEWANITAAN
9 July 2008
Mini Putrajaya
1Borneo
"1Borneo" satu nama baru, tak pernah sebut pun sebelum ini namun sekarang ini nama ini gah berbanding Centre Point yang dulunya dikenali sebagai Yoahan... entah bila tukar nama tu gua pun dah lupa...
Berbaloi juga laa ke 1Borneo... walau penat tapi puas cuci mata..
6 July 2008
Perginya Sebutir *BINTANG
Walaupun Gua tak rapat sangat dengan member ni tapi kira Gua masuk juga dengan dia ni.. Dia ni jenis yang suka senyum, kuat kerja, tak sombong, tak besar kepala, ayat yang paling best untuk menerangkan member ni adalah 'senang runding'...
Dia ni suka bercampur dengan orang bawahan macam Gua... dressing pun simple macam kitaorang juga.. Mula-mula Gua pindah kat sini dia laa yang tegur, sapa Gua.. Tambahan pula dia ni rapat dengan member Gua..”ANI” jadi kitaorang pun kira boleh layan laa..
Actually Gua memang segan mau rapat dengan dia ni sebab dia ni kira BOSS juga la.. orang kuat kewangan... Sebab dia ni Happy Go Lucky, baik hati jadi semua orang menangisi pemergian dia ke Maritim, Sandakan.. Kitaorang Redha demi kehidupan dia yang lebih cemerlang, gemilang & terbilang... wahh... rezeki orang baru naik pelamin.. harap-harap lepas ni dia dapat rezeki lain pula.. apalagi dapat baby comel laa..
Bah aramaitiii.. semoga kita berjumpa di lain kali.. ucapan ikhlas dari Gua "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak melihat apa-apa"...
2 July 2008
Balada Warga Kampus... dalam kenangan
Aku antara yang bertuah kerna diterima masuk UMS. “Mahasiswi” gah sungguh gelaran itu bagi aku. Teringat kembali kata-kata cikgu waktu di bangku sekolah dulu, kampus adalah dunia yang penuh dengan keseronokan, tempat mencari ilmu, kawan, teman & jodoh. Namun kegembiraan tidak berpanjangan, berjauhan dengan keluarga membuatkan aku jadi 'kera sumbang'. Tambahan pula persekitaran dan suasana baru menjadikan aku seorang pendiam & menyendiri, lantas aku ambik keputusan kemas barang & balik semula ke kampung halaman. Aku lupa pada hajat & niat asal untuk memiliki segulung IJAZAH. Universiti Malaysia Sabah, Sekolah Sains Sosial, Sosiologi & Antropologi, Kampung D Blok B bilik 1.o7 jadi kenangan.
SEM II
Aku kembali semula menjadi warga UMS. Dengan tekad dan azam baru untuk memiliki ijazah. Aku berusaha sekerasnya bersama kawan-kawan. Walaupun ada ketikanya aku langsung tidak tau apa-apa. Kerna janji pada mami, kak long, abang ngah & diri sendiri aku bulatkan tekad. Aku pasti aku boleh!. Seperti juga student lain aku tidak terkecuali dengan masalah assignment, dateline, ptptn, fieldwork dan macam-macam lagi. Aku masih tidak punya kawan, aku cuma kenal dengan ummi, aza & kak pija (roommate aku).. mungkin sikap pendiam aku, aku dikenali sebagai “Budak Sombong”. Alah… title yang biasa dinobatkan untuk aku. Aku ‘juara’ kategori ini.
SEM III
Semester ini aku dah punya kawan, DYA. Kami kenal waktu semester I lagi tapi penarikan diri aku dari pengajian menyebabkan kami semakin jauh. Namun semester ini kami benar-benar rapat. Ke mana saja pasti berdua. Orang mula kata kami melekat macam gam. Walaupun citarasa kami berbeza namun seperkara buat kami rapat, kami saling menghormati “HAK” masing-masing.
SEM IV
Aku & Dya tetap tabah menghadapi apa jua dugaan, rintangan & cabaran yang datang. Walaupun kadang-kala kami berselisih faham namun kata orang itu “asam garam dalam persahabatan”. Susah sangat mau fleksibel dengan orang lain sebab kami tau kami memang susah mau ngam dengan orang. Tiada siapa yang lebih memahami aku melainkan Dya seorang.. Rasa sedikit kecewa walaupun study macam orang lain namun result ku tetap “cukup makan” saja. Rasa mau capai yang lebih baik daripada ini namun…. Entahlah. Umur makin meningkat namun ini bukan alasan untuk aku jadi ‘mature’. Biar saja, asalkan aku tak ganggu & susahkan orang… MAMES kali ini kami tetap jadi urusetia, seperti biasa semua orang kelihatan berlumba-lumba mau kelihatan cun & macho malam itu. Alhamdulillah, Dya bertemu “teruna”nya malam itu. Semoga berakhir ke jinjang pelamin. Tahniah!
SEM V
Third year membuatkan kami sibuk. Aku juga tidak terkecuali. Result pula mesti dipertingkatkan. Wajib!. Sibuk dengan study kami juga sibuk dengan projek. LASBELA adalah projek yang penuh cabaran, kontroversi, konflik dan keseronokan. Alhamdulillah segala berakhir dengan kegembiraan. Cuma sedih sekali Dya tidak dapat bersama-sama merasai kegembiraan di Nabawan. Alahai… musim ini aku disedarkan bahawa aku sebenarnya tidak layak berkawan dengan orang lain selain DYA. Tanpa Dya aku jadi tidak keruan. Aku tidak tau mau buat apa, aku tidak tau di mana harus mula. Alahaiii eka…
SEM VI
Semester ini adalah semester terakhir aku bersama dengan budak ANTSOS 2000-2003 (Dya, min, dha, bill, ansh, budi, braham, danson, dyg, kak lyn, kak meela, ita, noi, mus, Maurice, Linda, shima, roz, yun, nor, bos, ho, ju, jayis & christ). Kenangan bersama mereka tetap terpahat di hati ini & pada sesiapa yang pernah dikenali, didekati & didampingi selama ini, juga tetap dalam ingatan. Semester ini terlalu banyak kenangan, pahit & manis silih berganti namun aku yakin ‘mereka’ yang terlibat pasti sedar bahawa dalam berSAHAJA & keSELAMBAan aku, aku tetap terGURIS… Terima kasih pada mereka-mereka yang menganggap aku Kawan dan Teman… Harapan semoga korang tetap mengingati aku sebagaimana aku mengingati korang…