20 June 2008
Minyak lagi...
16 June 2008
Soalan-Soalan PTK
A Kumpulan Wang Amanah
B Kumpulan Wang Disatukan
C Kumpulan Wang Luar Jangka
D Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Dokumen terperingkat ‘Rahsia’ hanya boleh diterima peringkat keselamatannya dengan persetujuan;
A Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan
B Pegawai Ketua Pengawal Keselamatan Kerajaan
C Pemula dokumen berkenaan
D Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri
Tujuan untuk membuat Akuan Berkanun di hadapan Pesuruhjaya Sumpah;
A Sanggup berkhidmat dengan kerja sepenuh masa
B Tidak punya sebarang rekod jenayah
C Sanggup bekerja lebih masa apabila keadaan memerlukan
D Tidak membocorkan rahsia kerajaan kepada musuh Negara
Kaedah yang teratur bagi menyimpan fail terpering ‘Rahsia’;
A Menyimpan fail dalam almari di bilik pegawai
B Meletakkan fail tersebut di atas rak yang mempunyai pengaliran udara yang baik
C Menyimpan dalam beg berkunci yang dipastikan nombornya tidak berkompromi
D Menyimpan dalam cabinet besi yang dipasang palang besi berkunci
Puan Sofia seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang boleh mendapat rawatan secara percuma untuk diri dan keluarganya. Apakah tafsiran “keluarga” bagi Puan Sofia
I Ibu bapanya
II Suaminya
III Adiknya
IV Anaknya
A I, II dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
Definisi "Elaun Harian"
A Bertugas rasmi di luar ibu pejabat bagi tempoh melebihi 8 jam dan kurang 24 jam
B Bertugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempoh melebihi 24 jam tetapi kurang daripada 48 jam
C Bertugas rasmi selepas waktu pejabat apabila dipanggil oleh Ketua Jabatan
D Bertugas di luar Ibu Pejabat 3 bulan berturut-turut termasuk hari minggu dan kelepasan am
Bengkoknya Perempuan...
Fuad : Leceh betullah org perempuan ni. Tegur sikit da merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.
Naim : Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yg buat hal kali ni?"
Fuad : Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, da monyok. Hari ni da tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.
Naim : Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
Fuad : Alaah... org perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yg org perempuan tu ibarat tulang rusuk yg bengkok? Sbb dia bengkoklah org perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.
Naim : Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.
Fuad : Eh, kan Hadis itu sudah lumrah dperkatakan? Apa yg tak kena pulak, Naim?
Naim : Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah org perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai 1 golongan yg "disadvantaged" atau terkurang spt yg engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yg Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil & Dia ciptakan lelaki & perempuan itu sama shj dari segi kemampuan mereka utk meningkatkan iman & menjadi hamba Allah yg bertaqwa. Bengkok yg disebut d dalam Hadis itu bukan bermakna yg mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yg tidak baik. Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yg sebelum itu dianggap "golongan yg tak berguna" kpd 'sayap kiri' kpd masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yg penting kpd org perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sbgi sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dgn sayap kanan.
Fuad : Tapi, memang org perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia.
Naim : Merajuk bkn berlaku pd org perempuan saja. Org lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yg tak sama. Punca merajuk sbb iman lemah, bkn sebab jantina. Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur org perempuan dgn berlemah-lembut & berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bkn mereka yg salah, tetapi kitalah yg salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' drp mereka!
Fuad : Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela org perempuan aje.
Naim : Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yg tidak betul terhadap Hadis tu.
Fuad : Apa maksud sebenar Hadis tu?
Naim : Org perempuan yg diibaratkan spt tulang rusuk yg bengkok itu bkn bermakna 1 kekurangan, tp sebenarnya adalah 1 'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yg berlipat-lipat & berlingkaran itu bukanlah 1 ketidakbetulan ttp begitulah keadaan usus yg sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu krn ia bersifat 'pelindung'. La melindungi organ-organ penting d dalam tubuh manusia spt jantung, paru-paru,hati & limpa. Kalau tulang kakilah yg dletakkan d dada manusia, sudah tentu ia tdk dpt berperanan sepertimana tulang rusuk yg bengkok itu.
Fuad : Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yg org perempuan itu spt tulang rusuk yg bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?
Naim : Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yg bengkok' itu ialah sifat `rahmah'. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yg Allah ciptakan utk wanita agar dia dpt memainkan peranan yg tdk dpt dmainkan oleh lelaki. Org perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Krn adanya sifat-sifat itu, org perempuan boleh sabar menjaga & melayan anak-anaknya yg berbagai kerenah. Mereka juga sabar & tekun melakukan kerja-kerja rumah yg mungkin kpd kita sgt membosankan. Begitu jugalah d dlm masyarakat, org perempuan sgt sesuai menjadi guru, jururawat & apa juga bidang yg dlm kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini drp org perempuan dgn memberikan mereka tugas-tugas yg tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yg penting tadi tidak akan selamat. Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan & jasa ibu yg menjaga & mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.
Fuad : Hmm, betul tu Naim.
Naim : Sebenarnya tiada siapa yg 'bengkok' mengikut tafsiran yg engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kpd iman & akhlaknya. Org lelaki kalau tidak berusaha utk membuang sifat-sifat yg terkeji d dlm dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari org perempuan yg ada usaha membaiki dirinya.
Fuad : Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah & tidak sabar.
Naim : Memang tidak sepatutnya kita lihat org lain itu lebih `bengkok' drp kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yg kitalah yg lebih `bengkok' drp semua org lain d muka bumi ini... "
Motivasi- Hal Kerja!
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' & ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungi lah :
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
- Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
- Adakala kita rasa kita PRIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
- Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
- Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"