18 December 2013

PENGGABUNGAN SKIM PERKHIDMATAN PPPS DAN PPPLD

Ini merupakan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 40 Tahun 2013. Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) 
kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan 
Pendidikan (PPP).

okehh.. boleh klik sini untuk baca pekeliling penuh....


 

berikut merupakan jadual gaji maksimum yang terkandung dalam skim ini



diharap semua clear.. okehhh...
teruskan berkhidmat dengan sempurna demi modal insan yang kita boleh banggakan dan harapkan untuk menerajui negara di masa akan datang...

17 December 2013

KAU yang ku gelar "SAHABAT"

inikah fantasi atau realiti..
kewujudan aku dI sini adalah terpanggil untuk mencari sesuap nasi.. bukan jawatan dan pangkat yang ku cari, bukan permusuhan dan persengketaan.. jauh sekali untuk bertipu dusta, mengadu domba, meraih simpati... namun inilah nasib.. kadang-kadang yang kita fikirkan demi kebaikan semua pihak akhirnya musnah menjadi mimpi ngeri.. hari demi hari dilalui dengan pemantauan berterusan & pencarian kesalahan dan kesilapan diri.. teruskan laa aku sudah lelah...

di satu pagi ketibaan awal ke tempat kerja mengejutkan aku melihat sang memorandum berada di atas meja.. seakan-akan memanggil aku mencoretkan sain mati juga cap jari.. ayat demi ayat aku telusuri, rangkap demi rangkap aku habisi.. akhirnya aku di nokhtah yang terakhir.. aku akui ada juga kebenarannya maka tanpa prasangka aku turunkan sain mati tanda pilihan paling berani dan berani mati... seterusnya nashkah bertukar tangan, maka genaplah 10 orang yang menandatangani...

tapi akhirnya sang memorandum yang diharapkan sebagai pemulihcara menjadi senjata pemusnah persahabatan yang selama ini erat terjalin.. persahabatan yang selama ini utuh mula dipersoalkan dan dilupakan.. lalu satu demi satu mula menjauh.. dingin dan sepi.. aku terima ini sebagai takdir.. kami yang 10 pasrah, andai inilah nokhtah persahabatan kerana apa yang diperjuangkan.. apa yang dibangkangkan bukan laa untuk kesenangan sendiri.. sungguh tidak aku mengerti... kerja ini harus diteruskan.. kerja ini harus dilalui dengan kesabaran.. jauh di sudut hati berkelana sebuah persoalan "sampai bilakah semua ini harus dihalalkan?"..

satu perumpaman melayu yang cukup indah buat ku dan rakan-rakan "ibarat mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka".. namun, syabas atas keberanian dan berani mati untuk sebuah anjakan paradigma yang tak pernah teranjak dan dianjak..

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2014

"GAJI" sebut pasal gaji saja semua yang bergelar pekerja pasti seronok.. seronok dapat duit hasil daripada penat lelah selama sebulan.. rasa seronok sebab boleh dapat apa yang diinginkan.. rasa seronok sebab boleh laa bayar bil-bil yang patut dibayar.. tak ada laa yang kena potong nanti.. rasa seronok sebab boleh bagi sikit kat mak bapa di kampung..

okey.. entri kali ini adalah tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2014.. bila daa tau tarikh gaji, senanglah nak buat persediaan... berbelanja la secara berhemah.. sebab tahun depan daa banyak yang"naik".. silap percaturan tak cukup pula gaji sebulan..
  Tarikh bayaran gaji ini adalah terkandung dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 4/2013... Selain itu, pada bulan Januari juga kita dibayar bonus.. mesti seronok sangat laa.. sebab pada bulan januari kan bulan berbelanja yang besar sebab bulan disember kan da banyak belanja.. yang ada anak sekolah tu kena beli kelengkapan sekolah.. yang sambut krismas pun daa koyak da poket dengan sambutan krismas yang meriah, balik kampung lagi.. cuti sekolah lagi..
Syukur sangat dengan adanya pemberian bonus ini dapat la sedikit sebanyak meringankan beban kita yang memang sangat terbeban sekarang.. okey, di sini ada sedikit info tentang pembayaran bonus tersebut..

_________________________________________________________
<DON'T GIVE-UP>
the beginning is always the hardest. Life rewards those who work hard at it
_________________________________________________________
  

16 December 2013

ALL ABOUT EVE & THE HEIRS

aku bukanlah peminat tegar crita korea.. selepas habis episod 20 drama korea berjudul All About Eve dalam tahun 2008 dulu, aku daa tak tengok crita korea lagi.. bukan la semuanya tak ok, tapi tak ada kesempatan.. masa tu trend pakai handphone yang berlipat-lipat ni.. so aku pun terikut-ikut.. jangan tak tau, aku pun pakai telefon berlipat jenama samsung juga.. hihi
ni laa handphone aku time tu.. kihkihkih
Tahun ni atas saranan seorang kawan baik, aku mula berminat kembali menonton crita korea.. tontonan di episod 1 suda membuatkan aku makin seronok dan teruja untuk menonton episod seterusnya.. THE HEIRS.. mungkin bukan aku seorang yang meminati crita ini... mungkin juga rakan-rakan blogger yang lain berkongsi minat yang sama..


dengan tak disangka-sangka trend telefon bimbit sama plak dengan handphone aku.. tak tau la brandnya sama ka tak tapi yang pastinya trend handphone yang besar-besar ni.. jadi secara kebetulan aku juga memakai handphone ini

 so ini laa persamaan yang kebetulan antara aku dan crita korea yang aku minati..
>>> hihihi <<<

13 December 2013

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014

Perincian Persekolahan Mengikut Penggal

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya



Jumlah hari persekolahan termasuk cuti Am = 209 hari
Jumlah hari cuti penggal                                     = 81 hari

2 December 2013

KOLEKSI KERJA 2013

ini adalah sebahagian hasil kerja aku untuk tahun 2013.. kerja-kerja ini adalah sebagai tugasan dokumentasi



 



          
_________________________________________________________
Hidup biarlah berbakti biarpun tidak dipuji
   _________________________________________________________

 

mrmnj Copyright © 2014 Designed by LizQasandra LizQasandra